Sebakul salam untuk semua..
Hai dok sorang-sorang jer ker? Nama sapa?
Lama tak nampak awak. Awak pergi mana?
Saya suka yang ini tapi tak suka yang itu.. Awak?
Saya rindu kat awak.. kita couple.. okeY!
“Suramnya hari tanpa kamu..
Mana dirmu yang dahulu..yang pernah aku dambarkan tika kita bertamu..
Apakah geranganmu membuat diriku sebegitu..”

Cik Lennia 5.10.2010
aq jga ada ksh yg mau aq kngsi kn dgn klian..bntu aq ok??
aq ngn bf aq skrg sdh xmsra sprti dlu lg..aq sgt tnsion skrg..aq xtau nk bt mcm mne lg utk mmprthnkn cnta ntra aq dan dea…
aq sgt mncntai dea p aq xmaubrkngsikn cnta dan ksh syg dgn pmpuan lean…
aq rsakn pdar cnta dea bt aq..k’msraan ntra aq dan dea sdh xsprti dlu lg…
aq sgt2 mncntaidea dan aq xblh nk khlgn dea dari ht dan hdp aq..
mngpa q sgt mncntai dea sdgkn dea sng sgt nk mnduakn cnta ntra q n dea??
mngpa dea yg aq cnta sdgkn aq tau skp yer bgtu??
……..
Aku jua ada kisah yang mahu juga dikongsikan dengan kalian. Bantu aku okey.
Aku dengan kekasih aku sekarang dah tak semesra seperti dahulu lagi. Aku sangat tertekaan sehingga saat ini. Aku tidak tahu nak Buat macam mana lagi untuk mempertahankan cinta antara aku dengan dia…
Aku sangat mencintai dia tetapi aku tidak mahu berkongsi cinta dan kasih sayang dengan perempuan lain..
Aku rasakan pudar cinta dia buat aku.. kemesraan antara aku dan dia tidak seperti dahulu lagi..
Aku sangat -sangat mencintai dia dan aku tidak boleh nak kehilangan dia dari hati dan kehidupan aku..
Mengapa aku sangat mencintai dia sedangkan dia senang sangat nak menduakan cinta antara aku dengan dia??
Mengapa dia yang aku cinta sedangkan aku tahu sikapnya begitu??
Salam sahabat..
Persis seperti lagulah pula luahan hati sahabatku ini..
Baiklah bagi Suri si dia sudah ada yang lain. Jika tidak masakan si dia mula berubah tingkah terhadap anda. Memaglah tidak dinafikan cinta itu milik anda dengan si dia tapi anda harus sedar bahawa rasa cinta itu tidak boleh dihalang oleh sesiapa jua hatta sekali anda sebagai kekasih, ibu bapa dia sekalipun.
Masihkah anda ingat akan kisah di dada-dada akhbar tempatan. Dimana cinta yang berlandaskan suka, mahupun cinta yang terhalang oleh keluarga juga turut di bawa sampi ke thailand. Mengapa. Sebab mereka sudah berikral asal ada cinta dia dihatinya maka aku harus mengikut jejak langkah dia. Cara apa? cara berkahwin larilah alamatnya.
Begitulah cinta tiada siapa yang dapat menjangkakannya. Kata orang hati aku dah suka pada dia. Tiada siapa yang dapat menerbosnya. Walaupun salah seseorang antara mereka telah memegang status berkahwin, dara, kekasih orang atau bujang mereka akan terperangkap dalam sangkar cinta yang sebegini..
Tidak salah sekiranya anda masih tetap mencintai dia setegar cinta seperti pertemuan pertama dahulu tapi sanggupkah anda berdiam diri membantukan hati seolah-olah anda tiada perasaan pada diri sendri. Sedar atau tidak anda telah mendera hati dan emosi diri sendiri akibat cinta.
