Siapa Kata Single Itu membosankan??

Salam setepak sirih tapi bukan untuk meminang sang teruna atau si dara yang menjadi tambatan hati tapi sekadar bermadah helah disini..Adeh apalah Suri ni waktu tengahari hujung minggu ini pun masih ada aura nak buat lawak itik lagi..hahaha..

Okeylah..Suri tidak mahu membuang kata lagi apa kata hari ini kita bukak kisah bab single menyinggel ni bagi menghangatkan topik di blog Suri pada petang yang membahagiakan ini..

Eh, kata orang bila putus cinta tu hati gua sakit loh..kau apa tahu!

Tengok! apa yang boleh aku buat bila putus cinta dengan dia. Semua rugi hoo..rugi belanja dia makan, minum, shopping dan segalanya bagai..last-last dia buat aku macam nie. Ceh dasar orang tak kenang kenangan cinta langsung.

love

Aku memang dah tiada semangat nak bercinta..aceh, sejak bila pula tiada semangat itu Ini. Selalu baik-baik sayang sahaja. Elah relasklah Suri tahu tak semestinya bila kita dah putus cinta kehidupan kita akan terhenti setakat tu sahaja. Tidak sama sekali wahai kawan-kawanku.. Suri ada ubat untuk merawatkannya.. Come on..

Tahukan anda jika sebelum ini anda lebih banyak menghabiskan masa bersama si dia dari teman-teman sekepala anda tapi sekarang anda sebenarnya boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk bersama-sama dengan mereka kembali. Apatah lagi dengan ahli keluarga anda sudah tentu banyak yang masa yang akan anda berkongsi cerita bersama dengan mereka.

Hidupkan kembali suasana anda yang dahulunya hanya terikat pada si dia sahaja. Sedarlah bahawa anda kini bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Dan yang penting anda tidak perlu menjelaskan kepada sesiapa pun tentang siapa yang ada sedang berkawan atau sabaliknya pada seseorang yang bergelar kekasih. Tapi awas! batas-batasnya perlu di jaga juga ya..

Kini anda boleh manjakan diri anda di salun untuk mendandan rambut anda agar dengan tampak segak, bergaya lagi atau ke spa dan sebagainya tanpa harus anda memikirkan bahawa si dia sedang bosan boring menunggu ada di dalam kereta.

Bedandalah dan bergayakanlah diri anda atau melaram mengikut rentak hati asalkan ia tidak melanggar lunas-lunas dalam islam dalam etika berpakaian. Jika dahulu mungkin ada sesetengah dari pasangan mengkongkong cara berpakaian anda tapi kini tidak lagi. Anda yang menentukan segala-galanya :) .

Anda boleh pergi kemana sahaja anda suka sama ada berkelah bersama teman-teman, pergi melancong dan sebagainya tanpa perlu memikirkan untuk memberitahu kepada si dia dimana anda berada sekarang. Tidak perlu sms atau panggilan telefon yang banyak membuangkan masa anda begitu sahaja. Apa yang penting anda perlu enjoy pada waktu-waktu tersebut.

Ada waktu kita perlu bergembira, ada tika juga kita perlu bersendiri tapi carilah kekuatan tersebut dengan selalulah mendekatkan diri kepadaNYA. Layarkanlah doa kepadaNya seberapa banyak yang anda mampu semoga akan ada suatu hari nanti jodoh yang terbaik buat diri anda. Percaya dan yakinlah dengan setiap doa anda itu kerana Dia Maha pendengar lagi Maha penyayang. Mintalah apa yang di pohon nescaya Dia akan tunaikannya. Amin.

q14a22

Saat yang ada inilah sebaiknya anda cuba membahagiakan diri anda sendiri tanpa mempedulikan dia yang sedang berbahagia bersama insan yang lain. Buatlah perkara yang bisa membutkan anda gembira seperti melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti futsal dan sebagainya mengikut selera dan kehendak anda sendiri. Bukan apa dengan cara ini anda akan lebih mudah untuk melupakan dia sedikit demi sedikit..

