Mencari Cinta?

Salam…

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar:
guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

ban_casal16

guru:
ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya:
mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab:
saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab:
ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru:
ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya:
mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab:
sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab:
itulah perkahwinan…….

ban_casal3

Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

Insyallah, dapat membantu. Mencuba dan mencubalah dalam mencintai dan dicinta pasti rasa itu amat sukar diungkapkan dalam bicara. Carailah rasa yang satu itu dengan penuh kesabaran dan bukan berhenti berharap dari satu perkara yang tidak pasti.

Dimana Suri ketemu cinta ek?? heehee :) lalala..

Share
Artikel lain yang best-best :

44 thoughts on “Mencari Cinta?

    • kU tAHU KAU MENCINTAIku..

      Ada mungkin lambat jer kot dia nak menjelma..jaganlah berputus asa sllu berdoa smga yang baik itu akan ada utk kamu jua.

      Tuhan ciptkan kta utk berpasagan..mmbina sbuh mahligai yang bahgia bak para Nabi kita. tidak salah hdup berpasagan sb mmg khdupan kita tlh tercipta utk adam dan hawa.

      tak slh mengharap jika kena pada caranya :)

    • dah kahwin lagi syok!!! dah boleh bawa kemana-mana…tapi jgan lupe bawa sijil nikah, nanti malu jer bila kena tahan… member aku dah kena…tapi nasib baik bawa gambar kahwin, sebab sijil nikah belum siap..!!kih.kih.khi!!!!
      .-= bujang3´s last blog ..Sotong ramal Germany kalah- =-.

      • Lazaac..
        semoga cinta kita dalam redha ilahi..

        aduh dalam banyak-banyak komen.komen ni suri KIRA SBGAI SPAM! HEHEH..

        sebab ia bisa membuatkan hati suri ktwa sendiri.. ;)

      • bUN cINTA..
        wah satu peringatan tu bro hehhee…rasa manis jer bila ingta zamn mula2 kawin dulu..hehehe..

        thnks bro sb sudi kongsi kisah tu kat cini :0

  1. Pingback: Puasa pun belum lagi, orang dah mula cerita pasal raya !!!! « bujang3

  2. Mantab , ini arti yang sebenarnya . hampir mirip dengan sebuah cerita seorang suami mencari istri di sebuah tempat prostitusi . yang disetiap tinggkatan lantai ada seorang wanita cantik , karena tidak puas dengan kecantikan wanita itu , dia terus menaiki tangga kelantai berikutnya ,karena terus beranggapan kurang cantik , maka sampailah pria tadi kelantai yang paling atas , dan disana dia hanya menemukan deretan mobil yang sedang parkir ……. dan ternyata lantai atas itu adalah tempat parkir …..
    .-= ipul´s last blog ..Blog itu tidak berguna- =-.

    • OH My Luv..
      janganlah jadi coklat takut nnti dia mencair sndiri tapi perlu ada peganntinya utk elakkan dia mencair iaitu org yang sudi menjaga hati si pencinta itu (coklat) supaya colkat kekal sjuk dan beku hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>