Jika si dia berupaya membuat begitu kepada anda mengapa anda harus berdiri di situ sedang hakikatnya anda tahu sikapnya memangah sebegitu. Baiklah cuba fikirkan kelak sekiranya anda dan dia telah mengikat tali pertunangan. Pada akal anda adakah dia akan terus setia pada anda hatta sekalipun tika anda telah mendirikan rumahtangga dengan dia kelak? Masihkah dia akan merubah sikap.. Allah Hu Akbar..hanya Tuhan yang tahu..
Sekiranya hati anda terlalu berat untuk meninggalkannya mungkin sebab telah banyak kenangan yang telah anda sulamkan bersama si dia maka anda cubalah memujuk dia mengapa dia sanggup buat anda sebegini.
Jika jalannya masih buntu maka berserahlah pada Tuhan seandainya dia baik buat anda maka pasti si dia akan kembali pada anda kelak. Jika sebaliknya adalah lebih baik anda lupakannya dari makan hati jiwa yang merana untuk apa jika dasar cinta itu di bingkaikan. Baik terus dilupskan sahaja.
Walauapa jua keputusan sahahabt Suri berharap agar sahabat dapat membuat keputusan yang terbaik buat diri sahabat. Semoga sedikit pandangan yang tidak seberapa ini akan membantu sahabat dalam menyelesaikan masalah cinta sahabat dengan dia.
Selayang pandang:
Cinta itu memanglah indah pada yang bijak mengukir kata menggalas tanggungjawab. Namun tidak pula semua orang rela menikmati “alam” itu dalam bermadu.
Pesanan:
Pada yang sudi membantu hulurkan sejambak komen anda dibawah. Segala pandangan anda amatlah Suri hargi. Terima kasih

.
Artikel lain yang best-best :
Tak semestinya bila ada kekasih lain je dia mula berubah hati. Cuba renungkan perbuatan kita yang tak betul dimata dia. Kalau kita sentiasa buat perkara yang menyenangkan dia, tak mungkin dia akan beralih arah. Biarlah beratus kekasih baru yang menggoda dia, kalau dihati dia masih mengatakan kita yang terbaik, dia tak pandang yang lain dah.
.-= Norasikin´s last blog ..Kategori guru-guru sekolah =-.
Sokong cik Sikin.. Mungkin wanita tu dulu seorang yang tidak mengongkong, tapi berubah ke.. kena dengar kedua-dua pihak…tak boleh bias dalam hal ni..
.-= rashid´s last blog ..Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia! =-.
norasikin..
yea juga sb nak cari yang terbaik bukan mudah skrg nih…
rashid:
kena komunikasi dulu baru tahu apa yang tak kena heee
bila bercinta..beginilah jadinya..hehe, paling senang jgn bercinta..kawen je terus..hoho
Setuju!! kalau bercinta lepas kahwin, mungkin tak segan malu nak kongsi permasalahan…
.-= rashid´s last blog ..Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia! =-.
madlut..
cam orang dolo-dole acehhh..
rashid:
klu dua2 pemalau hadoiii
Pendapat saya: Tenangkan minda & cuba tenangkan fikiran.
Mungkin dia bukan pilihan yang paling sesuai. Jangan terus dikuasai keadaan tetapi bertindaklah. Pasti ada calon lain yang lebih sesuai. Ada hikmahnya tu.
Yang penting: jangan terus bersedih.
yelah jgn trus sedih sb khdupan bukan utk berduka tapi utk merancang pada satu2 pkra yang baik dan menyenangkan..
Setuju 100%.
hi..ni sekadar pendapat peribadi jer
lepas sahaj dia pergi. Mungkin tiada jodoh antara kamu dan dia
pasti hati terdiam seketika…
saat cinta mendayu..dayu..dayu
.-= ishak´s last blog ..Bila lelaki tergoda dengan perempuan =-.
berat hati nak lepaskan dia..
Cinta itu kena datang dari dua-dua hati.
