Menjenguk orang sakit merupakan salah satu akhlaq yang dapat mendekatkan kita pada kekuasaan Allah SWT. Bahkan dizaman para sahabat ketika ada sahabat atau jiran tetangganya yang sakit mereka berlumba-lumba untuk menziarahinya kerana pahalanya begitu besar sekali.
Salah satu diantaranya adalah pahala orang yang menjenguk orang sakit yaitu Malaikat akan mendoakan orang itu dari sejak ia menjenguk sahabatnya sampai keesokan harinya dan itu adalah doa yang makbul dan menurut sabda Rasulullah

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menjenguk orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga”
(Riwayat:At-Tirmizi)
Diantara adab menjenguk orang sakit ialah:
Jangan duduk terlalu lama
Ketika kita menjenguk pesakit jaganlah perbuatan ini agak terlalu lama disamping mereka kerana situasi ini boleh mengganggunya. Berkemungkinan pesakit tidak merasa selesa dan sesekali pesakit juga inginkan waktu untuk bersendirian atau bermesra bersama keluarga.

Perkabaran
Ketika berada disisinya (pesakit) hendaklah anda tanyakan tentang perkabaran penyakitnya itu samada telah sembuh sediakala atau sebaliknya. Mungkin dengan cara begini pesakit dapat merasakan bahawa dirinya lebih dihargai oleh jiran, sahabat disekelilingnya.
Berdoa
Hendaklah kita sentiasa mendoakan agar si pesakit tersebut cepat sembuh. Semoga dengan doa yang ikhlas itu akan meredakan rasa sakit pada yang sedang mengalaminya.
Kata Perangsang
Berikan motivasi, nasihat, kekuatan atau kata-kata perangsang kepada pesakit dan ceritakan padanya juga tentang berbagai hikmah disebalik rasa sakitnya tersebut. Mungkin ia sedikit sebanyak sebagai penghapus dosa-dosa yang lalu.

Sesuaikan waktu ziarah
Jangan berziarah setiap hari, melainkan atas kehendak atau permintaan pesakit. Sebaik-baiknya, datanglah berselang hari. Agar pesakit dapat berehat dengan sepenuhnya.
Sunat dibacakan doa untuknya
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sembarang penyakit”.
(Riwayat at-Tirmizi)
Hurm, adakah cara kita sekarang ini menepati ciri-ciri diatas??
Jadi fikir-fikirkanlah..
yup ini salah satu daripada kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya
sekadar menjenguk 5 minit pun mesti buat kawan kita yg sakit tu gembira kan?
salam pagi..
semoga kedatagan kita akan membawa seribu kabahagian buat pesakit. dan untuk seketika waktu si pesakit juga akan turut melupakan rasa sakitnya buat seketika
memang elok dan setuju sangat artikel ni, tidak ada yg diharapkan oleh seorang pesakit itu melainkan kunjungan dan doa daripada saudara, sahaba dan kenalan.
salam ceria,
sesungguhnya kinjungan para sahabat, jiran kerumah pesakit akan menambahkan rezeki buat si tuan rumah tersebut. ziarah menziarahi satu amalan yang mulia.
Sekarang mak saya tengah sakit..diserang penyakit stroke, agak teruk..sebelah badannya sudah tidak berfungsi seperti biasa..
Harap beliau cepat sembuh..(baru kena 1 mingggu)..
salam pagi,
oh, benarkah begitu, sungguh simpati Suri disini.Suri berharap ia akan sembuh secepat yang mungkin. Wan jagalah ibu dgn sebaiknya ya.Bersabarlah mungkin ada hikmah disebalik sakitnya itu. semoga kasih sayang ibu dan anak2 akan bertambah erat lagi.
bawak buah tangan pun ok gak….. syukran
salam ketemu zik,
hurm ok juga.tapi pastikan ia fresh ya.hurm kalu awak nak pikat hati sidia pulak apalah salahnya awak bawa sejambak bunga. sure dia akan suka..hik..hik..
bgs artikel ni..berkongsi yang menarik..adalah 2 3 dr adab tersebut slalu diamalkn…jgn duduk terlalu lame tu sesuai sgt la..utk mngelakkan kita mggangu pesakit, kite pon x bosan duk lame2 kt sane..modal nk sembang xde klu dorang skit…keke
salam,
benar tu..jagan sampai orang guna bahasa beralas (maknanya takala tuan rumah minta kita beredar cepat) kat kita sudahla..tu dah kes berat namanya..hehee
menziarahi org sakit tu adalah kewajipan…
hai..
semoga kehadiran kita akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka..sedikit sebanyak pasti hati mereka akan turut gembira
Kalau sakitnya adalah sakit hati, rasanya kena buat adjustment sikit la pada rules di atas… ho ho
hik..hik..berat tu.baik cepat2 cari penawarnya.sok kalu dah bengkak adeh tak dapek le den nak tolongnya..fuh..