Salam pagi untuk semua..
Alhamdulillah harini kesihatan beransur baik. Nampaknya kerja berblogging akan diteruskan seperti biasa manakala kerja pejabat memang dah siapkan seawal minggu lepas lagi hihihi..
“Ku sangka panas sampai ke petang..
Rupanya hujan di dinihari..
Ku persembahkan sebutir cinta kepada kau yang bergelar kekasih..
Inikah balasan yang kau sajikan..”
“Peritnya hati kutanggung sendiri..
Duka laraku bawa pergi..
Apa yang terjadi akanku ingati
Kenangan lalu tetap bersemi”

“Pada kekasih aku berjanji
Tidak akan ku cari dirimu lagi..
Cukuplah kini apa yang terjadi
Kulipat cintamu menjadi bara api!”
Julia
baru2 nie sya mengenali seorang jejaka, dia x hensem malah kulit dia jauh gelap dari aku…tapi malangnya bila aku luahkan rasa cinta dia menolak dengan mengatakan pada i kita cuma scandal.
dan lebih kejam lagi dia bawa perempuan lain didepan i…bagaimana untuk melupakan orang yang begini…kawan2 tolong bantu aku…
Salam sahabat..
Wah!! sudah pasti ia merupakan satu tamparan yang hebat buat diri anda.
Rasanya time tu mahu sahaja Suri bagi dia sebijiki tamparan wanita pada dia sebab di sanggup mempermainkan hati dan perasaan kita huhu.. Sabar-sabar be cool okey. Lihat apa akan jadi sekiranya Suri atau Julia berbuat demikan. Adakah sahabat Julia akan berpuas hati dengan bertindak sedemikan rupa?
Tidak bukan. Malah tangan yang merasa sakit adalah..Lelaki jika kita tampar dia selalunya rasa sakit tu akan datang sekejap jer cam rasa gigit dek semut adalah hoho.. Tangan yang lembut memaglah tidak sesuai untuk di hayunkan pada permukaan muka.. Baik kita bubuh losyen kat telapaK tangan berkali-kali pun tidak mengapa
dari menyakitkan kulit apedemis kita huhu..
Begini..
Jika dia telah menolak cinta anda tidak bermakna cinta Julia pada orang lain akan melayu di tengah jalan. Ingat jangan hambarkan pada kenangan yang telah dia ciptakan pada anda dengan kata -kata yang dusta semata-mata, belaian jiwa yang kosong ibarat tiada isi didalamnya tapi Julia haruslah kuatkan semangat tegarkan impian dalam diri bahawa sekiranya dia boleh berbuat demikan untuk mengecewakan hati anda mengapa julia tidak berbuat sebaliknya.

Caranya:-
Ambillah masa untuk mencuba mencari teman yang baru bagi melupakan dia. Carilah teman dengan memulakan langkah sebagai kawan dahulu dan apabila Julia telah selesa dengan dia Julia ambillah masa untuk meneruskan hubugan secara serius dengannya seperti kekasih. Tapi harus di ingat batas-batas agama haruslah dijaga.
Bagi Suri biarlah kita mengenali seseorang itu lebih lama tidak mengapa tapi jangan pula kita terus kenal seseorang tu lalu kita terus bercinta tu memanglah kes nenyer namanyer. Kata orang jika boleh kita elakkan dari cepat terjatuh cinta tapi jangan cepat putus cinta sudahlah huuhuu..
Kembalilah kepadaNYA. Dimana lagi jika kita dihimpitkan keresahan pasti pada Penciptalah yang akan sentiasa disisi kita. Dekatkan diri kepadaNYA dan sentiasalah beringat bahawa dalam setiap kehidupan ini perlu ada manis, tawar, asam dan garam yang harus kita lalui. Sebab tanpa rasa itu mungkin kita tidak layak di seru sebagai manusia. Kita harus bersyukur sebab percintaan itu dapat kita rasai dengan sebaiknya kerana kita masih mempunyai hati dan perasaan untuk kita meluahkan segala yang tersisa kepda orang lain.
Tapi cuba kita fikirkan semula bagaimana pula orang lain yang tidak mempunyai hati, akal yang sempurna dan mersa nikmat cinta itu seperti contoh manusia yang kurang kemampuannya dari segi mental dan fizikalnya (orang kurang siuman ini hanyalah contoh sahaja)..Ada atau tidak apa yang kita rasa dia dapat rasa itu semua??
Rapatkan kembali hubungan yang telah regang. Terutama keluaraga sahabat andai dan masa untuk diri sendiri. Insyallah dengan berbuat demikian pasti semuanya akan berjalan dengan baik. Buktinya orang di sekelilig Julia pasti akan menyanyagi diri Julia, sahabat juga pasti tidak akan sabar-sabar untuk mengajak Julia menghabisakan masa bersama-sama mereka seperti bersiar-siar, menceritakan tentang kehidupan masing-masing dan sebagainya. Suri yakin dengan cara yang sebegini secara tidak langsung lama kelamaan sahabat Julia akan berjaya melupakan dia.
Jika Julai bertemu dengan dia anggap sahajalah Julia amat bahagia dengan kehidupan yang dilalui sekarang. Awas jangan sesekali Julia tunjukkan riak wajah anda yang suram pada dia pasti dia akan seboleh-bolehnya akan mencuba menyakiti hati Julia kembali. Caranya anggap sahajalah anda dan dia adalah kenangan masa yang lampau dan bukan pada masa kini!
Semoga sedikit tips yang di berikan akan mampu membuatkan sahabat Julia berasa tenang semula. Rasanya ini adalah jawapan last minute dari Suri. Mana-mana yang kurang sesuai tu Suri mintak maaflah banyak-banyak yer. Kot ada yang tersinggung dan sebagainya.
So kawan-kawan ada apa-apa lagi cadangan atau tips untuk membantu sahabat kita di atas ini. Jom sharekan pendapat sahabat di bawah. Jangan malu jangan segan ruang komen ini terbuka pada semua

