Manfaat Sayuran Hijau

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Setiap makanan yang dihidangkan rasanya tidak lengkap sekiranya menu sayur-sayuran turut ketinggalan menaiki bas. Mengikut satu kajian makmal membuktikan bahawa memakan sayur – sayuran hijau sebenarnya mampu mencegah seseorang itu dari terkena penyakit katarak mata.

bayam merah 3

Apa yang terkandung didalam sayuran hijau ini adalah ia mengandungi antioksida di mana kita boleh mendapatkannya melalui sayur-sayuran yang berdaun hijau seperti bayam dan kangkung.

Pengambilannya menu diet berdaun hijau ini juga mampu menahan mata kita dari terkena pencahaya sinaran ultra violet yang sebenarnya menjadi punca utama mata seseoranng terkena katarak mata.

katarak2

Dakwaan ini telah disampaikan oleh para pengkaji Amerika yang menemukan antioksida lutein dan zeaxanthin yang dikatakan hampir sepuluh kali lebih mujarab jika dibandingkan dengan vitamin E dalam melindungi sel mata dari kerosakan yang disebabkan ultra violet.

Namun begitu menurut kajian dari Ohio State pula, dalam kajian biokimianya menyokong sayuran hijau akan dapat membantu melindungi mata. Dan katarak adalah salah satu penyakit mata yang boleh menyebabkan kerosakan lensa mata dan boleh membawa masalah kepada penglihatan yang serius di mana 71% daripada mereka yang berusia 85 tahun akan mengalami katarak mata serius, mempengaruhi penglihatan mereka. Penyakit ini lebih banyak dihadapi oleh wanita berbanding lelaki.

Share
Artikel lain yang best-best :

85 thoughts on “Manfaat Sayuran Hijau

  1. alhmdulillah,sy sgt sukakan sayr bayam..tp kangkung tak berapa..kalau buat sup sayur tu mmg sedap sgt letak bayam..tumis bawang putih n merah, letak ayam, carrot, kentang dan syur bayam mmg terasa manisnya! emm, jadi kongsi resipi plak kt cni :D

  2. Salam admin,

    Di sini saya nak kongsikan satu tip yang sangat mudah dan mungkin juga dikatakan sebagai lucu dalam nak memilih sayuran yang baik.

    Maksud saya baik di sini ialah yang bebas dari penggunaan racun-racun kimia untuk melindungi sayuran dari serangan serangga perosak.

    Caranya ialah pilihlah sayur-sayuran yang ada kesan dimakan oleh serangga. Ini kerana apabila ada kesan dimakan oleh serangga, itu maknanya sayuran tersebut tidak digunakan racun.

    Mudahkan,hehehehe.

  3. bayammm..sedapnya masak lemak or masak air..ehehe

    alhamdulillah..chii wat masa ni ske l g mkn sayur..kalo mkn xde sayur..rasa mcm x lengkap plak :p

    • Saya hari2 makan sawi. Pagi petang siang malam hidang sawi tumis air. kalau tak caya, cuba tengok resepi-resepi kat blog saya. Mesti ada sawi tumis air terselit kat tepi

  4. bila tengok bayam…teringat kartun popeye
    kalau adik2 taknak makan sayur bayam ni dulu, buat alasan jadi kuat macam popeye baru diorang cepat2 makan

  5. dulu, sgt susah nak makan sayur hijau ni.. tak suka.. tapi sejak ngandungkan anak pertama, alhamdulillah, dah boleh makan la.. bayam buat sup pun sodap..

  6. Salam,

    Sayur adalah menu yg wajib ada dalam hidangan makan saya. tak lengkap rasanya kalau tak sediakan sayuran atau ulaman. tak kira makan di kedai atau masak di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>