Tumor Otak Part I

Salam sabtu untuk semua..sejahtera buat sahabat yang sering bertandang di sini tanpa jemu..

Harini Suri nak bukak topik tentang apa itu tumor otak. Pernah dengar tapi tidak tahu mengenainya dengan lebih detail lagi. Apa kata kita baca sama-sama. Semoga sedikit perkongsian yang Suri dapat ini akan membantu kalian di luar sana yang sering dahagakan ilmu sains ini.

tumor-otak-depan-thinkstock

Tumor otak biasanya ketumbuhan yang berasal dari sel-sel otak atau dari suktur yang berada di sekelilingnya.

Tumor otak boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian :-

  • Tumor Benigna (Bukan Kanser)
  • Tumor jenis ini akan tumbuh secara perlahan-lahan dan walaubagaimanapun ia tidak akan merebak ke mana-mana bahagian lain di dalam badan. Sekiranya Tumor ini berjaya di jalani dengan membuangnya, ia tidak akan lagi akan menimbulkan apa-apa masalah.
  • Sungguhpun begitu, sekiranya tumor ini terletak berhampiran dengan bahagian mana-mana suktur otak yang penting, ia sebenarnya boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang amat seruis kerana sesuatu ketumbuhan yang kian membesar boleh mendatangkan beberapa kompilasi atau mudah mengancam nyawa seseorang individu itu sendiri.
  • Namun begitu ada juga sebahagian dari kes-kes tertentu para doktor agak sukar untuk membuang tumor otak ini kerana kedudukannya yang agak sukar untuk bedah.


  • Tumor Malignan (Kanser)
  • Sel-sel tumor malignan ini berupaya untuk merebak ke bahagian-bahagian yang lain (kanser). Secara amnya tumor ini akan lebih mudah menyerang dan merebak dengan begitu cepat sekali. Akan tetapi, tumor ini juga jarang sekali merebak keluar dari kawasan sistem saraf pusat.

kanker-otak

Sumber: Carian google

Terdapat dua katogeri tumor otak iaitu:-

Tumor Otak Primer

  • Biasanya berasal atau tumbuh dari otak. Ia bermula dan berbentuk di dalam otak dan berkemungkinan merebak ke kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya.

Tumor Otak Sekunder

  • Ia dikenali juga sebagai metastatik. Amnya ia berasal dari atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan juga kulit.
  • Tumor ini akan merebak melalui saluran darah manusia sehingga ke otak bagi membentuk  tumor sekunder.
  • Tumor otak biasanya akan menimbulkan pelbagai genjala. Biasanya ia bergantung kepada bahagian mana ia berlaku. Sakit kepala merupakan salah satu gejala yang berlaku.

Antara simptom-simptom yang mungkin merupakan petanda tumor otak boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:-

  • Sering mengalami sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengahari.
  • Sakit kepala yang berlarutan dan diikuti dengan rasa loya dan muntah
  • Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.

draft_lens1510324module13482659photo_1256921416cant-remember-my-password

Perubahan sikap juga turut berlaku pada seseorang individu itu seperti contoh:-

  • Sering bersikap ‘tidak apa’
  • Mengalami hilang ingatan
  • Sering hilang daya tumpuan
  • Kekeliruan

Perkara ini berlaku kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu dalam sistem badan kita. Maka itu sekiranya terdapat tumor di sesuatu bahagian, maka secara tidak langsung ia akan berupaya mempengaruhi fungsi di bahagian tersebut.

Bagi sesetengah kes ada juga pesakit yang jatuh sehingga boleh meyebabkan terjadinya serangan sawan terhadap individu itu.

Psstt!! Sekiranya genjala ini masih berterusan Suri menasihati anda supaya  berjumpa dengan doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser. Bagi mendapatkan rawatan yang lebih terperinci lagi.

Share
Artikel lain yang best-best :

35 thoughts on “Tumor Otak Part I

    • hooo.. ni dah mmg tag blog info bro..kekanag di selnag dg ringan plk huuu..

      mana ada amik kursus cuma kena byk baca..kajian sana sini laia2 tgok internet

      harap yang manfaat buat semua :)

    • skrg skit cam2 bunyi yg pelik d dengar..namun itulah kebenarannya…

      dan nak sembuh pula kekadang ada penawarnya..kekadang tiada..

      p/s:skg mkn pelik2 ..ckp makanan sgra sebut je rcam2 brand ada kt pasarang skrg ni ya tak..

    • semua org tak dpt hidup secara normal..ada shja sakitnya…mana yang sihat walfiat tu ada masa jeguklah mereka yang kurg sihat/kurg upaya..

      skit byk akan kuragkan beban sakit yg d alami..

      ps:kak try call dia mana tahu akan dtg kak akan jumpa dia lagi.. :)

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>