Salam semua..
Pernah putus CINTA? Rasa sakit bagai hati di hiris sembilu..
Ada orang kata jika putus cinta penangan dia boleh membawa seseorang individu itu hilang pertimbangan dalam diri sendiri. Bahkan juga ada sesetengah dari kita agak truma untuk bercinta lantaran dari sejarah silam yang lalu. Namun ada juga sebahagian dari kita mengukir kata jangan benci pada cinta sebab cinta itu adalah nikmat yang tidak terhingga bagi seorang manusia..
Tidak kiralah apa jawapan mahupun tanggapan semua yang penting andai cinta itu tidak seiring lagi pasti hati yang terluka untuk pulih kembali akan makan masa yang lama. Tidak kira sehari, seminggu, sebulan dua, satu ke dua tahun, yang pasti penawar itu haruslah disembuhkan juga. Setuju ??
Suri ada tips untuk sahabat yang putus Cinta. Jom kita semak apakah dia undang-undang putus cinta itu
.
Jangan sesekali mengelak.
Pada kebiasaannya apabila seseorang itu putus cinta pasti dia tidak ingin melihat orang itu lagi. Jika boleh anda akan mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terus tertembung dengan si dia.
Oh tidak! peraturan itu seakan memakan diri anda sendiri. Seharusnya anda anggaplah ia sebagai kawan dan tidak lebih dari itu mungkin sudah memadai bagi dirinya. Manalah tahu suatu hari nanti anda akan buntu pertolongannya di saat anda tersepit pada satu keadaan.. atau mungkin anda perlu mendapat pandangan dari si dia siapa tahukan. Be cool okey. Berlagaklah seperti biasa-biasa. Sekalipun anda akan bertemu dia di pejabat, kedai makan, kolej dan lain-lain tempat. Anggap sahajalah itu lumrah orang putus cinta memang akan melalui detik-detik yang sebegini rupa
.
Selalulah bersangka baik dan yakinlah pada diri sendiri bahawa putus cinta tidak bermakna, anda telah memutuskan ikatan silaturahim sesama manusia
.
Buang memori.
Dalam taman percintaan sudah pasti banyak perkara yang telah anda kongsikan bersama si dia. Baik dari pertukaran gambar, nombor telefon, alamat maya, pemberian hadiah hari jadi dan segalanya yang berkaitan dengan si dia pastikan anda telah membuang memori itu jauh-jauh darinya. Jika anda tidak berbuat demikian selagi itulah anda akan berada di bawah bayangan si dia.
Sekiranya anda seorang yang tabah dan tahan pada dugaanNYA Insyallah pasti anda akan lalui semua ini dengan hati yang tenang sekali. Usah menangisi atas apa yang telah dilalui. Hapuskan air matamu dan jangankah bersedih lagi. Sedangkan si dia sekarang sedang bergembira dengan pilihan hatinya anda pula yang merana. Hurm.. baik lupakan sahaja insan seperti dia. Hidup untuk gembira tapi bukan terus berduka tau!
Carilah peganti secepat yang mungkin.
Melayan perasaan cinta memanglah mengasyikan seperti kita baru sahaja pertama kali mengenali dirinya dahulu. Tapi itu dulu kini tidak lagi bukan. Baiklah dalam peraturan undang-undang putus cinta jika kita keterlaluan melayan perasaan kecewa yang tiada titik noktahnya sehingga ia memakan diri sendiri apa kata anda segerlah mencari kawan yang baru.
Paling molek biarlah kita berkawan ramai pasti dalam ramai-ramai itu akan ada salah satu dari mereka akan bisa membuatkan hati kita berasa tenang. Manalah tahu tika menjalani persahabatan tersebut akan melahirkan bibit -bibit cinta baru dalam hati anda semula siapa yang dapat menduga??
Fikirkanlah sedalam-dalamnya.
Berilah peluang untuk hati anda menemui cinta kembali supaya ia sedikit sebanyak memudahkan untuk anda melupai si dia walaupun untuk seketikan waktu. Ingat..jangan kedekut untuk meluahkan rasa cinta sebab cinta itu tidak akan menjadi indah seandainya tiada dua hati yang menghuni didalamnya
.
