Tanda dan Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Salam petang untuk semua..

Tanpa kita sedar penghujung bulan september telahpun sampai ke destinasi akhirnya. Semoga segala  perkara yang terlakar sama ada perkara pahit mahupun manis akan kita tinggalkan ia dengan segugus memori yang tidaka akan dilupakan. Moga-moga kedatangan bulan oktober akan kita jadikannya lebih baik dari bulan-bulan yang sebelumnya. :)

Sebagai entri penutup bulan september ini Suri ada satu panduan yang nak Suri kongsikan pada sahabat semua. Kali ini perihal tentang air suam pula. Apa yang nak Suri ketengahkan disini adalah tanda-tanda dan kesannya jika seseorang individu itu kurang mengambil berat akan miuman yang satu ini.

Suri rasa mungkin sebab air suam ini berwarna putih, tiada rasa manis-manis buah, maka atas dasar itulah kebanyakan dari kita kurang menyukai minuman ini. Malah ada juga yang cuba menjauhinya!! huhuhu..

Baiklah tanpa membaung masa mari kita teliti sama-sama apakah tanda - tanda kekurangan air suam dan apakah kesannya kepada tubuh manusia:-

  • Badan yang selalu bergerak kesana kemari akan cepat mengalami keletihan kerana kekurangan air dalam badan.
  • Bagi kanak-kanak pula akan menjadikannya kurang aktif.
  • Sekiranya seseorang itu kurang minum air ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang demam.
  • Bahagian bibir anda juga tidak lembab seperti seseorang yang normal yang gemar meminum air suam.
  •  Badan akan mudah merasa letih akibat keletihan badan yang tidak mempunyai cecair mencukupi.
  • Menyukarkan anda untuk membuang air besar dengan lancar.
  • Warna air  kencing anda akan menjadi sedikit dan pekat.
  • Takala anda sedang menangis pasti air mata yang bakal anda hasilkan adalah dalam jumlah yang sedikit.
  • Bahagian otot-otot anda akan berasa lemah dan tidak bermaya.
  • Bagi yang selalu menghadapi migren, sekiranya anda kurang mengambil minuman ini akan menyebabkan anda sering sakit kepala dan pening serta – merta.

u13828219

  • Malah ada juga dalam kes-kes yang tertentu akan membuatkan seseorang itu pengsan secara tiba-tiba.  Ini akibat ketiadaan air dalam tubuh untuk menyerap badan.
  • Kulit kaki anda akan nampak bersisik / kulit kering.
  • Kulit wajah akan nampak kusam.
  • Tubuh anda akan kurang menghasilkan peluh ekoran dari kekuragan air dalam badan anda.
  • Perjalanan makanan anda didalam usus tidak akan dapat disempurnakan dalam keadaan yang baik.
  • Organ anda tidak akan dapat berfungi dengan sempurna seperti untuk mengepam darah  dan sebagainya.
Share
Artikel lain yang best-best :

41 thoughts on “Tanda dan Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

  1. Minumlah air yang beralkali supaya dapat membuang asid dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik. Tu sebab bila ada orang nak diet susah nak turun disebabkan badan berasid. Makanlah produk apa pun memang takkan turun berat badan. Oleh itu saya sarankan minumlah air beralkali.
    .-= Syafrizal´s last blog ..Tahniah pada DuniaHerbaHPAcom =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>