Trik “Balas Dendam” Ex-Boyfriend

Salam pagi untuk semua..

Indahnya jumaat ini sambil keluar dari garaj kereta untuk memasukkan bekalan makanan dalam perut kereta. Terdengar sepasang kicaun burung sedang bertenggek diatas batu rumahku. 

bird

Oiit!! kau buat apa kat port aku ni hah! kot yer pun takan ko nak buat aksi asmara kat sini. Agak-agak le hini kans tempats awams ni huhu… 

Kau apa sibuk manusia! aku bukan kacau hidup kau pun ceh!! pordahh.

Miau..miau mencari sisa makanan di sebelah rumah jiranku.. Kau lapar ya. Jap ah.. Sambil berlari-lari anak untuk dapatkan sisa ikan di sudut dapur. Diberi lalu miau hitam itu berlalu meninggalkanku..

Alahai manisnya hidup ini jika kehidupan itu berpasangan dan saling memerlukan, membantu antara satu sama lain kan. Disayangi sudahlah pasti apatah lagi di ambil berat oleh seseorang yang benar-benar menyukai kita. Tapi dalam erti cinta ia satu perkara yang menakjubkan. Kenapa? Sebab dari kita tidak mengenal seseorang itu kita terus mencintai apa yanga ada pada diri si dia. Walaupun pada asalnya kita kenal melalui renungan mata jer heee..

Tapi..

Bagaimana pula sekiranya jambatan kasih yang dibina tidak sampai ke peghujungnya seperti yang direncanakan dari awal perhubungan lagi.. Pasti antara kita akan membuat haluan masing-masing apabila kata putus mula terpancul di lekuk bibirnya. Oh tidak.

Namun apa yang pasti jika keputusan itu telah di suarakan secara terbuka maka kita haruslah menghadapi situasi tersebut dalam keadaan yang tenang. Tidak kiralah orang yang kita sukai itu didalam gengaman  orang lain sekalipun. Apa yang penting kerjasama perjuangan hidup kita masih belum selesai.

ban_casal24

Kata mak bercinta memanglah senang tapi nak melupakan bukanlah satu perkara yang mudah! Adeiii

Sahabat nak tahu bagaimanakah cara yang terbaik  untuk kita merelakan si dia jatuh ke tangan orang lain? Cubalah trik ini manalah tahu ia berhasil. ;)  

  • Ingat sekali anda telah menjalinkan hubungan cinta dengan si dia cukuplah bagi diri anda memberikannya pelung untuk kali  yang ke dua. Mengapa? Sebab ada kemungkinan sahabat akan menemui kesalahan yang sama pada si dia kelak. Kata orang sekali dia sudah mengeluarkan kata putus tidak bermakna sahabat tidak akan berjumpa orang yang lebih baik dari si dia.
  • Kemaskan penampilanmu, sarungkan ke tubuhmu dengan warna-warna yang lebih ceria supaya sahabat akan kelihantan lebih menarik di matanya. Tapi jangan rosakkan apa yang sahabat sedia ada dengan tidak menghargai apa yang Tuhan kurniakan pada sahabat. Seperti contoh bersosial sana-sani, bunuh diri, disco, mabuk, dadah sebab cinta di tolak. Bukankah ia satu perkara yang tidak mendatangkan untung kepada diri sendiri.
  • Laluilah kehidupan ini dengan penuh keceriaan. Mulalah belajar dari kesilapan-kesilapan yang lalu.Kerana saat inilah yang paling tepat untuk sahabat mengenali siapa diri sahabat yang sebenarnya. Jika dahulunya sahabat banyak menghabiskan waktu bersamanya maka untuk detik ini, sahabat kumpulkanlah kekuatan untuk membuka lembaran baru.
  • Cuba imbaskan kembali detik-detik kemarahan sahabat bersama si dia. Sudah pasti api kemarahan sahabat terhadap dia akan menyedarkan sahabat bahawa betapa beruntungnaya dapat terlepas dari mimpi buruk ketika bersama dahulu. Berilah sedikit keyakinan pada waktu, Insyallah sahabat akan dapat melupakannya.

classic-beauty

  • Bersantailah bersama-sama temamu, seperti teman sekolej, teman tapi mesra pasti ada diantara ramai-ramai itu akan membuatkan hati dia tidak keruan melihat anda bersama mereka. Dan sudah pasti mungkin si dia juga tahu bahawa sewaktu anda bercinta dengannya dia tahu bahawa dalam kelompok tersebut akan ada insan yang cuba mengejar cinta sahabat kelak.
  • Lupuskan dia dalam kamus hidupmu. Musnahkan kenangan yang ada didalam kotak mindamu dan tukarkan sahaja nombor telefon bimbitmu kepada nombor yang baru!
  • Mohonlah petunjuk dariNYA. Seandainya si dia sudah  takdirkan buat sahabat maka mohonlah kepadaNYA agar si dia akan kembali kepangkuan sahabat kelak. Sekiranya dia bukan jodoh yang terbaik buat sahabat rayulah apda Tuhan agar pandangan sahabat sentiasa jauh pandangan dia.

P/s: Setiap orang tidak rela untuk berpisah akan tetapi perpisahan itulah yang bakal merubah kehidupan kita pada masa -masa akan datang kelak. Namun begitu janganlah kita lupa akan asal usul diri kita yang sebenarnya. Sebab tanpa mereka di sisi kita dahulu pasti kehidupan kita akan diselubungi sunyi..

Share
Artikel lain yang best-best :

36 thoughts on “Trik “Balas Dendam” Ex-Boyfriend

  1. salam surihtiku..
    susahla nk lupakn sidia, makin kta nk lupakn makin kuat plk ingatn ini pdnya..tak tahula knp lbh2 lgi stiap kali pasolat wjahnya slalu hadir dlm doa, dn x ktingalan jgk sering brtemu dlm mmpi..ya Allah sygnya pd sidia meskipun dia sudah mnjdi milik org len. ya Tuhanku Kau saja yg maha mngetahui.

    • yahoo… jawapan yang tepat :)

      ada tu tunggal lagi kita perasa atau tidak.. kekadang si dia ada jer kat kita tapi kita ekadang tak tahu yang dia tuh adalah jodoh buat kita hee..

      sapa leh jangkakan yer tak? ;)

  2. Sukka tips yang last sekali. Walaupun sedih tapi kita takkan hilang pedoman selagi ingat pada yang Esa. Tips yg harus dibaca para muda-mudi zaman kini yg kebanyakkannya ikut hati/emosi berbanding pemikiran rasional
    .-= dedoku´s last blog ..DiGi iPhone 4 Life =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>