Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.
Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.” Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?”
Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”.
Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” ‘
Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.” Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini:-
ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari! “Delivering Your Trust in Our Services”
Regards,
Nor Azlina Che Ros
p/: Thankz azlina..cerita yg menarik..


Salam…Jumaat….akak pernah baca entry nie…suatu pengajaran…
.-= Fida´s last blog ..Akhirnya…. =-.
cemburu itu indah??\ya..isinya menarik sebab itulah ia di muatkan disini..sebagai peringatan bersama-sama..
jadi renung-renungkanlah
sebuah uraian yg penuh makna…..
.-= E.I.´s last blog ..Plak dan Karang Gigi =-.
ikhlaskan hatimu..
kisah yang amat manis tapi penuh makna yang tersurat..hehehe
oh begitu kisahnya..ada kisah yang serupa dengan ni…tapi versi kelakar la…tapi kisah ni memang mendalam maksudnya kan?
cinta dan air mata..
benar tu sahabatku..
ynag mana baik blh dikutkan sahaja..
mana buruk jadikan sempadan..
nak buat blh tapi kenalah ukur pada kemampuan diri baru ok..hehehhe..
hehehehe, istri yang kelima gimana???
Jujurlah cintamu padaku..
wat masa ni tiada tak der pula..cuma barangkali yang lima tu mungkin perempuan simpanan kot..huhu..
nampaknya walaupun masih belum berkahwin tapi saya sudah mempunyai empat orang isteri..hehe
.-= Thoha´s last blog ..Baca Al-Quran Secara Online =-.
Hmm, kena ada 4 isteri, baru boleh betul-betul menjiwai cerita ini. Ahaks..
Buain cinta kita..
Amboi..mu ni tak sayang mulut ek..huhu..kalu mmpu jalan jer tapi jika dok simpankan hajat tu kat dlm mmpi yer..huhu..
setuju sgt tu bro..hoho..tp cte ni mnrik tuk d bace dan dikongsi .hehehe
Biarlah cinta tiga segi tapi tak mau di beri madu berempat..biar di beri madu lebah daku rela terima..huhu..
semoga pengajaran dapat di teladani bersama-sama
kalo boleh nak kawen sorang jer…menarik cerita nih hehe..
.-= Nine´s last blog ..Koleksi WallPaper Windows 7 2010 =-.
Bunga Cinta..
betul tu.fokus pada yang satu bukan ramai isteri..huhu..
kalu silap aribulan pala pening..darah tinggi pun naik..mati pun blh cepat..huhu
satu sudah melengkapi segalanya hehehe
.-= etomyam´s last blog ..Sekitar Majlis Makan Sempena Habis Exam =-.
satu dah memadai…. hehe..apa ntah zik nie..
.-= zik´s last blog ..Prihatinkah kita? =-.
si arjuna pencari cinta..
zik kalu nak pasang spare part leh jer..hehhe..sb skrg bukan snga nak cri cinta yang btul2 sejati..huhu..
suri serik crk pganti masa cinta cintun dulu..huhuhu..
i like this!
kenangan yang terindah..
suka??..huhu.tapi suri tak suka pada cinta yang tidak berlandaskan keiklhasan..
kisah yang menarik Suri..
.-= Arif R.´s last blog ..Berkenalan dengan CSS3 =-.
tarian kasih..
heheh..untuk pedoman buat teman-teman semua..huhuh
wallaweh.. sungguh best!
semoga kita tidak lupa untuk sentiasa beramal demi menghadapi kehidupan selepas ini.
.-= ASaDa RyutaRo´s last blog ..Pasar Minggu Di Egypt =-.
nukillan hati..
Amin..kalu boleh biarlah khdupan kita di dunia ni seimbang..barulah di sana kta akan dpt hdup dgn aman..huhu
Cabaran bagi yang belum beristeri.
p/s : Sori, offtopic skit
.-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.
saya kira istri beneran. hehehehe
.-= Fanz´s last blog ..Kemana Saya?? =-.
sandara hati..
huhu..sayangilah isteri anda semoga kebahagian akan sentiasa bertapak di hati..hehe
Bagaimanapun…. istri pertama tetaplah yang terbaik… btw gambar cewe2 tuh bikin sikit puyeng nih
.-= Masdin´s last blog ..Jawaban Tes Kemampuan Berpikir =-.
Dr. love..
huhu..sesekali tak per..huhu..tapi jagan selalu..
wah..sangat tersentuh membaca kisah ini! Terima kasih wahai suri!
.-= wanwma´s last blog ..Membina Syurga, Bukan Neraka (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #3 =-.
Cari cinta..
sama-sama mr wan..
kisah untuk smua ..semoga setiap yang tersurat ni dapat di jadikan pengajaran..huhu..
baru nak layan cerita.. dah kene tarbiah. pengisian bagus..
Mencari jodoh untuk diriku..
huhu..wah sungguh kusyuk yer mr brother one menelaahnya..
semoga kisah yang disampaiakn membawa pengajaran buat semua..
entri yang bermanfaat, penuh pengertian..
.-= Mr.Z´s last blog ..Membeli Pakaian Berjenama Atau Biasa? =-.
ukiran jiwa..
ya..mungkin gak sesuai utk kaum2 adam kot..supaya bijak memilh pasagan dgn sebaiknya..huhu
jika dok kenalah jumpa dr pakar cinta..huhuh
kesimpulan : kahwin lah 4..ops…hehe
gurau jek
slm,
maaf, bila soffya baca komen suri yg lepa2s bru perasan yg suri dah kahwin….
akakkah ini?he…
suka bc entry ni…baru ku tahu apa itu 4 isteri…:)
.-= soffya cik bulan´s last blog ..tersasul-sasul | mana awak kerja sekolah?hehh. =-.
Tertarik dengan tajuk entri ni..
.-= Mus´s last blog ..Langkah Seterusnya, Mencipta Grafik Banner / Header Blog =-.
amboi. 4 isteri pun pyh nk jaga. hahaha! =P
.-= acapz´s last blog ..Memasang Butang Facebook Like Pada Setiap Entri Blogspot =-.
byuh… ternyata kita menelantarkan orang yang paling setia kepada kita…
Nak panjang atau nak pendek? Nak panjang…satuuu jeeee…….
carikan daku kekasih baru..
hehhe..tahulah iklah tu..buat suri tersenyum seketika..kiki..
entry yg bagus ni utk tatapan dan panduan semua.. thanks suri.. jadi buat semua, jagalah isteri pertama tu dengan sebaiknya…
.-= fiezaradzi´s last blog ..5 Sebab Peminat Liverpool Rela Dikalahkan =-.
bila baca part last sekali tu baru ingat
dah pernah baca rupanya artikel ni
huhu
terasa malu ngan diri sendiri
.-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.
Ah, aku tidak percaya sama cinta..
kisah ni mmg bayak diperkatakan..sesekali mengimbas apa salahnya..huhu
artikel ni sampi skg ada kat dlm inbox suri masa latihan industri lagi..hari ni pula tergeraj nak kongsikan bersama yang lain.
he..23x
pe2 pun ianya tidak mematahkan semangat bro he..23x
.-= Bro Framestone´s last blog ..Hujung Minggu Bro di Ipoh =-.
bro..nie mmg gatal ek..meh sini den sula bro dgn cili padi..wak..kiki
haha..suri mmg kejam bro..huhuhu
cemburu best ke?
.-= ery´s last blog ..Lukisan Pensil 3D =-.