hurmm…sakitnye hati kalau dipermain mcm tu.
tapi, anggap jer la laki tuk tak layak untk kita.
alahai sedih je ni,
terkini : Pertandingan Tarik Tali 43 Tan
.-= suffer8zine´s last blog ..UFO di China =-.
Huhu.. Moga bersabar. Dugaan.
Aduh, sakit tul hati dengan laki atau perempuan yang jadikan diri seseorang sebagai transit… Memang betul kata suri, sabar dan kembali kepada Allah..Saudari Julia jangan fikir sangat, bukan laki tu yang nak tanggung awak nanti..
.-= rashid´s last blog ..Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZILCOM =-.
sob3 sedih3.tak pe be cool..
macam tu tak le pakai dan layan la lagu Hujan – Aku scandal…hehe
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Cara-cara install Ubuntu 1010 Alternate =-.
adui…pedih ulu hati kalau tiba bab2 mainkan perasaan orang ni…pade sesiapa yg terlibat…bawakkan bersabar…insyaAllah…ade hikmah disetiap kejadian itu…DIA pasti lebih tahu apa yg terbaik utk kite…
.-= hafizmd´s last blog ..Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZILCOM =-.
semoga ada penggantinya yang lebih baik lagi
kumbang bukan seekor… moga terus tabah…
.-= zik´s last blog ..Garam bukit =-.
Saya ada petua untuk penjagaan tangan supaya kekal lembut.
Saya cadangkan, jangan sakiti tangan sendiri dengan melempang lelaki. Seelok2nya gunakan non stick pan atau sekurang-kurangnya sudip kayu. Selamat mencuba!
.-= Norasikin´s last blog ..Jumpa bayi dalam kotak dirumah saya =-.
bagusnya dapat tahu dia curang
kalaulah dia curang setelah berkahwin dan ada ramai anak, pedihnya sukar untuk digambarkan
bersyukur itu lebih baik
.-= tehr´s last blog ..Siapa Kita Pada Pandangan Kita =-.
ingatlah Tuhan. Dia sentiasa ada untuk mendengar luahan rasa hati kita.
Ingat Dia.
Ingat Dia.
Ingat Dia.
Dia sangat meyayangi kita.
.-= puteri´s last blog ..sayangnya Dia kepada kita =-.
ya ingat Dia ..
pikir je macam ni…
nasib baik la kau tak kawin denga dia kalau tak, mesti kesian kat anak kau nanti mesti orang ingat ank orang afrika
.-= dnobiz´s last blog ..Tok BoMoh Power – Otak Ku Mula BerFikir =-.
masih mncari…n nmpknya plu bhati2..kakaka
.-= Mai´s last blog ..Woot! Cool Bean Bag =-.
yup..optimis dan pandang ke depan. Mmg perit bila jadi camni. Boleh faham perasaan si Julia tu. Tapi kalau layan sangat kekecewaan dan kesedihan takut2 nanti makin parah. Baik lupakan je laki tu dan mungkin ada hikmah menanti pada masa depan. semestinya
.-= dedoku´s last blog ..Skype 5 Muncul Dengan Fungsi Integrasi Facebook =-.