Salam pagi untuk semua.
CINTA itu unik sangat ke jika salah seorang dari anda memiliki sifat cemburu yang agak keterlaluan terhadap pasangannya. Uhu.. rasanya jika CINTA di sulami dengan memahami hak setiap pasangan masing-masing mungkin rasa cinta itu akan berjalan dengan lancar sebab dua hati yang bertemu telah benar-benar mengetahui apa itu kefahaman dalam sesebuah hubungan yang di bina.
Tapi bagaimana pula sekiranya cinta yang disiram dipagar oleh tuannya bak duri yang bisa menyiksa diri sendiri. Argh!!! pernahkah sahabat-sahabat mengalami situasi sebegini?? Tentu hati yang menanggungnya begitu menyikasa sekali bukan.
Hurm, hari ini Suri akan selongkar peti ais apakah tanda-tanda pasangan anda itu seorang yang cemburu, terlalu cemburu buta terhadap pasangannya sama ada anda sedari atau tidak apa kata kita teliti sifat cemburu ini satu persatu.
Si dia akan selalu menghubungi anda berkali -kali dalam sehari bagi memastikan anda tidak akan berada jauh dari dirinya.
Si dia akan selalu membukan sport cek didalam handphone anda bagi memastikan anda hanya akan dapat panggilan keluar dan masuk dari dia dan keluarga terdekat anda sahaja.
Si dia akan berasa cemburu sekiranya anda terlalu mesra dengan orang lain walaupun dengan kawan sekuliah anda, teman lama anda sendiri, saudara. Selalunya ia akan membuatkan anda menjadi rimas dengannya.
Setiap pergerakan anda akan diperhatikannya. Jika anda cuba menghilangkan diri untuk seketika pasti si dia akan bertanya ke mana anda pergi atau kemana anda menghilangkan diri.
Si dia akan selalu menggeledah beg tangan anda, dompet untuk memastikan bahawa anda tidak bermain kayu tiga di belakangnya.
Sekiranya anda sedang berbual mesra dengan seseorang lelaki si dia akan bertanyakan siapakah gerangan yang menelefon anda sebentar tadi (sewaktu si dia ada bersama dengan anda). Dan yang pastinya dia akan bertanya itu ini sehinggalah jawapan yang anda beri kepadanya benar-benar memberikan keyakinan pada dirinya bahawa anda tiada hubungan dengan sesiapapun melainkan hanya dengan si dia sahaja.
Si dia akan selalu menghadkan pergerakan anda lebih – lebih lagi dia tidak akan mengizinkan anda keluar bersama-sama teman anda untuk meghabiskan cuti hujung minggu atau membeli -belah sesama teman rapat anda.
Si dia akan sering menggugut anda sekiranya anda sedang menduakannya atau anda keluar dengan orang lain tanpa pengetahuan dari dia, dia akan membunuh diri dan sebagainya.
Dia akan menyekat keinginan anda untuk anda menghadiri majlis keramaian kerana dia bimbang akan ada orang yang bisa memikat hati anda kelak.
Jika sesekali anda mendiamkan diri si dia akan menuduh anda telah mula berfoya-foya dan keluar dengan orang lain. Waktu itu kesalahan sahajalah yang akan nampak dimata dia walaupun anda tetap setia kepadanya.
Bukan itu sahaja malahan dia juga sering memberikan alasan pada anda bahawa dia tidak selesa terhadap sesuatu keadaan atau situasi yang kononnya memberikan tekanan kepada dirinya.
Setiap kali anda sering memberikan penjelasan untuk menegakkan kebenaran tentang diri anda si dia sedikitpun tidak akan memberikan anda pelung untuk anda berbuat demikian untuk mempertahankan diri anda. Dalam erti kata lain si dia tidak akan mempedulikan penjelasan anda walaupaun hanya untuk beberapa ketika.
Sekiranya anda lewat keluar dari pejabat atau dari bilik kuliah dari waktu -waktu biasa maka pasti air mukanya agak ketat. Apalagi mulalah otaknya berfikir yang bukan-bukan-bukan. Senang kata perkara yang tak wujud mulalah si dia berperangsangka buruk terhadap anda.
Sekiranya anda memberikan jawapan yang sering kali meragukan si dia maka siaplah anda pasti dia akan menyoal anda ibarat polis sedang meminta laporan dari anda.
Sesekali anda berdandan lebih dari hari biasa akan membuatkan si dia tidak duduk senang dan damai dihati. Maka mulalah dia akan kata anda suka memperagakan kecantikan anda kepada orang lain dan mula untuk melupakannya. Walhal anda tidak sebegitupun. Pada hakikatnya dia takut akan ada orang lain yang bakal terpikat dengan keperibadian anda kelak.
Pstt!! Cemburu boleh sahaja tapi agak-agaklah tapi janganlah sampai pasangan anda bosan dengan sikap anda sehingga dia pula yang akan meminta putus dari anda kelak. Berubalah demi kebaikan tapi bukan pada pengakhiran hubungan yang menyedihkan.