Suri tahu dan yakin sebenarnya masih ada juga segelintir manusia di dunia ini sanggup hidup bersendirian tanpa teman yang istimewa atas pelbagai alasan yang tersendiri. Mungkin mereka-mereka ini sering dikecewakan, kerana pengalaman keluarga, atau truma dalam hubungan yang lalu, di permainkan dan sebagainya.
Ayuh bangun dan bangkitlah sahabatku dari sejarah lalu. Jangan biarkan diri kita tidak berteman selama-lamanya atas sebab CINTA ini. Fikirkanlah sedalam-dalamnya sampai bilakah anda harus bersikap sedemikian dalam bayangan masa yang lampau. Besikaplah seperti biasa anggaplah setiap yang pernah kita lalui itu sebagai rencah asam garam dalam kehidupan. Insyallah, jika ada jodoh anda pasti tidak akan kemana jua. Selalulah berdoa kepadaNYA. Bermunanjatlah pada yang Maha Kaya kerana Dialah Maha pendegar lagi Maha Pengasihani.



haha… ada undang-undang jugak eh…
erm… tak penah cintan2 nie… setakat SS (syok sendiri) tu ada la
hehe… dari pening2 pasal cintan2 nie… baik nikah je terus…
hee..ok juga tu..cinta pas kawin lagi romantiko
cam org dulu2 plak heee..
kau yang kucintai dri dlu kini dan selama-selamanya
Indahnya..
tak perlu ada undang2 putus cinta
aku tak faham dengan gelagat orang bercinta ni
‘cinta untuk memberi kebahagian bukan untuk mengawal kebebasan’
itulah yang sllu manusia salah ertikan ..
zaman org bercinta dahulu dgn sekarang mmg pelik si ajaib ya bro tehr..
huhuhu… undang2 tu… namun kekadang undang2 cinta ni(bukan undang2 yang tertulis diatas) boleh jadi undang2 syariah… cinta ooo cinta
hee..
cinta jika pandai mejaga batas pergaulan insyallah pasti semua baik2 sja..tapi jika slah guna cinta bertukar kpd nafsu butuklah padahnya..
suri setuju dgn pendapat sahabat tu..
klu putus cinta akan mengambil masa yang lama utk lupakan kenangan terindah bersama si Dia…jgn sampai BUTA kerana CINTA…
.-= Nadri´s last blog ..Kaki Wayang- Filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah” =-.
betul tu makan masa itu mmg tak blh nak dielakkan..melainkan dah jumpa peganti mmg cpt kupakan dia huhu..
jangan buta cinta sampi ada kelahiran luar nikah..lagi kes berat namanya..
cinta itu adalah suatu perkara yang subjektif..
.-= Ezany-Kun´s last blog ..Tutorial Download Photo Album Di Facebook =-.
lain orang lain pula pandangan
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya…
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya..sekadar perkongsian..n_n
.-= Hamba Allah´s last blog ..Burung – Hikmah Bagi Yang Berfikir =-.
salam sahabat.
terima kasih atas pendapat tu..
ia suri dan rakan blh sahaja terima ia dgn pandangan yang terbuka..itu smeua harus di hormati
Pasangan yang mabuk bercintan tuh kadang-kadang membataskan diri sebab itu terpaksa berpura-pura hendak menjaga perasaan pasangannya
.-= akubiomed´s last blog ..COMBI membenteras nyamuk Aedes =-.
setuju…jangan hipokrit sebab akhirnya makan diri..
.-= adamfaiz´s last blog ..Mengidam Roti John Melaka & Ayam Golek =-.
akubiomed
apa nak buat nama pun bercinta dan blom kawin lagu huuu..
adamfaiz:
itu yg kita tak mahu tu huhu..kalau blh dielakkan
Susah juga kalau ada undang-undang nanti orang buat failkan kes dekat court
.-= akubiomed´s last blog ..Giveaway RM50 sempena blog AkuBiomed genap 100hari =-.
hee..ni just tajuk dia jer bro..tapi ikiutkan kira tips tangani putus cinta huuu
cik su dah bape kali putus cinta.. cam ne pun tq kepada suri sebab sudi bagi tips nie..
