8 Tanda Si Dia Tepat Untuk Mu

As-salam untuk semua..

Harini Suri berminat nak kongsikan artikel cinta pada anda semua. Suri tertarik dengan hasil nukilan Anie Mohamed. Sahabat nak tahu lebih lanjut apa isi didalamnya. Apa kata kita sama-sama terokainya ..

Apakah kamu rasakan si dia paling tepat dan ‘jodoh’ untuk kamu? Bagi saya, keduanya mesti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal. Apakah ada petanda lain seseorang itu boleh merasakan bahawa si dia itu jodohnya atau tidak? Agar kamu tidak keliru, penulisan buku ’21 Ways to Attract Your Soul Mate’ Arian Sarris memberikan rahsianya:

Rahsia sepasang kekasih agar perhubungan yang dibina terus berpanjangan adalah saling bertolak ansur. Kamu dan dia mesti bantu-membantu antara satu sama lain walaupun ia sekadar perkara kecil sahaja. Paling penting kamu perlu menikmati segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya berjalan lancar dan cukup membahagiakan meskipun tanpa melibatkan orang lain. Jadi, apakah kamu sudah merasakannya? Jika ya, ini bererti si dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidak jodoh kamu dengan dia adalah kemampuannya untuk bersikap santai di depan kamu. Mulai sekarang, perhatiakn setiap gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta gelak tawa yang dipamerkan padamu. Apakah setiap ucapannya selalu kelihatan spontan dan bukan di buat-buat? Jika tidak, maaflah ya, kemungkinan besar si dia bukan jodoh kamu!

Adakalanya ‘contact’ batin membuatkan hati kamu berdua seakan saling mengerti serta memahami. Dan apabila kamu atau si dia boleh saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta pasangan di antara satu sama lain pada situasi tertentu, memang ‘marvelous’. Tidak mustahil, sebenarnya dialah belahan jiwa kamu yang tersimpan..

Apabila berada di sampingnya perasaan kamu menjadi lebih rileks dan tenag sedikit pun perasaan tertekan dan ingin bersikap berpura-pura. Berjam-jam kamu menghabiskan waktu bersamanya, setiap waktu dan setiap hari semuanya tetap tidak membuatkan kamu berasa bosan mendengar cerita mu. Si dia juga tidak akan tergamak untuk mengatakan bahawa cerita kamu itu ada kalanya berlebihan dan amat membosankan!

ban_casal15

Si dia akan selalu ada waktu untuk kamu dalam apa jua situasi. Dan si dia biasanya dapat memahami ‘cuaca’ dalam hati kamu, baik dalam suka mahupun duka. Percayalah..pasangan yang ada jodoh pastinya tidak takut untuk melalui cabaran untuk hidup bersama. Sekarang ini, apa kata jika kamu kembali. Apakah si dia orang pertama yang datang untuk memberi bantuan di saat kamu sedang dirundung malang? Si dia selalu memahami ketika PMS kamu datang menyerang? Si dia segera datang dan mencarikan ubat ketika mendengar kamu sedang sakit? Jika ya, tidak salah lagi. Dialah orangnya..

Si dia tidak terlalu mengambil kisah atau peduli dengan kisah lalu keluarga kamu. Si dia juga tidak peduli dengan masa lalu kamu ketika bersama kekasih dahulu. Si dia juga tidak segan-segan untuk bercerita tentang kisah silamnya. Jadi, kalau begitu ini bermakna si dia sudah bersedia untuk menerima diri kamu seadanya..

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tidak malu-malu untuk memperlihatkannya pada si dia. Bahkan, pada ketika kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun. Misalnya pada ketika kamu sakit dan tidak mandi selama dua hari. Itulah keadaan diri kamu sebenarnya!

Apabila kamu merasakan rahsia kamu menjadi lebih selamat berada di tangannya berbanding daripada teman-teman mu yang lain. Atau, kamu berasa sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan apa-apa pun rahsia darinya, maka berbahagialah! kerana ini bererti kamu telah bertemu dengan pasangan sejati yang kamu cari -cari selama ini! Dialah orangnya :)

Nukilan dari Anie Mohamed

Share
Artikel lain yang best-best :

35 thoughts on “8 Tanda Si Dia Tepat Untuk Mu

  1. Saya bersyukur dijodohkan dengan lelaki yang memahami saya. Mempunyai minat dan hobi memasak yang sama dengan saya. Walaupun dia tak pernah mendapat pendidikan dalam bidang kullinari tapi mcm mana dia boleh masak sedap2, cipta hidangan yang kreatif yang menyebabkan saya rasa dia lebih hebat dari saya. Biasanya saya yang minta tolong dia bila ada problem dengan masakan saya then boleh pulak dia selesaikan semua masalah mcm expert je. mcm mana tu ek?
    .-= Norasikin´s last blog ..Blog List Ben Ashaari =-.

  2. saya sangat setuju dgn artikel di atas sebab saya sedang melaluinya..terutama perenggan terakhir di atas apabila seseorg sanggup berkongsi rahsia yg terlubuk dlm hati kepada seseorg bermakna kita lah org yg paling di percayainya dan inilah tanda si dia bakal pendamping hidup kita…jodoh itu dtg tanpa kita duga dan dlm keadaan yg x di sangka2..sesungguhnya kepada mereka yg pernah putus cinta jangan terlalu kecewa kerana Allah itu maha adil..akan di beri kita pengganti yg lebih istimewa yg cukup serba serbinya..asal nawaitu kita semuanya kerana Allah..amin

  3. Pautan hati.. desiran rindu..
    benar katamu itu wahai sahabatku..

    setiap yang gagal bercinta pasti slps kegagalan tsbut kita akan temui cinta yang baru..

    kata org jika kita ada ptuts cinta yang lama manakan kita akan jumpa satu cinta yang baru ya tak.

    sepasang kasut diciptakan utk kita memakainya pada kedua belah kaki kita, dan bgtu juga dgn terciptanya adam maka wujudlah hawa di sampngnya ats permintaan adam tu sndri :)

    terima kasih sahabat sebab sudi berkongsi pandangan & meninggalkan komen anda disini.

    suri amat menghargai kedatangan anda disini lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>