Kalau dah bertepuk sebelah tangan tu bukan cinta namanaya, syok sendiri. Mungkin ada perbuatan teman suri yang tidak disukai oleh temannya sebelum ini. kalau dah tak serasi, cari jak yang lain.
.-= zezebel´s last blog ..WW- Who need this =-.
mungkin itu jua salah satu jalan keluarnya…
putus cinta bukan penamat segalanya. Kalau si dia begitu sebelum kahwin camne lak kalo lepas kahwin.
orang kata lebih baik cari orang yg mencintai kita daripada kita yang mencintai orang tersebut.
.-= dedoku´s last blog ..Cara Lock Folder dengan KAKA software =-.
Mencintai orang lebih mudah saudara! tapi saya setuju saudara kata alam sebelum kahwin dan selepas kahwin lelaki akan berubah…tapi masalah yang atas tu, dah kahwin ke belum ntah??
.-= rashid´s last blog ..Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia! =-.
dedoku..
katamu mengingatkanlku akan pesanan ibu..kelak tak menyesal klu dia tinggalkan kita sb dia yg suka sgt kt kita heee..
atas tu pastilah si gadis tu..dia blum kawin lagi huhu….
manusia mmg mudah berubah..
.-= Ezany-Kun´s last blog ..Sohaimi Mior Hassan Dan Ana Raffali Feat Altimet – Kalau Berpacaran Lirik Dan Mp3 =-.
itu yang buat hati kuta terluka..tak pada pihak yang perempuan belah laki le buat hal..atau angkara pihak ketiga..
cinta untuk membahagiakan BUKAN untuk mengawal
cintakan seseorang bermaksud akan berbuat apa sahaja untuk membahagiakannya BUKAN berbuat apa sahaja untuk mengawalnya
.-= tehr´s last blog ..Bolehkah Kalau =-.
benar tu..
cinta pada tulus hati..bukan cinta pada nafsu semata-mata..kelak tak bawa kemana-mana..
ye stuju2..
macam2 komen semua boleh buat penilaian..
Semua yang berlaku ada sebabnya, sebab tu kalau berdoa kita digalakan minta apa yang terbaik untuk kita, keran apa yang kita inginkan belem tentu baik untuk kita,
dan seandainya nati kehilangan, angaplah dia bukan yang terbaik untuk kita, dan mungkin itu rahmat Allah yang telah menghindari kita dari sesuatu yang tidak baik untuk masa depan kita…
“aku telah berjaya menggunakan perkataan kita dengan sebanyak mungkin ”
.-= dnobiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2 =-.
hihiii…
ayat yang last memang le tak menahan adeiii…
walaupun ia amat memeritkan bg yg pernah mengalaminya namun itulah kenyataan dlm sebuah CINTA..
life must go on!
.-= zik´s last blog ..20 sifat wajib dan mustahil ALLAH yang perlu kita ketahui =-.
kuatkan hati… jangan mudah patah semangat..
bermacam dugaan bila bercinta ni
.-= wazy´s last blog ..Temuduga Yang Pasti =-.
ada manis ada derita
;(
Kalau bercinta sebelum nikah gini lah jadinya, banyak dugaan dan banyak pulak godaan untuk si lelaki…pendek kata, kalau dah tak serasi, lepaskan jela..
.-= rashid´s last blog ..Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia! =-.
jika suri pun berfikiran bgtu…
klu dia dah buat bgtu siang2 kt kita kemudian hari pula bagaimana??
pikirkan masih ada jua org suka kat kita pasti cinta tu akan di sapa kita suatu hari nnti..
mungkin pd dia tdk lagi tapi izinkanlah hati anda di miliki oleh org lain pula..
terima kasih sahabat atas pandangan anda yang sugguh santai buat suri..
semoga sahabat kita akan dapat membuat kesimpulan yang terbaik dalam menyelesaikan masalahnya..