.-= Cik Su Life Cycle´s last blog ..No 53 Untuk Blog Baru Pilihan Malaysia =-.
bersabarlah.nati anda pasti akan bertemu juga dengan jejaka yang menyintai anda. InsyaAllah
Cik Su
cinta ada tapi cuma malu2 jer nak dtg dekat dgn mu heee
sabar yah..
sama-sama..
Ladfre:
akan ada cuma lambat dgn cepat jer tu heee…
setiap hari
jatuh cinta
dan putus cinta
pada orang yang sama
jap ni kes betul ke tidak heee…
pula dah.ada undang-undang
putus cinta ke.
.-= Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan =-.
yelah..maksud disini undang2 cara nak lupakan dia tu jer heee
bila si perempuan itu telah kahwin.
dah tak elok simpan gambar bersama.
.-= Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan =-.
lagipun dah bukan jodoh kita.
nak buat macam mana.
.-= Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan =-.
benar tu..suri sependapat dgn sahabat
kita carilah teman yang baru pula..bg mengubati duka t..
jodoh dah tak sampi kat kita huuu..
terimalah dgn hati yg terbuka walau ia berat utk di luah dgn kata2..
segala hadiah,gambar,no.telefon dan SMS.buang la dari jauh-jauh.
.-= Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan =-.
biar la ingatan bersama lesap begitu saja.
.-= Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan =-.
ali ridha:
itu adat kena lakukan juga .. sayang atau tdk kena buat dlm terpaksa klu tdk lagi sukarlah kita nak lupakan dia
ali ridha:
walau sikit2 dpt lupakan dia lama2 akan oklah nnti..
Salam Suri.
Setuju, putus cinta perlu diubati. Sampai bila nak biarkannya melarat kan?
Suka dengan cara: anggaplah dia seperti kawan biasa, tidak lebih daripada itu. Tak baik sedih lama2.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Teknik meminta duit =-.
agak sukar utk menjadikannya sahabat semula. tetapi tiada istilah mustahil dalam diri. InsyaAllah
hadi:
kita kena pujuk hati kita sampi bila nak bersedih..ihup harus berani terima kebenaran ..kenyataan..
ladfre
nak buat blh cuma ambil masa jer heee… sabar itu perlu nak2 mcari cinta yang baru huhu..
saya bercinta dengan isteri tercinta. lagi best
wah apa kisah tu heee
huhu, ada undang2 gak ek
baru kutahu, susahnya kalau ditinggalkan..haha
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Filem – Janin =-.
yelah..tapi klu skrg dah ada peganti mesti cinta lama dah tutup buku heee
undang2 yang harus dipatuhi… kalau dilanggar macam ne ??? huhu
.-= zik´s last blog ..Bayang-bayang tangan yang menarik =-.
susahlah nak jumpa kekasih yang baru huuu..
susah nak lupakan dia sampi bila2
Hmm
hampir juga ditinggalkan
nampak gaya kena amalkan undang-undang yang suri bagi ni
.-= wazy´s last blog ..Cinderella Oren =-.
loh.. camner blh jadi lagu tu huhu..
Saya pernah putus cinta suatu ketika dulu akibat perbuatan orang yang dengki yang menyamar sebagai dia. Hampir 2 tahun saya terputus hubungan tapi dia tak putus asa mencari saya. Akhirnya kami bertemu semula dan dia menjadi suami saya sekarang. Kalau dah jodoh tak kemana. Macam sinetron indon pulak rasanya
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Kerabu Betik =-.
hoo.. ya ctr dia mmg best kak mmg tak akan rugi bila kita tgoknya..lagi ketagih tertnggu2 adalah ..
semoga kak bhagia selalu.amin
lepaskanlah dgn rela hati..bkn segalanya milik kita
.-= adele´s last blog ..Cerpen- Isteri Untuk Suamiku =-.
huhu.. patah hati bawa pergi..