Tetamu Dalam Perpustakaanku

Cinta Di Sanubariku

6

Posted by Suri Hatiku | Posted in Kisah Cinta | Posted on 05-03-2010

Tags: , , , , , , ,

Cinta mula menyusup di sanubariku
tatasuria dan purnama
mula menyinari hidupku
senyum menyulam di bibirku
kau hadir dalam dairi hidupku

Kembali mengimbau memori semalam
wajahmu terbayang di kaca mataku
aku bagaikan
berada di awangan

Akanku lukis wajahmu
di atas sehelai tenunan
akanku ukir namamu
di batang pepohonan
kemunting saga
kutanam benih cinta kita
di serata taman cinta
moga ianya mekar kembang di sisi
gugur bukan di medan kekecewaan
dan bukan mutiara jernih
menjadi pengakhiran
sebaliknya hati berbunga indah

anime-4

Cintaku
seindah bunga menemani taman
cintaku seharum kasturi
cintaku
sesinar tatasuria
yang menemani siang
cintaku seputih purnama
yang menemani malam
cintaku
setinggi langit
yang tak tercapai jua
cintaku sedalam lautan
terbentang tanpa sempadan

Andai aku untukmu dan engkau untukku
aku bersyukur kepada-Nya
kerna memakbulkan doaku
dan akanku bajai
benih cinta kita
kusemai subur
semoga kekal
selama-lamanya.

Nukilan dari Syarifah Zulikha
S.M.K. Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Share/Save/Bookmark

Comments (6)

wooo..puitis betul..membuai perasaan jer hari2 jumaat nie.hehe

p/s – si penulis budak sekolah menengah yg puitis nie..:D

[Reply]

Suri Hatiku Reply:

salam..
sesekali layan sastera apa salahnya..ia unik..dan tersendiri..
hik..hik..mereka ni ada bakat sebenarnya..kan,,kan.. ;)

[Reply]

penggunaan bahasa yg agak tinggi, banyak maksud dan pengertian…steady :D

[Reply]

Suri Hatiku Reply:

salam etomyam..
huhu..bukan sennag ya jika kita nak mengolah ayat dengan baik apatah lagi ia melibatka seseorang bijak berimiginasi..

[Reply]

cinta kepada manusia/makhluk bermusim….Cinta kepada Allah adalah hakiki

[Reply]

Suri Hatiku Reply:

ceh..pandainya dia :) hehe..

[Reply]

Write a comment

CommentLuv Enabled

This page is copy protected