Sarapan, Oh sarapan..

Tahukah anda menurut satu kajian, sarapan merupakan menu setiap hari yang perlu kita lalui setiap hari kerana ia merupakan kunci untuk kita menjalani hidup yang sihat disamping untuk melanjutkan umur yang panjang.

pge..

Perkara ini dikuatkan lagi dengan satu penyelidikan di Amerika. Di mana dalam penyelidikan tersebut, mendapati jika seseorang bersarapan secara teratur ataupun tetap setiap hari, maka seseorang individu itu telah berjaya mengurangkan risiko obesiti, diabetes dan serangan jantung keatas dirinya.

Penyelidikan yang dilakukan terhadap 3000 respondan di Harvard Medical School mendapati, obesiti dan tahan terhadap insulin (tanda-tanda sebelum obesiti) lebih daripada 50 peratus daripadanya akan mengalami penurunan di antara orang yang bersarapan setiap pagi dibandingkan mereka yang tidak mengamalkan sarapan. Ini turut membawa makna, mereka akan ada kemungkinan untuk terkena penyakit jantung.

Bagi Dr. Mark Pereira, iaitu ketua bahagian penyelidik ini menyatakan bahawa hasil kajian telah membuktikan bahawa dengan bersarapan adalah antara bahagian yang paling penting kerana ia akan berperanan dalam mengurangkan risiko diabetis bagi setiap penyakit cardio vascular.

sarapan

Para penyelidik itu meyakini, bahawa sarapan juga boleh membantu kita dalam mengawal rasa lapar dan sedikit makan makanan berlemak ketika bersarapan boleh mengawal diri seseorang untuk mengambil makanan secara berlebihan sewaktu makan tengahari kelak.

Disamping itu juga dengan bersarapan turut membantu kita dalam mengawal kadar insulin dalam tubuh badan manusia. Insulin juga adalah sejenis hormon yang bertanggungjawab dalam mengubah gula menjadi tenaga dalam tubuh. Ketika kita banyak makan makanan bergula dalam tubuh akan diproses dengan lebih cepat.

frukost_1174129881

Akan tetapi untuk mengatur kadar insulin dengan bersarapan yang seimbang juga boleh membantu mengawal kadar gula, dan kecil kemungkinan untuk seseorang mengambil makanan bergula dan lemak sepanjang hari.

Perlulah di ingatkan kambali sebenarnya, apa yang kita makan di pagi hari juga penting bagi seseorang individu. Apa yang jelas dalam kajian terhadap sukarelawaan itu, menunjukkan bahawa mereka yang makan makanan dari bijirin setiap hari, 15 peratus dari mereka lebih rendah memiliki risiko genjala terhadap insulin. Namun begitu pakar-pakar dalam bidang pemakanan dan kesihatan juga akan sentiasa meneruskan kajian mereka terhadap perkara ini untuk mendapatkan bukti yang tepat.

ha, apalagi mulakanlah langkah bijak anda bersarapan..ingat jagan sesekali terlupa tau ! :)

Jagan lupa tiggalkan komen anda disini sekali ya.

Share
Artikel lain yang best-best :

3 thoughts on “Sarapan, Oh sarapan..

  1. Info yg b’manfaat, bersama menjayakan kempen kesedaran bahaya diabetes.

    Amalkan pemakanan seimbang + tingkatkan kecergasan + herba semulajadi

    ESULIN : DIABETES HERBS | HERBA KENCING MANIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>