salam semua
Arghhh!!! bestnya bila di lamun cinta, terasa dunia ini bagaikan kita yang punya! Tapi semua itu tidak bermakna jika seronoknya hanya sementara. Sebab ada sesetengah pasangan bercinta hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja.
Apabila mula mengenali perangai sebenar masing-masing, mula timbul masalah yang akhirnya membawa kepada hubungan terputus begitu sahaja. Sebab itulah penting untuk kamu menetapkan fasa-fasa tertentu dalam perhubungan agar kamu temui cinta sejati! Fasa-fasa ini juga tidak semestinya mengambil masa yang lama hingga bertahun-tahun tetapi dalam tempoh masa 12 bulan sahaja sudah cukup untuk kamu meniti bahagia.
CINTA MULA BERSEMI.
Jangka masa: Hari pertama berjumpa hingga 2 bulan. Dikala ini kamu terasa begitu bahagia sekali! Dialah segalanya dalam kehidupanmu dan sebolehnya kamu ingin sentiasa tampil menarik dihadapannya. Bukan itu sahaja setiap kali berjumpa dengan kamu terasa bagaikan ada aura tersendiri muncul di dalam dirimu. Sebolehnya kamu langsung tidak mahu berenggang denganya dan setiap masa ingin dihabiskan bersama. Topik perbicaraan kamu pula di kala itu lebih kepada bilakah kamu akan berjumpa dengan si dia lagi, di manakaah lokasinya dan sebagainya.
Apa yang perlu dilakukan:
Setiap masa dan mana sahaja sebolehnya kamu ingin berada di sisinya. Sebab itulah kamu tidak pernah berenggang dengan telefon bimbit dan masej darinya kamu terima setiap masa.
Lagi best:
Kamu melayan dulu perasaan yang berbunga di taman mini hatimu itu. Namun begitu janganlah terlalu over excited kerana ditakuti nanti kesudahannya bukan bahagia yang menjadi milikmu.
Jangan lupa:
Untuk menyemak kembali apalah perasaan yang hadir dalam dirimu itu benar-benar ikhlas atau kamu masih ragu-ragu denganya.
KENALI ISI HATINYA.
Jangka masa: dua hingga empat bulan. Biasanya dalam tempoh ini kamu masih lagi belum dapat mengesan kelemahan yang ada pada diri si dia. Segalanya masih tampak sempurna di mata sebab masing-masing masih belum lagi mempamerkan siapakah dirinya yang sebenar. Ada kalanya dalam tempoh ini ia boleh membuatkan kamu buta menilai keburukan dirinya. Sebab itulah jika ada terdengar tentang keburukan dirinya, kamu akan katakan dalam hati kamu semua itu hanyalah dusta belaka. Kerana apa yang lebih penting bagimu ialah dia akan tetap disisimu.
Apa yangh perlu dilakukan:
Aura cinta masih membara tetapi kadarnya mula berkurangan. Jika sebelum ini kamu rasakan langsung tidak boleh berpisah, kini jika berjumpa seminggu sekalipun sudah memadai bagi diri kamu. Telefon dan sms sudah memadai bagi dirimu sebagai pengikat jiwa dan kesetiaan dihati untuk mengubat rindu padanya.
Lagi best jika:
Kamu terus melayan perasaan yang indah-indah tersebut, akan tetapi jangan terlalu terburu-buru untuk membuat keputusan yang dia adalah kekasih sajatimu. Sebaiknya berikan sedikit masa untuk melihat perkembangan seterusnya..
Jangan lupa:
Untuk melihat apakah ada keserasian antara kamu berdua baik dari segi makanan kegemaran, hobi dan sebagainya.
DECLARE JADI KEKASIH.
Jangka masa: 4 minggu enam bulan. Kamu dan dia mengambil kata sepaka tuntuk declare sebagai pasangan kekasih. Namun perjalanan perhubungan kamu selepas ini tidak seindah yang diharapkan. Di saat ini kamu akan mula berhadapan dengan pelbagai persoalan yang ada kadangkalanya boleh mengundang perselisihan faham antara kamu dan dia kelak. Dan dalam tempoh ini juga kamu akan mula mengenali siapakah dirinya yang sebenar dan ada antaranya bisa menjengkelkan hatimu.
