Kenali Penyakit Kanser Testis

Kerja Sambilan Di Rumah

Salam untuk semua sahabatku.. (rasanya semua orang dah masuk alam tidur zzZZ..)

Rintik-rintik hujan masih jelas lagi menimpa sang atap di tengah malam yang dingin ini.. Rimbunan hujan masih tidak menunjukan tanda-tanda untuk beralah..

Begitu juga Suri masih gagahkan diri untuk meneruskan entri ini buat kesekian kalinya untuk esok hari.. Sudah jenuh dipaksa anak mata ini tidur namum masih berdegil juga.. Selalunya bila baca buku dalam 30 minit mata mesti lelap tapi mengapa pagi ini tidak… hurm…

Baiklah demi melayan karenah si mata cokelatku ini Suri tertarik dengan satu artikel yang dipaparkan pada dalam majalah wanita isu tentang “klinik lelaki”. Apa yang menariknya. Jom kita tambahkan ilmu dibawah.

Kanser testis jarang diperkatakan dan kempen yang dijalankan untuk memeranginya tidaklah serancak seperti kanser payudara yang kini banyak dihadapi oleh kaum hawa memandangkan peratusnya amat kecil. Sungguhpun begitu penyakit ini tetap digeruni oleh kaum adam.

KANSER

Link: http://www.meir-hospital.com/eng/t/273-testicular-cancer

Tahukah kawan-kawan kanser testis boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-

Kanser seminoma

Risiko meningkat mengikut umur dan dihadapi dikalangan mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Kanser jenis ini akan bertindak balas baik dengan redioterapi dan kemoterapi.

 

Kanser Bukan seminoma

Lebih kerap berlaku kepada lelakipada purata umurnya 31 tahun memandangkan pada masa ini mereka agak aktif dalam kegiatan seks. Kanser ini juga akan bertindak baik terhadap kemoterapi. Kadangkala ia juga berlaku kes kanser testis yang merupakan kombinasi kedua-dua jenis seminoma dan bukan seminoma.  Pada amnya kanser ini paling umum berlaku kepada lelaki muda antara lingkungan umur 20 hingga 25 tahun.

Bagaimanapun, sukar dipastikan penyebab utama berlakunya kanser testis namun ada bukti yang menunjukkan ia berpunca daripada kelainan pada kromosom. 95 peratus daripada kejadiannya bersifat yang tumbuh daripada sel-sel benih di dalam zakar yang sangat terancam.

Selain faktor kromosom, kanser testis boleh terjadi apabila buah zakar tidak turun dengan sempurna ke dalam kantung buah zakar. Dalam keadaan ini, buah zakar yang berada di dalam rongga perut akan bertukar menjadi kanser. Lebih membimbangkan apabila kanser buah zakar tersebut boleh menyebabkan kemandulan! Malah seperti kanser lain juga, ia akan merebak ke kelenjar limpa yang mana jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kematian.

Sebagai langkah pencegahan, pakar perubatan telah mencadangkan agar seseorang individu terbabit menjalani pemeriksaan awal secara tetap pada setiap bulan.

testicular_test

Link:http://samuelicious.blogspot.com/2008/08/berbicara-tentang-testis.html

Caranya dengan meneliti testis sendiri selepas mandian panas dilakukan. Anda perlu melihat sendiri keadaan testis anda termasuklah merasa jika ada ketulan kecil didalamnya. Selain itu, simptom-simptom wujud dalam bentuk satu atau lebih, seperti:-

  1. Terdapat ketulan dalam salah satu testis atau berlaku pengerasan.
  2. Testis seharusnya berasa selesa kepada sentuhan. Jika anda merasa kurang selesa ia mungkin disebabkan urat darah yang membesar atau tanda wujudnya tumor.
  3. Rasa sakit pada testis.
  4. Hilang kegairahan untuk melakukan hubungan kelamin bersama pasangan.
  5. Berlaku peningkatan bendalir dalam skrotum buah zakar anda.
  6. Rasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pangkal paha.
  7. Perubahan saiz pada salah satu testis.
  8. Wujudnya darah dalam air mani.
  9. Mudah berasa lemah dan letih.
  10. Air mani bertukar kepada warna jernih.

Untuk rawatan, pakar perubatan akan membuat pemeriksaan dan melakukan imbasan terhadap testis bagi menentukan keadaan kanser tersebut, selain memastikan sama ada sel kanser tersebut sudah merebak atau tidak. Pada peringkat awal, buah zakar akan dikeluarkan namun pesakit tidak perlu merasa bimbang kerana kehilangan buah zakar tidak akan memudaratkan.

Buah zakar akan dihantar ke unit patologi bagi menjalani sesi pemeriksaan lanjut untuk megetahui jenis kanser sebenar yang menyerang. Ini kerana doktor akan memberikan rawatan bergantung kepada jenis kanser yang terjadi pada testis dan tahap sejauh mana ia telah merebak.

Kemajuan di dalam bidang perawatan kanser membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan seperti berikut:-

  • FASA PERTAMA
  • Merupakan proses pertama untuk mengurangkan kesan toksik semasa rawatan dan risiko steril. Kaedah ini akan dapat mengurangkan risiko kembali semula kanser ini kepada tahap minimum. Rawatan susulan klinikal serta biologokal adalah mencukupi.

 

  • PEMBEDAHAN
  • Pembuangan testis akan menyebabkan ketidakmampuan seseorang lelaki itu untuk melakukan hubungan kelamin.

 

  • RADIOTERAPI
  • Rawatan ini mempengaruhi penghasilan sperma namun kesuburan akan pulih semula selepas beberapa bulan.

 

  • KEMOTERAPI
  • Rawatan ini mampu menyembuhkan lebih daripada 90% pesakit kanser testis.

 

httpv://www.youtube.com/watch?v=WD9OLTtZ_2k 

Link youtube: Salah satu kaedah atau rawatan bagi menangani penyakit kanser testis

Psstt!! Kebanyakan kes yang mengalami semula kanser testis ini perlu diperhatikan dalam masa dua tahun. Pesakit kanser testis akan dianggap sembuh dari kanser tersebut apabila tiada lagi kesan kanser dalam masa lima tahun.

 

Bagi Suri ini adalah entri SERIUS dan BERILMU, bukan sengaja nak mengajak anda melihat gambar2 yang berbaur lucah. Jika anda berfikir begitu anda silap…

 

Sayangi diri anda, cegah sebelum parah.

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

54 thoughts on “Kenali Penyakit Kanser Testis

      • puteri:
        dlm umur 16 tahun tak silap suri huuu dema akan dpt free

        cam puteri klu nak daptkan juga rasanya kena ke klinik le..klu nak rasanya mesti berbayar

        tanyer dr apa2 yang musykil huuu suri pun bukan tahu sgt huuu

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di [email protected] atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>