Anda pengalaman putus cinta ke? Jom kita leraikannya di sini. Hurm, jika ada yang terkurang tips kat atas tu minta kawan-kawan tolong tambahkan le..hehe :) ;)

p/s: Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung perasan sesiapa pun yang sedang putus cinta tapi ia hanya sekadar tips-tips yang berguna sahaja.

Nak masak jap, nanti Suri jumpa anda semua kat ruang maya semula ya :) daaa..

Share
Artikel lain yang best-best :

50 thoughts on “Siapa Kata Single Itu membosankan??

  1. assalamualaikum suri.

    masa bercinta tu tak ingat perkataan boring.
    bila dah berpisah baru dok kenangkan betapa boringnya masa bercinta, ke hulu ke hilir ngan orang yang sama, buang masa untuk menunggu dsb.

    Bila kembali solo, rupanya banyak benmda yang boleh dibuat selain berkepit ke hulu ke hilir.

    Saya agak je…

    Terima kasih.
    .-= RasaHatiku´s last blog ..Doa Ibu =-.

  2. penat betul bila fikir balik
    kenal.. pastu dah sayang bagai nak rak..
    pastu putus..
    kemudian nampak dia plak dgn orang lain
    skrg dia dah kawin..
    tapi dah tak bermusuh dengan dia plak
    cuma nak dia happy je
    lepas tu cuba plak dgn orang lain hehe
    tak jalan jugak
    skrg ni fikir untuk kestabilan diri ini
    tapi sambil2 tu kawan2 jugak
    tengok la camne kalau ada rezeki dan jodoh
    saya nak kawin yang ada keberkatan..
    biarlah yang sederhana..
    tak suka zaman sekarang yg suka serba mewah tapi jauh dari keberkatan
    .-= Syafrizal´s last blog ..Ubat kuat seks yang membawa maut =-.

    • Selayang pandang..
      huhu..satu pengalamam bercintakan..klu dok dah tentulah namanya kita tak ade pglaman..

      terima kasih kawan atas perkongsian tsbut.suri amat menghargainya/

  3. Tak salah jika ada yang kate, “Sendiri Itu Indah”, saya setuju lah tak perlu pikir ini pikir itu, tetapi mungkin bagi sebagian orang tak boleh single, harus ada yang menemani selalu :D

    • Alunan cinta kita..
      dulu suri pun suka bt cam tu..klr dgn kawn2 barulah smua mslah akan rasa berkurangan..hehe

      terima kash bb atas perkongsian pglaman anda disini.suri amat meghargai skli.

  4. pnh dgr ayt ni…
    “single is simple
    couple is trouble”

    wlupun sy xpnh kapel dgn org tu..
    (tp bek mcm ad something btween us)
    dan skrg sy da mula jarakkan antra kmi
    tp sy xpnh mrasa rugi ap yg sy pnh beri pd dia
    xkiralah brg, masa, (even sms), atau rasa syg sy pd dia.

    cmanya sy blum dpt mmbiasakn diri utk khlgn dia sbgai kwn yg plg rpt
    (sbb dia syg i as bestfrn je, but i syg dia more than that)

    • sayangku..

      ambilha seberapa byk waktu utk bersendiri..
      carilah kekutan kmbli..

      bagun dan katakan pada diri bhwa anda sbnarnya mmpu utk tanganinya dgn baik..

      jgn seskli putus harapan dgnNya sb dia maha mengetahui segala isi hati umatnya.. “)

  5. emm single ada baik buruk kapel pon ada baik..cume pendapat aku klu kapel pon jangan dilupakan kawan2..awal2 tu angau memangla tapi kna ingat awek ke balak ke sama penting je ngn kawan2 kita…so adil dlm berkawan dan bercinta ye..
    .-= din´s last blog ..AF8 Teori Konspirasi =-.

  6. being single mmg terbaik! kalau ada partner nanti pun kite nak yang tak mengongkong cara berpakaian atau how to behave dan semestinya mahu yang punye life sendiri juga.

    being together is all about being a better version of ourselves, betul tak? :D

  7. Salam Suri,
    First time tulis komen kat sini. Nice blog..:)
    Single mmg tak membosankan sebenarnya tp hidup kita mcm x complete kan. Ada teman utk disygi membuatkan hidup lebih bermakna, tp komitmen yg diperlukan sgt tinggi. Kdg² membuatkan kita rase kecewa & sedih sendiri sbb x dpt nk penuhi apa yg diingini..:(

    • Biola cinta..mainan hatiku..

