Manfaat Si Ceri

Salam malam…

Entah berapa kali entri lewat malam di publishkan Suri pun tidak pasti . . Suri ambil masa beberapa minit untuk memberitahu kawan-kawan tentang manfaat ceri pada tubuh badan kita ;) .

ceri1

Tahukah kawan-kawan buah ceri ini mengandungi antosianin  yang baik untuk kesihatan kita. Antosianin merupakan sejenis pigmen berwarna merah yang telah dikenalpasti memiliki kesan yang amat bagus berbanding penggunaan aspirin dalam mencegah kesakitan.

Kandungan yang ada dalam antosianin dan bioflavonoid ini sebenarnya mampu untuk melegakan sakit yang di alami oleh seseorang individu yang sedang mengalami kesakitan tersebut. Di samping itu juga ia bertindak sebagai penghalang seseorang itu dari terkena penyakit seperti gout, artritis serta migren yang berpanjangan.

good_night-8316

Bukan itu sahaja malahan bagi individu yang sukar tidur pula mereka digalakkan memakan buah ceri ini kerana ia kaya dengan melatonin di mana ia akan bertindak mencegah seseorang itu yang sukar untuk tidur dalam membatu seseorang itu memperolihi tidur yang lebih berkualiti.

Selain itu buah ceri ini juga turut mengandungi antioksida dimana ia boleh mencegah kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas yang bermaharajalela dalam badan kita. Akhir sekali kandungan flavonoid yang terdapat dalam ceri ini juga merupakan ejen antikanser untuk melawan serangan kanser yang ada dalam tubuh badan seseorang.

 431017_f496

Pstt!! Suri suka tengok ceri yang terhias indah diatas kek ;) . Suka Ceri?? ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

44 thoughts on “Manfaat Si Ceri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>