Salam ceria untuk semua.
Semoga pagi Isnin ini akan memberikan kita ruang berkerja yang lebih baik dari minggu-minggu yang lepas. Suri mohon maaf sebab mendiamkan diri selama dua hari berturut-turut tanpa sebarang posting didalam blog Suri sehingga buat anda tertunggu-tunggu.
Kawan-kawan pernah bercinta?
Pernah meminati seseorang lalu anda pernah menghadiahkan sesuatu barang kepadanya. Bagi Suri tidak kisahlah barang apa yang anda beri pada si dia sama ada dalam bentuk wang ataupun barang perhiasan dan sebagainya tapi yang penting hadiah yang di berikan itu bertujuan untuk menggembirakan hatinya. Paling tidak pun ada sedang ,mencuba menawan hati si dia dengan sebaik yang mungkin… melalui taktik pemberian hadiah tersebut kepada si dia
.
Hurm harini Suri nak kongsikan beberapa pemberian barang yang sering diberi si dia kepada anda. Apakah pemberian barang-barang tersebut? Jom kita kongsikannya disini.
Jam tangan
Jika pasangan anda menghadiahkan anda jam tangan ini bermakna berkemungkinan anda seorang yang sukar tepati janji. Paling tidak pun anda tiada jam tangan. Atau anda sememangnya pengumpul jam tangan pelbagai jenama. Maka itu dia menghadiahkan seutas jam tangan kepada anda. Pasangan yang memberika jam tangan kepada anda ini membawa maksud ia seseorang yang pentingkan masa dan menpunyai disiplin yang tinggi dalam kehidupannya.
Cincin
Selalunya ia di anggap sebagai ikatan sesebuah perhubungan. Di mana ada ikatan diantara anda dengan seseorang yang amat anda cintai. Biasanya kala percintaan itu berputik maka sepasang kakasih itu akan membeli dua bentuk cinta yang sama untuk anda dan si dia pakai di jaring masing-masing.
Kasut
Ia menggambarkan si dia benar-benar mengambil berat tentang kehidupan anda. Kasut juga menggambrakan sifat sifat si pelindung kepada si pemakainya
. Berhati-hati dalam setiap kehidupan dalam sesebuah hubungan amat di utamakan oleh pasangan anda.
Pakaian atau kain
Supaya si pemakai akan sentiasa mengingati anda walau dimana anda berada takala anda menyarung dan memakai pakaian tersebut dari pemberian si dia. Pemberian sebegini juga menggambarkan agar si dia suka akan penampilan anda yang sentiasa kemas dan sedap mata yang memandangnya. Di gambarkan seorang yang memberikan hadiah ini seseorang yang mementingkan kekemasan dalam setiap penampilannya dalaman mahupun luaran.
Bunga
Ia banyak menyingkap pelbagai maksud yang tersendiri. Bergantung kepada warna dan kuntuman bunga yang ada beri pada si dia. Walaubagaimanapun bunga ditafsirkan sebagai tanda memujuk hati pasangan dikala rajuk mula bertemu, sebagai tanda perkenalan dan sebagainya. Namun apa pun tujuan anda yang pastinya ia perlulah di niatkan secara ikhlas
.
Minyak wangi
Sebagai pengharapan agar hubungan anda dengan si dia kekal hendaknya. Minyak wangi juga dapat ditafsirkan sebagai sesebuah tanda cinta yang beraih. Namun ia di galakkan kepada suami atau isteri sahaja. Kerana minyak yang mengelurakan bau yang wangi boleh membuatkan nafsu seseorang itu mudah terangsang! heee..
Bingkai Gambar
Biasanya dikala hubungan itu berjauhan maha bingkai gambar itulah yang akan menjadi pengubat rindu pada insan yang tersayang. Kata orang walau ia jauh dimata tapi si dia tetap di hati. Cewah! hu,hu..
Teday bear / anak patung
Pemberian ini biasanya di perolihi dari si jejaka. Ia menggambrkan seorang yang penyayang dan manja dalam kehidupanya. Sentiasa inginkan perhatian dari pasangannya. Mengharapkan agar hubungan yang terjalin bukan sahaja untuk mempercayai tetapi juga untuk kasih sayang yang kekal abadi. Pejamlah matamu peluklah teday bear seakan si dia dekat dengan anda
.
Buku
Seseorang yang mementingkan ilmu dalam segala hal. Ini bermaksud pasangan anda seorang pecinta ilmu dan bersifat terbuka dalam segala hal. Bukan itu sahaja malahan ia juga mengharapkan agar anda juga sekepala dengannya nanti (mencintai ilmu).
Sejadah dan Al-Quran
Jika si dia memberikan anda hadian ini ia meggambarkan sebagai tanda bahawa kehidupan si pemberi mempunyai asa yang utama dalam kehidupan yang di cari. Seseorang yang seimbang dalam kehidupannya sama ada dalam hal-hal dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya anda bertuah kiranya anda mendapat hadiah dari insan yang sebegini kerana ia adalah seorang yang mampu membimbing anda ke jalan Allah.
Telefon bimbit
Rasanya ada. Tapi itu pun ikut kemampuan pasangan itu sendiri. Tanda amaran kepada pasangan bahawa kamu adalah milikku. Di mana kamu berada disitu akan ku cari kamu. So, awaslah jika anda memakainya kerana gerak – geri anda sedang diperhatian oleh si dia!
