9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Salam kawan-kawan. Semalam Suri ada dapat email dari seorang pembaca setia kat blog ini. Hurm..kebetulan dia ada tanyer Suri siket lebih kurang macamnilah ayat dia.

“Seri saya suka kat dia tersangat-sagantlah. Tapi nak tanyer Seri ada ke sesuatu perkara yang kita tidak boleh share dengan lelaki”

Jalan-jalan kat maya terus jejak entri ni. So entry ni buat dialah hehe…dan buat yang sedang dalam dunia percintaan..huhu..

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

_medium__animepaper_scans_full-moon-wo-sagashite_mitsukii_15704

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Sumber: http://azharahmad.com

Jangan membuat si dia marah kelak kamu yang akan terkedu nanti..hehe.. ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

48 thoughts on “9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

  1. yg no 3 tu kalo kita cerita pasal x dulu takpe kan…sebab dia pun mesti ada x juga dulu…kongsi2 cerita…

    no 4 tu ‘dalammm’ untuk lelaki hehe..

  2. sebagai seorang lelaki, sy mmg tidak menyukai point nombor 1,3 dan 9..walaupun ianya mungkin suatu hujah yg agak baik utk kaum hawa.tp sy percaya majoriti lelaki di luar sana x suka kalau pasangannya menyimpan dan menyembunyikan perasaan terhadap org lain dlm diam2..

    • Shutan bicara..
      benar tu..ada setagh org lbh suka bersifat trbuka..

      lain org lain kehendak hati dan pendapatnyer dan itulah namanya pengenalan cinta baru bermula..hehee

  3. tips yg 1st tu…akak pernah buat, hehehe…ada sorang member nie tiba2 jer bgtau yg kalau akak sudi dlm tempoh stahun dia akan pinang akak..terkejut la jg kan coz time tu akak tgh hangat bercinta dgn suami akak tu la..hehe, then akak saja2 ceritakan perkara tu pd bf (suami)…tak lama lepas tu family dia call akak kata nak masuk meminang…uisshhh mmg memeranjatkan! lg pulak dia belum grad lg..akak dah grad awal setahun…akhirnya kami pun bertunang…n berkahwin…dia takut akak di’kebas’ org kot.. ;p

    wah! share cerita 6 tahun lepas di blog suri nie…

    • Kasih kita bersemi…
      wah..tak salah kak..nanti mana tahu suatau hari aufa mencari fakta kat cini pasti mrka akn tsnyum sndiri hehhee..

      nice love kisah & terima kash kak sb kongsikannya kt cini.suka benar suri mmbacanya :)

  4. satu lagi tambahan… jangan cakap dengan lelaki ” Cantik tak saya?” huhuhu… sebab boleh dilihat sebagai sesorang itu tidak ada keyakinan dalam dirinya…

  5. ade point2 yg saye rase kurang sikit sesuai contohnye point 1..rasenye takde lelaki (mahupun perempuan) gembira jika ade orang lain meminati si dia..

    tapi tiada ape yg harus ditakuti jika tangan hanya bertepuk sebelah tgn..jgn pule si perempuan rase perasan lebih dan ade simpan perasaan yg same..kalu begini yg berlaki..pasti haru jadinya..

    akhirnya..terima seadanya dan bertolak ansur..
    .-= hafizmd´s last blog ..Oh- Iran =-.

    • membuai daku yang terlena..
      tak pe msing2 mmg ada mslah sndri yg tak blh nak d elkkan..sbg bloger tu pkra bsa..cuma kurg merihlah klu boger tak der..huhu..

      tulah..kawna suri beria bnar mintak tu ni tips..kebtulan jer jumpa trus copy jerk..

      suri benar2 menghargai sapalah penulisnya.jejak sana sini tgok tak der sumber asalnyer..tapi klu kat blog mmg bayk tips ni..just tickkan sumber salah satu blog jer.

      mmg kompem.jika suri ketemu suri akan letak nama org tu. yeah itu mesti & wajib skli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>