Apa yang perlu dilakukan:
Kamu perlu menyesuaikan diri dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kamu juga perlu bersikap lebih terbuka untuk mengetahui apa sahaja kelemahan tentang dirinya. Kaji semula hubungan kamu apakah ia berbaloi untuk kamu teruskan bercinta bersamanya atau cukup berhenti setakat ini sahaja. Di kala ini penting untuk kamu membuat keputusan dan tidak hairanlah ramai pasangan yang bercinta akan memutuskan hubungan mereka di saat ini kerana mula menyedari yang si dia sebenarnya tidak serasi bersamamu.
Lagi best jika:
Kamu tidak cepat melatah, marah-marah atau berasa kecewa dan tertipu jika sudah mengetahui siapakah dirinya yang sebenar. Sebaliknya jika sayangkan hubungan itu kamu perlu memberikannya sedikit masa untuk menjelaskan semua itu dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk serasi bersama. Bagaimanapun jika memang sah si dia seorang yang kaki penipu, tidak jujur denganmu, tidak sesuai atau lain-lain masalah perhubungan, jangan tunggu lama-lama untuk memutuskan perhubungan tersebut dan carilah cinta yang baru.
Jangan lupa.
Pastikan kamu memang sudah bersedia untuk melayari dunia cinta dan memberikan sepenuh komitmen terhadapnya atau hanya sakadar suka-suka sahaja. Jika yang di temui ok maka rasailah datik cinta itu sekali lagi.
Nukilan Cikli ubah suai sedikit oleh Suri



cinta SMS orang yang sama
kita hantar SMS.
.-= Ali ridha´s last blog ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 =-.
aku langsung tak sempat hantar sms cinta
dulu2 mana ada hp
hahaha
.-= tehr´s last blog ..Banjir Di Tumpat Dan Rantau Panjang =-.
ali ridha
sms.. jarang beli toup utk hp sndri heeee
tehr
jumpa slllu ker …alag tpon awam kan ader heee
memang manis masa bercinta…lebih manis kalau dapat hidup bersama sehingga keakhir hayat
phewiitttt…
la la la..
mantop bro!!
.-= zulkbo´s last blog ..Makhluk Halus Oh Makhluk Halus =-.
bro zul
bahagian cam cerita tuan ptri dan putera bhgia selamanya heee
bahagia bersama2 heee itu yg nak kita lihat tak mau cerai2 huhu..
Harap cinta saya sekarang ini adalah yang terakhir
.-= Norasikin´s last blog ..Bantulah saya Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya =-.
Amin.mesti sllu berdoa padaNYA
aduii
saya takleh la baca chenta2 niii
huuu
kang tringan ‘kesah chenta’
HOO..
ho adik itu semua dugaan sahaja..
hadoi ni antara benda yang aku memang tak mampu nak buat ni
.-= dnoBiz´s last blog ..Penjaga Gol kebangsaan – Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia =-.
heee.. cinta padaNYA paling mudah dilakukan
cinta antara benda yang teramat compleks dan misteri pada aku..:D
.-= dnoBiz´s last blog ..Kaki Judi – Guna Duit Bantuan sekolah anak Untuk Berjudi =-.
Kompleks tapi best Dno….rugi wooo
.-= adamfaiz´s last blog ..Nama Anak Selebriti Terbaik 2010 =-.
dnobiz:
cinta sabar..tapi dlm masa yg sama perlu ingat agama.. batas pergaulan bicara perlu di jaga dgn sebaiknya..
adamfaiz
alahai.. sapa tak mersa mmg sedis..
Pengomen pertama tahun ini. hehehehhe
.-= Norasikin´s last blog ..Bantulah saya Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya =-.
Alhamdulillah rezeki kak setelah berhempas pulas berusaha
tahnih dari suri
Bercinta memang indah, tapi nape banyak kuar dalam berita, tak sampai setahun kahwin, dah nak bercerai.. Hmm..
.-= amirulfaiz´s last blog ..Seni itu indah =-.
