Berdosakahku Pada Cinta

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ikuti kisah ini sebagai pengajaran pada yang bercinta atau bakal dicintai. Nukilan ini telah Suri lakarkan hasil dari pertemuan dengan seseorang. Bukan untuk meraih simpati tapi mencuba berkongsi masalah yang dihadapi dan memberikan kekuatan buat sahabat kita yang kini lelah kerana cinta.

Namaku Mayang Sari. Pernah mengulit cinta bersama seseorang yang bergelar lelaki. Tahun demi tahun percintaan yang terjalin membuatkan diriku amat menyanyagi dia. Dalam hati berkata cukuplah dia dalam hidupku dan dialah jua yang terakhir buatku..

Cinta pada pandangan pertama membuatkan kehidupanku berubah hanya kerana CINTA dan kerana Mayang Sari seorang yang penyabar itulah diriku yang sebenar. Segala penggorbanan yang pernahku lakukan padanya ikhlas dari lubuk hatiku. Tapi sayang kasih dan cinta yang ku semi selama ini dibalas dengan kata bagai di bawa angin yang lalu..

82

Memanglah benar kata orang andai kekasih hati berkata itu ini secara totalnya kita amat mudah mempercayainya. Hata itu adalah perkara yang di tipu tanpa kita ketahui apa sebabnya. Dan itulah perkara yang ku alami selama  lima tahun mengenali hati dan budinya aku tertipu..

Saat tembelang yang di simpan sekian lama meletup jua akhirnya takala semua perkara yang pernah dia sampaikan padaku selama lima tahun semuanya tipu belaka hasil dari lekuk bibirnya dia bangga kerana memperdayakanku selama ini.

Antaranya dia sanggup menggunakan nama ibu dan bapanya sendiri untuk menipu diriku, sanggup jua menggadaikan perkataan hidup dan mati demi nyawanya sendiri. Hanya kerana dia tahu bahawa  diriku selalu sabar dengan setiap tingkahnya.

Satu ketika dia pengsan dan tidak semena-mena aku mendapatkannya dengan harapan yang hampa segalanya mengecewakanku..

..Saat dia diseranga asma dan mengatakan dia dalam keadaan kritikal dia membuatkan diriku ingin rebah kebumi. Namunku kuatkan hati dengan mencari penawar ubatnya sana-sini, mentelaah buku-buku yang berkaitan dengan sakit yang dihidapinya..

93

Andainya kutulis semua bait-bait duka kami rasanya tak terdayaku coretkannya disini..

Maafkan diriku aku tidak berdaya melawan semua ini hanya kerana aku jua manusia biasa..aku takut dengan bayang cinta untuk kali kedua namunku gagahkan diri untuk terus menongkah kehidupan ini..

Oh, Tuhan berilahku kekuatan untuk pulih seperti sedia-kala tanpa ada rasa CINTA ini ..

Apakah salahku kau buatku begini..kerana kesabaranku kau mengujiku dengan penipuanmu. Semoga dirimu bahagian bersama yang tercinta.

Terima kasih atas keegoanmu melukai hati ini akanku bawa pergi jauh dari pandanganmu..

Share
Artikel lain yang best-best :

65 thoughts on “Berdosakahku Pada Cinta

  1. sedihnya sy baca ni kak suri……. :(

    apa tujuannya lelaki tu buat mcm tu? gembirakah dia bila dpt menyakitkan hati perempuan?

    apapun, berpeganglah kepada “cintailah kekasih mu berpada-pada kerana kelak kita yg akan merana..”

      • TE
        ada smpi nak buat resepi minuman pulak huu..mmg tak patotlan huuu…

        rasanya kt luar semua wanita tak kejam msh ada yang baik lakunya huu..

        klu org tak bjak nak hargai bgni jadinya..

        sabarlah mayang sari Tuhan & kami masih ada disisi anda, berikan kata sokogan :) utk tdk terusbersedih..sedih sllu :)

  2. Cinta,
    Cahayamu amat kukagumi menyinari alam yang kian menyepi…
    Cinta,
    Pudarmu amat kutakuti meninggalkan jiwa menangis sepi..

