Kebaikan Tauge

salam,

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

friedTaugeh

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

1

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya…

just info…. Dari mariahassan

Share
Artikel lain yang best-best :

14 thoughts on “Kebaikan Tauge

    • salam ceria yusrie..
      owh yer ke? hurm nampaknya Suri kena cari kelainanlah pulak yer. Bukan apa sebab suri ni seorang yang pentingkan kesihatan sebenarnya..huhu..yeah, terima kasih atas sokongan anda ;)

  1. salam suri..

    sememangnya benar taugeh nie boleh improve kesuburan lelaki..

    boleh jadi sebab rupa bentuk taugeh ni di jadikan equal macam prototype sperma zygot selepas di perbesarkan…subhanallah…maha suci Allah s.w.t yang mencipta setiap kejadian,ciptaanNya ada menafaat yang tersirat..muga2 boleh di jadikan menu istimewa buat pesakit2 yang mengalami impotance nie..terima kasih ..
    wassallam.alqaswa.

    • hai! alqaswa,
      sama-sama kembali.hurm benar tu, jika sebelum ini kita ahanya mengamalkannya dari aspek pemakanan sahaja sekarang sebenarnya ia baik untuk kesihatan tubuh badan kita secara amnya. Berusahalah sesunggunya kejadian Tuhan itu sememangnya menakjubkan!

    • boleh tader masalah punya. jka dak wan rajin anda boleh gunakan kapas, celupkan sikit air.masukkan dia dlm satu bekas.kemudian letakkan bijinya di situ. lama-kelamaan biji taugeh tersebut akan bercambah. ;)

    • salam manis..
      sama2 kembali.jaganlah muda merendah diri kerna setiap manusia boleh berjaya dengan setiap ilmu yang dia ada. Ingatlah, kita jagan mudah sesekali jemu pada ilmu kerna dia tidak pernah pun sesekali melupakn kita.apatahlagi menjauhkan kita ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>