Kena fahami betul2 niat untuk berkahwin tu..
.-= adamfaiz´s last blog ..Rebah Di Ambang 2011 =-.
amirul
bila kata sepakat dah tak sehaluan maka bgnilah jadinya..
adamfaiz
insyallah mahligai akan kukuh sentiasa
masa bercinta semuanya indah belaka..hehe
tapi masa frust lbh tak mampu nak dilupakan. kesannya sampai bila2.
thoha
manisnay bagai gula
amir
bila frust
rasa cam nak nagis salahkan dri sndri
selamat tahun baru suri… senang2 datanglah: http://hairilhazlan.com/selamat-tinggal-2010-dan-selamat-datang-2011/ ada hadiah saguhati untuk suri…
salam
oh terima kasih..
suri dah pun kesana beberapa jari yang lepas
Alhamdulillah, terima kasih atas hadiah yang di beri
Jangan lena dibuai mimpi nanti rugi
.-= akubiomed´s last blog ..2010 melabuhkan tirainya 2011 membuka lambaran baru =-.
berjaga dan pastikan langkah kita betul
Assalamualaikum suri..
Suri buat yati teringat blk kisah2 manis macam gula okey..
Cinta memang indah
Tapi jangan sampai cinta membutakan
CInta lebih indah
Bila cinta itu untuk suami dan isteri
.-= Mrs.Ayie´s last blog ..LOst Contact sudah =-.
salam..
imbas balik sesekali tak per tapi jgb bersedih hati sudahlah hee..
alahai bahagianya cinta tu heee
time nak declare yang susah nie.. uhhuu
.-= zik´s last blog ..Mereka yang sempoi disember 2010!! =-.
masa tu rasa kalu berdepan dengan naga kepala sepuluh lebih mudah rasanya
apa sush ringankan mulut jer..bukannya kena angkat berat pun huu..
kalu terlepas apa ctr??
ladfe amir
naga selamat tahun baru cina heeee
ada orang kata cinta selepas kahwin lagi best.. hmm.. terfikir juga kan..
.-= MR.Z´s last blog ..Selamat Tahun Baru 2011 dan Hukum Sambutannya =-.
mana2 talk kisah tapi setiap darinya ada nikmat dan keindahannya yg tersendiri
dah ada ker bro ??
perghhh..terbaek la tips…nnanti blog suri ni bleh jadi pedoman ni bila nak cari bakal bini nanti.ku masih mencari2 chenta hehe
lepas guna tip dan menjadi..kena hantar kad jemputan kahwin kat tuan punya blog la.
aiman
blh sahaja.. cari jangan tak cari heee.. pasti yang original tau heeee
ladfe amir
pos jangan tak pos klu tak tak ada hadiah nak bagi heee
dah lupa dah zaman bercinta ngan wife dulu. cuma skrg ni pelbaiki apa yg patut
rasanya belaian yg di perlukan..perhatian..
musin bercinta cintan telah berlalu
sekarang sedang hadapi musim banjir
.-= tehr´s last blog ..Banjir Di Tumpat Dan Rantau Panjang =-.
salam..
dari mata turun ke hati..
dari banjir banyak yang
dapat jodoh kabarnya..??
.-= zulkbo´s last blog ..Makhluk Halus Oh Makhluk Halus =-.
kepenuhan ruang bilik wad bersalin silih bertukar berganti
zulkabo
makan nasi minyak hari2 pun tak apa
hehehe.. tak berapa chemistry ngan aku yang suke bersingle mingle.. hehe
selamat tahun baru suri..
.-= samanosuke_04´s last blog ..2011 Moscow! =-.
member suri ramai gak yang single
selamat tahun baru kawan..
salam..
rasa cinta pasti ada..
pada makhluk yang bernyawa..
.-= zulkbo´s last blog ..Makhluk Halus Oh Makhluk Halus =-.
itulah indahnya cinta sb dapat rasa heee
cinta itu lumrah~ hehehe… best2
.-= shah´s last blog ..Salam perkenalan buat blogger baru =-.
andai dapat rasa nak jerit satu dunia aku cinta dia