    Andai jadi igauan untuk memilikimu,
    Janganlah engkau cerca inspirasiku,
    Padamu……

  3. maafkan aku perempuan kerana pernah menipumu..tetapi tidaklah aku sanggup mempermainkan soal hidup dan mati untuk memperdayakanmu..

    malah penipuan yg berlaku tak bertahan lama dek kerana rasa bersalahku akibat menipumu..

  4. Bak lagu “cinta kenangan silam”
    Hurm, jadi org pompuan ni hati selalu terguris walau sebesar hama sekalipun. Sbb itu perempuan perlu ada kekuatan dalaman bila terjadinya istilah “good bye dear” @ “sampai di sini shj hubungan kita”.

    bEe tak pnh mengalami putus cinta tp sakitnya bergaduh masa bercinta tu dah mcm nak putus aje urat saraf hehehe ~*

    • hoo ibu kita yang cantik manis ni seorang yg berjiwa jiwang juga :)

      sakit mmg tersa mana tdk dia aladh org yang kita sayang kita cinta..

      alih2 dia bakar hubungan tu dg penipun mmg myakitkan tagkai hati seorang wanita huuu..

      ah..yg berllu biarkan aja cari yang baru atau cri masa utk diri sndri baik juga :)

  5. Tak berapa gemar mengingati kisah2 cinta silam yg tak kesampaian. Sejarah itu biarkan ia berlalu. Sebab sekarang sya melalui fasa yang membahagiakan :-)

    Jangan putus asa mayang, InsyaAllah kebahagian akan menjelma sedikit masa lagi. Hanya berdoa dan berusaha

      • memg sush untuk melupkn sesuatu kngn phit yg telh berlku keats dirikita,,,semua 2perlukn masa untuk dilupkn, setiap yg berlku ad hikmahnya,,ini adlh ujian darinya untuk meliht kesbrn,ketbhn kita semsa menerima ujian darinya,,,so sabar,sabar dan sabar………………………..kuatkn semgt,tabahkan hati,dktkn diri kpdnya….

      • mr redzuan
        ya benar tu..ujian masing2 mmg agak berbeza stiap yg berlaku ada manis dan pahitnya..klu tak sabar kita sebenarnya kala pada dugaan tu sendri..

        be take time..

    • terbaik plk…ni buka kisah kosong ya aiman..ni kenyataan huu..

      mujur bro aiman paham akan isi yg ingin disampaikan suri..

      cuMA cikgu titan jer tak paham apa yg suri tulis adohhhhhhh!!!!

  6. Saya pernah jumpa lelaki yang sama teruk mcm ni. Masa bercinta semuanya hebat. Siap kelentong bakal mertua kononnya ada saham sana sini, ada bisnes mcm-mcm lagi. Rupa2nya tahi judi. Pantang ada bola, mesti dia berjudi. Pinjam along guna nama bini. Along cari, terpaksa la bayar. Gelapkan cek orang masuk dlm akaun bini. Bila bank cekup, terpaksa la ganti. Ada je idea dia nak kikis duit bini ngan mertua dia sekali. barang dalam rumah, hadiah kawin semua dia jual. Beli kereta pakai nama bini. Pastu jual cara haram. Hutang bank bini yg bayo sampai 8 tahun. Bila dah tak de lagi yg boleh dikikis, mula la cari perempuan lain. Tinggal la bini ngan anak tunggang langgang

    • uh..sedihya hdup bgtu..
      sudah tentu derita anak 2 isrtinya bgtu perit di taggunhg..

      ada ujian ada hikmah kakak..

      semua org akan lalaui dugaan yg berbeda cuma kita yg kena bijak tanganinya dgn cara yang waras..

      terima kasih kakak nora ats perkongsian ctr yg d beri asdh skli/..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>