Pandangan kawan-kawan bagaimana pula?


Cemburu buta masih ok lagi sebab dia tak nampak apa-apa cuma rasa je. Yang lecehnya kalau cemburu rabun. Pegang penyapu pun dikatakan pegang tangan pakwe. Kalau cemburu juling mcm mana pulak ye?
.-= Norasikin´s last blog ..Ikan Bakar Bazaar Ramadhan =-.
dan bila esok..
cemburu juling baik kita segera totopkan mata dia agar kita tak juling heee..
Alhamdulilah, suami akak bukannya kaki jeles. Jeles nya pun berpada…
.-= maslinamansor´s last blog ..Sudah berapa turun =-.
TAMBATAN HATI..
itukan bagus heeee..
cemburu tanda sayang..tapi biar berpada..yg penting kena saling mempercayai..tapi jangan pulak mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi..
.-= khairolghani´s last blog ..BB dah nak keluar ke =-.
TIRAI HATI..
benar tu sahabat, nati kalu lain firasatnya dah sushkan huhu..
siapa2 pernah cemburu sila angkat tangan
.-= tehr´s last blog ..Hidup Kita =-.
kasih tercipta..
cemburu pasal lain adalah hee..
cemburu juling ni pandang ke lain nampak yang lain
hehehe
.-= tehr´s last blog ..Hidup Kita =-.
Syair cinta..
yelah, baik kita tmpatkan dia kat kwsan yang tak ada org heee..
cemburu adalah sifat lelaki dan sepatutnya bukan sifat wanita…
.-= Syafrizal´s last blog ..Puasa boleh membantu diet dan mengurangkan kencing manis =-.
TITIK HATI..
uhuk..macam tulah pulak heee..
Hahaha, kadang2 susah jugak, tapi kalau dah idup bekeluarga, semua rahsia kena bagi tau ek…
.-= rashid´s last blog ..Kesan Kenaikan Harga Bahan Mentah =-.
BISKUT CINTA..
yelah tulah baru satu rasa,satu cinta namanyer heee
saya cemburu jika dia tidak melayan saya
sebaliknya melayan orang lain
saya cemburu kerana saya tahu dia tidak mempunyai perasaan terhadap saya.
maka cemburu ini adalah normal.
jika dia sayang saya, tapi masih cemburu jugak,
itu pastinya pelik.
oh,,
NIAN HATI..
Sifat semulajadi heee,klu tak der rasa cam kurang dlm diri..
cmburu klu org bejaya tuh jugak satu bentuk cmbru yg bagus
hehe. my girl pon kdng2 cmburu. bila cerita pasl girl mesti jeles. ngee
.-= acapz´s last blog ..Lawak Yahoo Answers =-.
KERONGSANG CINTA..
jika cerita tentangku? heeee ok ke??
yang diatas nie cemburu tahap dewa namanya!!!
MUG CINTA..
oh tidak..ingatkan dewa 19 tadi heee..
cemburu..maknanya sayang…
.-= zik´s last blog ..Mercun oh mercun! =-.
semakin jauh..
terlalu cmburu blh btkan fikiranku terbang melayang
Kalau nak cemburu, biarlah bertempat.. hehe
.-= Azuan´s last blog ..OST Epilog Syurga Cinta – Fida Ku Memohon Padamu =-.
dan bila esok..
tempat paling kurang nak cemburu bila pasagan ada kat umah heee
ada juga yang cemburu kerana terlalu mengambil berat akan pasangannya..
cinta selamanya..
mungkin ada thoha itu tak mustahil blh berlaku..lain org lain sifat rasa cmburunya hee,,
Cemburu itu tandanya cinta. kalau langsung takde cemburu tu maknanya dia tak cinta anda.
.-= zezebel´s last blog ..WW- Share your broadband service provider =-.
cinta
yang kita miliki..
heee.. sebab ia satu sifat yang normal..huuu..
cemburu ?? kan bagusss !!! tandanya sayang !!! tapi betul gak kata Suri tu, agak2 la sket !!!! jangan sampai bosan dah lerrr !!!
.-= bujang3´s last blog ..Apekah haram hukumnyer berniaga kueh mueh di pagi Ramadhan =-.
btul2..
apa2 pun jgn over.
kan?
.-= puteri´s last blog ..khutbah kontroversi II =-.
bro bujang..
klo terllu cmburu den rasa blh jadi lemas heeee
puteri..
yelah, nnti buat org terasa meluat adalah huhu..
Cemburu bilang cinta !!!!
.-= Mentol Bulat´s last blog ..Bila Majikan Ikut Rasa… =-.
bro mentol,
katakan kamu terlalu sayang padanya hihi..
kak. i’m going to,,
berbaik semula dengan dia.
hati dia tak boleh dipaksa
tapi hati saya juga tak boleh disiksa.
ha.ha.. apakah yg tgh dmngarutkn ni
.-= puteri´s last blog ..khutbah kontroversi II =-.
puteri,
wah, akak suka tu tapi jgn terluka d sakiti dah le heee..