Payung
Juga ditafsirkan sebagai pelindung. Mentafsikan sebagai si pemberi akan sentiasa berada di samping anda sama ada anda dalam keadaan susah mahupun senang. Sebagai pelindung dikala anda memerlukan dia dia. Begitu jualah payung. Tika hujan kita gunakan ia untuk melindungi diri kita dari dibasahi air hujan. Tika panas ia juga mampu untuk menghadang cahayanya agar tidak terbias dari pandangan kita.
Hanya itulah yang sempat Suri fikirkan buat masa ini. Semoga secebis ilmu yang tidak seberapa ini akan menghangatan lagi hubungan anda dengan di dia.
Kawan-kawan anda hadiah lagi yang nak dikongsikan pada Suri? Jom tinggalkan jejak anda disini


saya lagi suka sejadah dan Al-Quran hehe…
.-= Syafrizal´s last blog ..Produk terbaru HPA berada di pasaran =-.
seulas senyuman..
Ya..satu pemberian yang penuh bermakna
biasanyer saya bagi jer hadiah untuk menggembirakan hati isteri… tak pernah pula terpikir maksud tertentu untuk hadiah yang diberi….
Bila tengok isteri gembira, hati pun dah cukup senang !!!!
Sapa tak sayang bini ooiiii!!!
.-= bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! =-.
BAHAGIANYA HATI..
suri sayang suami heee
Saya hadiahkan jam tangan untuk suami suatu ketika dahulu tp bukan sebab dia tak menepati waktu. Sebabnya, dia asyik pakai jam tangan pemberian awek lama dia je. hishhh geram betul!
.-= Norasikin´s last blog ..Nasi Impit Resepi Komersial Rice Cake =-.
tidurlah sayang..
kak mah kita hempuk dia
tengah berfikir nak bagi hadiah apa kat si dia?hehehe
.-= Thoha´s last blog ..Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan Malaysia =-.
SURI TAHU..
bagilah dia dairi supya dia akan dpt mencoretkkan kenagan saat cinta tika bsma mu
salam,
hubby akak pernah kasi myk wangi jer…
.-= maslinamansor´s last blog ..Kenapa minyak wangi boleh memberi tanggapan murahan =-.
KU RINDU..
alahai kak nape laki ne sepesen jer heee
mmhh.h.mau kasih apa ya..masih bingung..hehe
saat rindu..
bagi payung sahajalah heee
kalau sekuntum senyuman aci tak?
.-= adamfaiz´s last blog ..Jodoh Di Batang Pokok =-.
janji sekuntum gak… heheheee !!!
.-= bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! =-.
sebuih kata..
adamfaiz..
blh sahaja tpi nnti dia kata kmu kodokot..heee..
TASBIH CINTA..
bujang..
bolehlah sahaja hee asal ada mmberi
dah lama tak bagi hadiah kepada isteri
[tapi selalu terima hadiah]
hehehe
.-= tehr´s last blog ..Berbuka – Ingat Lima Perkara =-.
ANDAINYA ADA WAKTU..
sebab si dia seorang yg pemurah heee
huhu..mel pnah dpt patrick besor punya..
LIRIKKAN MATA..
Ho…tdk… nak bear kala biru jugaa
senyum manis tiap bertatap muka dan berbincang dengan pasangan adalah hadiah yang terindah…
kasih itu..
itulah saat yang romantis ya..
al-quran dan sejadah … sebab ada maksud yang tersirat..
.-= zik´s last blog ..Daun Stevia kawal gula dalam darah =-.
puisi cinta..
itulah yang indah buatku..
pernah dapat hadiah jam tangan
musim cinta..
andainya ada masa..rasa nak putar semula..
selalu gak dapat hadiah ni..hehe tapi cuz tak selalu memberi sebabnya ntahla.hehe
tafsiran yang menarik ni..boleh la dijadikan panduan untuk bagi hadiah pada si dia..hehe
.-= cuz´s last blog ..Awek Seksi PC Fair =-.
pasti cinta tu akan mekar..
guna2 jgn tak guna heee
selalu dapat hadiah wallet, pasal cepat sangat uzurnya wallet ku ni hehehe
.-= etomyam´s last blog ..Kemaskini Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri =-.
deria cinta..
cam tu pkai handbag je bro one heee
Banyak juga tu senarai hadiah.. nanti bolehlah pilih mana yang berkenan..
.-= kulanz´s last blog ..Stress di Kalangan Guru =-.
IKRAR CINTA..
boleh sahaja pilih yang mana berkenan d hti
Dia hadiahkan cincin tunang…. Ehehehehe….
Thanks suri sebab kongsi ni, sya suka.
.-= zezebel´s last blog ..Goat Milk anyone =-.
BEST
Tentu cantik
saya lebih suka memberi hadiah yang lebih membawa erti dan akan buat mereka ingat sampai bila2..hehe
cinta kita..
ceh..maksud yang mendalam ne ..
oh saya ni penyayang rupanya..hehe,pernah bagi seseorang teddy bear
TASIK HATI..
suka peluk heee..saya yang tak suka rugi leee
dy pnah bg sy, al-quran, diary, teddy bear….nice! thanks dear..
KAMAR CINTA..
aLHAMDULILLHA..
ungguh mulianya hati dia terhadap dirimu..
jangan lepaskan dia ya..jaga cinta tu dgn sebaik yang mungkin
saia da dpt teddy bear, cincin, telep0n, bunga, jam, baju dan yg amat bermakna telekung…saia cinta kamuu…sgt2…