Putus Bila Perlu

Kerja Sambilan Di Rumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Gugur ranting ke bumi..tanda rapuh percintaan. Gugur bunga ke bumi tanda hilang seri tapi akan ada pengganti. Eh, eh, apa gugur-gugur ini. Kalau kelopak yang gugur tandanya ada tangan gatal mencuba mengoyakkan kelopaknya ya tak?

Meh sini tangan itu mahu sahaja aku gigit dengan gigi garham! hie..hie..:evil:

Andai kata seru pasal cinta mana mungkin ingin putus cinta sekiranya cinta yang di bina itu mampu bertahan setahun dua atau mungkin lima tahun.. siapa yang ingin menjawabnya. Melainkan putus bersebab..

Putus bila perlu membincangkan persoalan bila dua hati tidak serasi. Ce wah tidak serasi. Habis sudah berkawin ingin bercerai pun atas sebab tidak serasi bagaimana itu Suri? Itu namanya alasan ataupun ada yang lain barangkali..

Cukup! putus bila perlu seperti:-

  • Hubungan tercetus bila kalian bercinta tetapi membuat perkara-perkara yang dilarang agama. Contoh berpegang tangan, berdua-duaan di tempat yang sunyi, melakukan perkara yang sumbang dilarang agama.. dan sebagainya.
  • Cinta tidak di restui antara salah satu pihak. Andai kata bakal mak mertua tidak dapat menerima menantu contoh tidak menyandang jawatan elok. Ini kes pernah Suri dapat dari kawan terdkat di mana mak mertua inginkan calon menantu berjawatan kerajaan huhu. Hendak dengan tidak mesti hubungan terpaksa di putuskan. Ada juga masih memegang prinsip restu kedua belah pihak itu penting supaya perkahwinan itu kekal. Namun ada juga meneruskan juga sebab kemungkinan ada anak nanti keadaan akan pulih sedia kala.
  • Pasangan mengajak anda melakukan hubungan badan. Erk..Contoh melakukan hubungan seperti suami isteri yang sepatutnya anda tidak layak berbuat demikian selagi tidak mendapat cop sirim JAIM. Jadinya sekiranya salah seorang atau anda sendri yang tergoda untuk melakukan perbuatan keji tersebut nasihat Suri putuskan sahaja. Tapi tidak menahan molek kalian terus jumpa ibu bapa, tok kadi bernikah cepat! andai salah seorang mengelak maknanya dosa tersebut tetap anda pikul sepanjang hayat selagi tidak bertaubat dan masih melakukan hubungan ini sepanjang percintaan. Urm..termasuk kedua ibu bapa kalian sekali seolah-olah merestui hubungan kalian walhal belakang mereka anda mencontengkan arang ke muka mereka hu..hu..ini namanya kes berat
  • Setiap hubungan perlulah merentasi kejujuran, keikhlasan ketaqwaan dalam setiap pasangan yang menjamu cinta. Tapi bukan melukakan hati pasangan anda cintai dengan bermain kayu tiga, empat lima dan seterusnya. Cinta di dustai tak akan ada orang sedia memaafi buatlah lebih dari tiga kali pastinya ada hati yang rentan! Jaga cinta baik-baik, andai dusta itu hadir berkali-kali mau gak putuskannya.

  • Bila orang andai cintai itu sebenarnya isteri orang. Haa..silap pilih sudah jadi kes mahu berkahwin walhal dia isteri orang tidak ker haru namaya. Peratus untuk kekal dalam hubungan ini amat tipis jadinya putus segera. Di buatnya suaminya bawa parang apa cerita?
  • Andai dia suami orang. Oh tidak sudah ada tiga kekosongan. Memang ada sesetangah orang sanggup bermadu namun tidak pula ada orang yang sanggup menerimanya dengan hati yang terbuka. Jika pilihan anda mahu teruskan setelah memikirkannya solat istiharah dan sebagainya. Tapi sekiranya suami orang itu baru ada seorang isteri maka fikir baik-baik akan keluarga dan anak-anaknya. Tolonglah fikir masak-masak semasak-masaknya janganlah sesekali meruntuhkan rumahtangga orang lain sebab jika anda di pihak dia pasti anda akan rasa apa yang dia rasa. Hati orang lelaki pula dia apa fikir tahu pasang sahaja hee..Walau siapa pun anda buatlah pilihan yang terbaik selagi kata masih muda cuba dapatkan yang sama dengan anda kalau boleh bukan suami orang :razz:

Kesimpulannya banyak sebab boleh di seteru untuk memutuskan hubungan. Lebih berat hubungan suami isteri bila kes penceraian terjadi bisa membuka satu persatu fail bab jagaan anak, nafkah dan sebagainya. Untuk kes bercinta berat juga jika tidak dapat di tangani dengan cara yang betul hati turut khuatir akan anak-anak lahir tidak berdosa di buang di gugurkan begitu sahaja.

Bila hati menuntut cinta, mengikat janji memang mudah untuk di metrai tapi untuk melunasakan janji bila dah tercipta memang agak sukar di alaskan denganĀ  tanggungjawab. Jadilah seorang yang bertanggjawab dalam memegang hati walhal cinta sekalipun. Kata orang tua-tua berkahwin biar sekali bahagia seumur hidup. Tapi kita pula menyimpulkan pula hati manusia bila-bila sahaja boleh berubah.

Pilihan terletak di tangan anda sendiri. Maaf sedia dikata sebab seperti biasa entri begini di tulis sambil lalu.

 

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

36 thoughts on “Putus Bila Perlu

  1. sukar sungguh pabila berbicara tentang putus ini. pernah berada di dalam dilema ini. sangat! :sad: bukan kerana tiada keserasian, tapi terpaksa kerna sedar akan diri yang sudah tidak dihargai. hanya kerna perbezaan tahap pendidikan, maka rendah diri mengatasi segala… pengorbanan mungkin, rasa cinta masih ada. tetapi putus itu yg terbaik untuk semua pihak…

    • jika darjat yang di pilih tak akan mmbawa kemana2..

      sabarlah sahabat anita mungkin tu lebih baik utk anita saat ini. pancaroba memilih pasangan agak sikit dugaannya..perjalanan msih jauh cekalkan hati semoga tabah selalu dan akan mendapat pasangan yang sesuai nanti.amin :razz:

  2. Memang banyak dugaan bila bercinta ini. Percayalah makin lama berkaple makin banyak dosa.

    Suka dengan tips ni “sekiranya salah seorang atau anda sendri yang tergoda untuk melakukan perbuatan keji nasihat Suri putuskan sahaja.”

  3. Setuju sangat dengan ayat terakhir suri kat atas tu,.. “berkahwin biar sekali bahagia seumur hidup….pilihan terletak di tangan anda sendiri”.

  4. sebolehnya kembali kepada yg sepatutnya.. insyaallah lau dua2 pihak berpegang kuat pada terasnya, insyaallah, hubungan tu akan terjaga..

    bagi yg bercinta tu, lau putus, mungkin tak de jodoh lah jawabnya

  5. konsep saya senang, Jangan buat benda yang menyusahkan diri. Apa susah-susah nak fikir mcm mana nak dapat restu, apa susah-susah nak cari jalan untuk berbaik dengan madu, apa susah-susah nak menanggung dosa, lebih baik tinggalkan aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>