      Alhai kawan..
      ibaratnya rentak zie ni macm baru putus cinta sja..nepa ne..

      kuatkan smgat..kentalkan hati sb sgala dugaan pahit mans bercinta tu ada hikmahnya tsndri. :)

      terima kasih kawanku sb anda sudi ke mari..ada amsa singgahlah lagi..

  8. mungkin ade benarnye ape yg suri sebutkan tuh, tapi sepatutnya, bercinta bukan penyebab utk kite ketepikan benda kegemaran kite..terima seadanya..enjoy perbezaan antara pasangan..baru best..hihi

    p/s – hhoho..sye tak pernah putus cinta..sbb cinta pertma saye dah jadi milik saye..alhamdulillah..
    .-= hafizmd´s last blog ..Aku trauma? =-.

    • Pungguk rindukan payung comel..
      huhu..ia mungkin skdrf perkongsian jer mr hafiz..

      cinta pertama mmg bestkan..nak 2 bila dah dpt kawin dgn dia..rasa syiok pulak..hehe

      dan bintang2nay pula anak2..hehe

    • Semerbak hati sesejuk perasaanmu..setenang air di kali..

      salam sahabatku sayang..
      Cinta tu memang satu perkara yang menggembiran..bisa membuatkan kita terpaut rindu takala kita cuba menjauh dari dia.

      tapi rasa cinta akan lebih pedih dan luluh sekiranya cinta yang di semai..di jaga putus ditengah jalan..

      kita hanya manusia memang di ciptakan untuk menghadapai ujian yang sebenarnnya mampu ditanggung oleh kita sendiri. Namun kita hurus bijak mengawal emosi dan hati bahwa setiap yang berllu itu kita jadikan ia sb sebuah laman persinggah sahaja.

      kuatkan semangatmu kawan..cekalkan hatimu bukalah lembaran baru kerna perjalanan masih jauh menunggumu..

      putus tidak bererti tiada cinta utkmu dgn dia.namun itu mugkin telah disuratkan buatmu. Jaganlah terllu memikirkan rasa kecewa yang menusuk dihatimu..

      tapi fikirkanlah bawa walaupun kasih dan cintamu putus tidak bererti kamu putus segala ikatan cinta terhadap orang lain.percaya dan yakinlah sahabatku kamu sebenarnya tetap memiliki kasih dan sayang diri keluaraga yang yang benar2 amat menyanyagimu..rakan yang disayangi.dan mungkin secret admire yang menyukaimu dlm diam sapa tahukan :)

      tenagkan hati..cubalah ambil seberapa banyak waktu untuk muhasabah diri..dekatkan padaNYA semoga dengan cara ini hati sahabat damai sekali.

      Ingatlah kawanku..
      sekali putus cinta..mahupun 10x putus cinta itu tidak bermakna kehidupan kita terhenti di stu sahaja. Kemaskan langkahmu..aturkan kehidupan.tegakkan pasak hatmu bahawa kamu sebenarnya boleh berdiri tanpa dia!

      hanya inilah yang mampu suri berikan sokogan kepada sahabat. Harap sahabat berpuas hati dengan pandagan peribadi Suri.

      tErIMA kASIH SaHABAT atAs kUNjugan anda dan sudI meninggalkan komen diruangan ini.

      salam ketemu lagi..

      • tm ksh byk2 suri…………….
        insyllh dgn ade nye smgt suri bagi kt tsha…..
        tsha akn bangun tnpa dia…………….

      • sebait sanyuman..
        sama-sama sahabatku..
        mana yang boleh suri bantu suri bantulah.semoga sahabt suri akan mengorak langkah yang baru.

        jika ada masalah carilah sahaja suri di blog ini..

  9. Hurm…
    2 3 hari lepas awek aku mntak putus..
    hurm.. dia kata dia bosan dgn aku tp bila aku tnya happy x klur dgn aku dia kata happy sngt..
    kita orng couple dah hampir 4 thn.. hurm

    @.@

    • Salam pagi untuk semua.

