Tips Memudakan “Otak”

As-salam untuk semua..

Ku susun bunga-bunga laluku masukkan ke perut bakul. Untuk jualan dipagi hari.. Hariniku melodikan sebuah pelita sebagai pengalas kasih sahabat yang tidak pernah terhenti datang kesini.. :)

Tahukah sahabat otak merupakan salah satu eleman utama yang penting dalam sistem tubuh badan seseorang manusia. Ia ibarat satu mesin yang membolehkan kita membuat sebarang tindakan pada diri kita dari pelbagai sudut tindak balas seperti emosi, pergerakan, percakapan dan sebagainya.

Apakah cara-cara untuk memastikan agar otak kita dalam keadaan yang baik. Hurm.. Suri ada tipsnya. Jom kita jenguk artikel tersebut seperti di bawah:-

  • Bagi melambatkan proses penuaan otak Suri sarankan agar anda haruslah mengurangkan pengambilan kalori dan lemak tepu di dalam menu harian anda.

 

  • Bukan itu sahaja malahan anda juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan senaman berjalan kaki, berjoging, melakukan latihab aerobik sebenarnya dapat mengurangkan “atrofi otak“.
  • Tahukah anda beberapa kajian telah dijalankan dan ia menunjukkan bahawa sekiranya seseorang individu itu besenam dengan berjalan pantas sekurang-kurangnya 45 minit, dalam tempoh tiga kali minggu maka otaknya akan berupaya melambatkan proses penurunan kemampuan “kognitif“.

 

  • Tambahkan keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru kerana ia melatih otak anda untuk terus ‘hidup’.

 

otak

  • Biasakan diri anda tidur selama lapan jam dalam sehari. Ini kerana ia berupaya untuk menghindarkan diri anda dari terkena penyakit-penyakit kronik yang pada biasanya berkaitan dengan usia seperti mudah lupa dan sebagainya.

 

  • Lakukanlah senaman dengan teratur secara sistimatik dan konsisten.

 

  • Cubalah mengawal kadar lemak di dalam tubuh anda supaya ia tidak menyulitkan pergerakan anda.

 

  • Jangan merokok! sebab ia akan membuatkan bekalan oksigen dan nutrisi dalam badan anda tidak sampai ke otak kerana ia tidak  mencukupi untuk mencapai/ menganggkut  bekalan oksigen dengan secukupnya ke atas otak anda.

 

p/s: Bersyukurlah kita sebab di kurniakan otak yang normal dan sihat. Sebab tidak semua orang dapat merasai apa yang kita miliki. Dari itu pergunakanlah otak kita ke arah kebaikan menuju terasa kejayaan bukan mempergunakan otak pada benda-benda yang tidak bermanfaat seperti minghisap dadah

Share
Artikel lain yang best-best :

30 thoughts on “Tips Memudakan “Otak”

  1. amalkan meminum air beralkali kerana ia dapat membuang asid dalam badan.. badan kita berasid tu sebab macam2 penyakit..

    amalkan juga pegaga yang mana ia penting untuk otak.. pegaga dapat memberi oksigen ke otak kita..

    omega-3 juga bagus untuk otak kerana ia dapat meningkatkan keupayaan untuk belajar serta mudah untuk menghafal…
    .-= Syafrizal´s last blog ..Omega-3 mampu mencegah kanser payudara =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>