Kau Jauh Dari Pandanganku Part II

Salam pagi semua…

Entri kali ini sambungan dari entri yang sebelumnya. Siap ada sambung- menyambunglah pulak hiii.. Alahai. Jangan ada petir yang tersambung kat sini sudahlah. Bukan apa kekadang Suri tak sempat nak senaraikan semua tips dalam satu satu masa salah satu sebab line tak clear, kedua kerja di pejabat terlalu banyak memerlukan Suri lebih fokus pada urusan pejabat untuk seketika waktu huhu..

Suri tak mahu cakap panjang lebar apa kata kita terus pada point yang seterusnya..

 ev_079_04

Kekasih atau kawan

Adat bercinta jika cemburu pasti ia menandakan bahawa si dia benar-benar menyanyangi kamu. Tapi bagaimana pula sekiranya temanmu  itu seorang yang bernar-benar rapat denganmu sebelum si dia. Hurm mahu jugalah kita dalam keadaan serba-salah untuk menjaga kedua-dua hati kawan dan hati si dia dalam satu -satu masa. 

Jika kamu mengalami masalah begini mintalah pada kawan atau teman kamu agar mereka memahami situasi dirimu. Sebab kamu juga memerlukan masa untuk memberikan perhatian pada si dia juga. Jika kamu single itu lain cerita.

Ingat girl berkawan tu boleh sahaja tapi kurangkanlah sikit  jangan sampai si dia merasa tersisih atas perbuatan kamu sudahlah..

 

Merajuk

Adakah kamu seorang yang kuat merajuk.. Hooo.. nak merajuk boleh aja tapi berpada-padalah sikit. Kata orang jangan sampai rajuk kita buat orang jemu asyik nak memujuk kita hari-hari sudahlah. Merajuk boleh di kawal tapi tidak bermakna ketika kita rajuk  si dia bisa memujuk kita kembali . Mungkin dia akan pujuk tapi selalunya ia bergantung pada sesuatu masalah atau keadaan  juga.

Pada dasarnya tidak semua lelaki menyukai perempuan yang kuat merajuk sebab ia sedikit sebanyak memperuntukan masa menangih kata-kata pujuk dari kamu. Baik terus angkat kaki dari melayan perasaan kamu yang selalu tidak bertepi.

Bagi Suri buat apa nak merajuk tanpa sebab yang munasabah baik kita menyulam hati ke hati dari mejeruk duka entah bilalah kesudahannya nak tamat.

 

Ego

Bersikap ego juga akan membuatkan si dia menjauhkan diri dari kamu.  Sekiranya sifat ini sering menjadi tunjang kepada akal fikiran kamu pasti hubungan kamu dengan si dia tidak akan kemana-mana. Ingat setiap perhubungan yang terjalin memerlukan tolak – ansur, faham-memahami antara satu sama lain. Kata orang tua-tua kita janganlah selalu nak menang sahaja. Sedikit sebanyak kita juga perlu mengalah dalam hal yang tertentu jua.

Jika kamu pernah melakukan kesilapan segeralah minta maaf pada si dia sebab sikap merendah diri ini juga  kadang-kala akan membuatkan lelaki lebih senang mendekati dan mamahai diri kamu dengan lebih mendalam lagi. :)

 

Penipu dan Hipokrit

Jadilah seorang yang jujur sebab itu adalah perkara asas dalam percintaan. Hampir semua lelaki pantang di tipu apatah lagi kamu merupakan orang yang amat di cintainya. Berkatalah benar sekiranya kamu benar – benar melakukanya, katakan tidak sekiranya kamu tidak pernah merancangkannya.

Ingat perkara yang cuba di sorok-sorok lama kelamaan akan pecah jua tembelangnya. Suri nasihatkan agar kamu janganlah menjadi seperti ini sebab besar kemungkinan untuk si dia meniupu pada kamu pula mungkin ada. Jadi jangan terkejut!

 42-18115915

Cepat marah

Jadilah seorang kekasih yang cool dan bukan seorang yang memeningkan kepala pasangan. Cuba kawal perasaan kamu jika si dia terlewat sampai pada masa yang di tetapkan. Insyallah si dia akan mula berterus -terang mengapa dia terlewat menemui kamu.

Marah bukan jalan penyelesaian yang baik bagi kedua-dua belah pihak apa yang penting selesaikan masalah tersebut dengan cara yang tenang. Ingat jika kamu salah langkah kadang-kala perasaan marah ini juga boleh membawa kepada musibah yang buruk pada perhubungan kamu seperti perpisahan, mengunggkit antara satu sama-lain dan lain-lain lagi.

 

~Sekian terima kasih kelas CIK CINTA tamat disini ~

Share
Artikel lain yang best-best :

23 thoughts on “Kau Jauh Dari Pandanganku Part II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>