      Pagi ini nak bermadah sikit rasanya dah lama tak bermadah helah Surikan peminat Zian Zain :)

      “Oh cinta bagai manis kau laksana madu, tika layu kau sungguh menikam kalbu, waktu pilu kau hiris hatiku bak semalu. Apakah salahku dikau buatku sebegitu..”

      CINTA..

      Satu ungkapan yang indah dan barangkali jika kita bina satu ayat maka akan mulalah ayat yang satu akan dikembangkan sayapnya menjadi lebih dari kata-kata yang kita fikirkan..

      Begitulah hati tika setitis jatuh kedasar hati bermakna kasih yang bersemi itu pasti mengharapkan agar ikatan yang dibina akan terus kekal hingga kepuncaknya. Tapi, bagaimana pula sekiranya hatiku untukmu namun kau diam membisu lantas kau tunduk malu kau pinta kata putus dariku..

      Jawapan Suri
      Setepak sireh.. & salam sahabat.

      Wah sungguh lama perkenalan anda dengan si dia. Dia bosan. Barangkali anda perlu ciptakan sesuatu yang manis untuk anda berdua. Apa kata anda bawa dia berjalan-jalan ke luar kawasan tempat tinggal anda. Seperti contoh anda membawa dia berjalan-jalan di bandar PD ke, di sana anda boleh menjamu makanan yang sedap, berjalan di tepian pantai bukankah itu salah satu cara untuk mendekatkan diri anda kepada si dia.

      Cara lain anda buatlah kejutan untuk si dia seperti memberikan dia gelang kaki, gelang tangan ke, sebab rata-ratanya perempuan suka akan perhiasan diri. Memadailah jika anda menghadiahkannya barang siliver sahaja. Pasti dengan cara ini dia akan terasa dirinya lebih di hargai. Jika anda mampu maka anda boleh sahaja berikan dia emas..

      Sesekali anda juga haruslah memberikan dia waktu atau ruang untuk dia lebih mesra dan rapat pada ahli kluarga dia mahupun pada teman karibnya sendiri. Dia pun seperti anda juga, kata orang jika kita selalu bertemu muka mesti jemukan. Sesekali cuba jarakan perjumpaan anda dengan si dia. Pasti rasa rindu itu akan terbit di hati si dia kembali.

      Sekiranya sahabat telah berkerja apa kata sahabat ambil langkah mengikat tali pertunangan dengan si dia. Ini menyakinkan dia bahawa anda benar-benar mahu berkahwin dangannya. Bila sahabat dah berkawin degannya pasti segalanya akan lebih bahagia lagi.

      Jika si dia ada masalah maka anda haruslah memberikan dia ruang untuk dia berterus terang, kenapa dan mengapa dia boleh mengeluarkan hasrat sebegitu pada anda. Buatlah perbincangan dari hati ke hati. Ingat selagi hubungan sahabat dengan dia boleh diselamatkan maka teruskan usaha sahabat itu. Dan sekiranya jawapan yang dia berikan tetap sama maka mungkin keputusan untuk sahabat memutuskan hubungan itu lebih baik daripada hati anda dipermainkannya nanti jiwa sahabat juga yang merana.
      Buatlah keputusan dengan sebaik yang boleh. Carilah kelemahan diri mungkin ada banyak yang ditemui buat dia merasa tidak enak semasa menjalinkan hubungan dengan sahabat. Selagi ada ruang maka sahabat masih boleh memperbaiki kelemahan atau kekurangan pada si dia agar sahabat dapat memuaskan hati dia. Carilah jalan yang terbaik agar hubugan yang terputus kelak akan putus secara damai tapi bukan pada permusuhan antara anda dengan dia atau angkara pihak ketiga.
      Apapun ini hanyalah pandangan dari suri sahaja. Semoga hubungan anda dengan si dia akan terus bjlan lancar.

  10. erm.. thnks suri…

    Sok sy ajk awek sy berbincang mngenai masalah yg kita hadapi dan mungkin ini kali terakhir kami keluar..

    Ader cara x nak menambat hatinyar semula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>