Tips Dating Dalam Talian

Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat ‘dating’ setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.

1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

2. Gunakan e-mel, chat, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu untuk berkomunikasi. jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia emrupakan pasangan yang anda cari.

4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat2 tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain.Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.

tips-online-dating-men-800X800

6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat2 tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura2.

7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura2 dalam Internet.

8.Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga2 jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama

1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. jangan sekali-kali pergi seorang diri.

3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan org yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.

5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Online-Dating-Tips-For-Men

Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya

1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga2 seperti perjumpaan pertama.

2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

P/s: Memanglah nak berkenalan, berkawan, bercinta itu di bolehkan untuk mencari pasangan yang benar-benar serasi dengan kita, tapi kita haruslah sentiasal berwaspada sebelum keadaan tersebut terkena pada kita terutama kaum hawaku. ;)

Gedung Ilmu: http://www.hanan.com.my

Share
Artikel lain yang best-best :

40 thoughts on “Tips Dating Dalam Talian

  1. sentiasa berwaspada dengan orang2 yang suka mengambil kesempatan

    sebolehnya elakkan aktiviti dating ni samada di internet atau di mana sahaja

    sekali tersilap, kesannya hingga ke akhir hayat
    .-= tehr´s last blog ..Selamat Hari Bapa =-.

  2. salam sayang suri..moga sihat selalu… :)

    wah! cinta era millenium! hehe..zaman akak belajar dulu..area 2000-2002 dating cyber nie agak popular…cuma akak jer yg takut nak mencuba…;p

    mmg perlu berwaspada..takut tersalah langkah n tersilap pilihan, kalau suri nak tahu ramai best friends akak yg kenal husband diorg dgn cara mcm nie…alhamdulillah bahagia sampai skrg…itulah jodoh…:)

    • Sayang kamu jua…
      ho, mereka cari jodoh melalaui it. bagus..tapi klu dapt yang benar2 serius tak salah.tapi di buatnya mainkan perasaan kita..habislah kito..huhu..

      thnks kak ata perkongsian tu :) suri suka sgt2 hehehee..

  3. Saya pernah berdating dengan rakan online…mereka cukup bertuah sebab dating dengan saya, kalau nak ada perasaan was-was tu mungkin hilang lepas jumpa saya…tapi sebelum jumpa, dia mesti tanya banyak kali “awak ni boleh dipercayai tak”, tapi masa kali pertama jumpa dengan dia, saya bawak kawan..tapi perasaan was-was perlu ada, sebab banyak kes kat luar sana kan??
    .-= rashid´s last blog ..Jangan Buruk Sangka Tak Pasal-Pasal, Nanti Buruk Padahnya!!! =-.

    • Ku menangis..
      huhu..klu llki tak der maslah.tapi klu suri pasti pkir 10x sb suri kurg yakin akan cinta ttg it. sb byak terbaca kes itu ni ttg llki yg tdk blh dipercayai..

      dulu masa sekolah tak bernai nak bercinta.pasti ayah akan rotan!

      thnks shbat atas kisah yg mnrik tu..hehhee

  4. mantap sungguh tip ni..tapi saye tak pernah dating online..kurang gemar kot..maklumlah..ramai yg boleh guna fake identiti..

    pepun, kene jujur dlm hubungan..baru kekal..insyaAllah..

    p/s – rasenye ramai remaja sekarang suke dating dan chatting online..dan saye rase itu byk buruk berbanding baik..suri rase camne?
    .-= hafizmd´s last blog ..Bila semuanya jauh di mata… =-.

    • eh suri pulak..
      klu dah kompen dia bakal suami ok gak kita ym dg dia.

      tapi klu nak mcri jdoh kena hati2 sb tak smua org kat maya berlaku jujr. jadi sblum buat kptusan yang mcri kekasih pikirkan ia secara mdalam..ddan bukan main suka2 jer.nnti silap langkah padah diri yg tanggung sndiri.

  5. betul2. msti brhati2..
    org yg d dpn mata pun blum tahu lagi jujurnya
    inikn pula org d ‘blkg’ mata..

    my frend.. kwn dua mgu dgn org dr cyber..
    mntk no fon..
    hr2 org tu kol my fren//
    xsmpai sbln.. ckp jtuh ht n ajk kawen..
    bln dpn nk g umh, mrisik..
    tp xdpt dtg. sspek h1n1.. katanyalahh..
    bln 1 lgi.. ckp nk dtg mnang..
    my frn prepare ala kdr, sbb tkot
    dy xdtg..
    mmg btol..
    ushkn xdtg, mlh kol sms pun xdlyn.
    hoh.
    pnipu!
    .-= puteri´s last blog ..look at me =-.

    • Bius cinta..
      aduh terllu shortnya perkatan puteri..huhu..

      bahaya cinta it ni.. nak cari yg btul ‘org’ mmg susah.dlm 100 belum tentu ksemunaya baik2 huhu..

      terma kash kawan atas perkongsian kisah tu :) hehee

    • Bisakah kita bersama..
      tahu tak per..tapi jodoh tu smu di tangan Tuhan. Tengok wardina mmg jodohnya baik2 utk dia.

      namun itu smu rezeki masing2 sama ada dapt jodoh yang baik @ sebaliknya..huhu..

    • semarak cinta.
      tak pernah lagi.tapi klu sering di ganggu mmg ada..adeh letih den..tak kuasa nak melayan..

      setakat teman nak luahlam mslah peribadi adalah..ptus cinta..umh tangga mmg ada..nd tak lbih dari itu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>