Jangkitan Faraj Apa Yang Anda Perlu Tahu

Salam semua..

Kelewatan menghasilkan entri berlaku lagi huu.. kali ini ada masalah yang tidak dapat di elakkan.. Tentang anak :( .. Hurm..nanti next atrikel Suri akan ceritakan ya.

Jangkitan faraj boleh menjadi satu masalah yang biasa pada kebanyakan wanita sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan mereka.

Namun disebalik jangkitan faraj tersebut ada berita yang baik untuk diketahui ialah ia masih boleh dirawat :) .

Apakah faktor-faktor penyumbang kepada terjadinya kejadian tersebut?

Jangkitan faraj juga dikenali sebagai vaginitis yang berlaku apabila bakteria yang normal di dalam faraj menjadi tidak seimbang, ataupun apabila ada organisma luar mula menjangkiti faraj.

Jenis jangkitan faraj yang biasa dan sebab -sebab ataupun tanda-tanda jenis jangkitan faraj yang paling biasa berlaku:-

  1. Jenis- Vaginosis bakteria
  2. Sebab-Tidak jelas difahami, tetapi mungkin berlaku kerana ketidakseimbangan dalam bakteria faraj yang normal.Peningkatan dalam frekuensi hubungan seks boleh menjadi salah satu faktor.
  3. Tanda-tanda- Mempunyai lendiran putih/kelabu yang cair seperti susu, mengeluarkan bau yang tidak disenangi, keradangan, kegatalan dan rasa panas membakar pada bukaan faraj (dalam sesetengah kes)

the-wet-mount-vaginitis-test

Sumber: http://health.allrefer.com/health/vaginitis-test-wet-mount-the-wet-mount-vaginitis-test.html

  1. Jenis- Trikomoniasi
  2. Sebab-Jangkitan yang dibawa daripada satu pasangan kepada pasangan yang lain semasa mengadakan hubungan seks.
  3. Tanda-tanda-Kehadiran lendir yang kebuih-buihan kelabu atau kuning – kehijauan, mengeluarkan bau yang tidak disenangi, kegatalan pada bahagian faraj yang teruk, kemerahan dan kebengkakan pada bukaan faraj. sering merasa sakit setiap kali mengadakan hubungan seks.

thrushSumber:http://blogs.monografias.com/sistema-limbico-neurociencias/2010/04/15/want-to-know-about-vaginal-thrush/

Bagaimana pula dengan jangkitan yis?

Jangkitan ini, juga dikenali sebagai “thrush,”  disebabkan oleh sejenis yis yang dipanggil sebagai Candida. Pada kebiasaanya bilangan candida kecil yang hidup ini biasanya membiak di atas permukaan kulit dan dikelilingi kawasan sekitar faraj dan biasanya tidak mendatangkan bahaya.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan -keadaan tertentu, ia juga akan membiak, mengganggu faraj dan akan menyebabkan tanda-tanda seperti berikut:-

  1. Lendir putih yang cair atau berkelompok.
  2. Kegatalan atau rasa panas membakar faraj yang teruk.
  3. Rasa panas membakar semasa hendak membuang air kecil.
  4. Berlaku kebengkakan dan kemerahan pada bahagian kemaluan wanita tersebut.

Bilakah seseorang wanita lebih cenderung untuk mendapat jangkitan yis?

Seseorang wanita lebih cenderung untuk mendapat jangkitan yis sekiranya faraj mereka mengandungi mukus dan beberapa bakteria yang tidak berbahaya membantu melindunginya dariapda candida dan kuman-kuman yang lain. Pertahanan semula jadi ini mungkin diubah oleh situasi-situasi tertentu seperti kehamilan, jika anda mempunyai penyakit kencing manis, ataupun jika anda mengambil antibiotik.

Wanita dengan sistem pertahanan yang lemah juga lebih cenderung untuk mendapat jangkitan yis. Sebagai contoh, wanita yang mengalami kemoterapi ataupun mengambil dos steroid yang tinggi.

Adakah jangkitan faraj ini boleh dirawat?

Ya, Setiap jangkitan faraj mempunyai rawatan yang agak berbeza-beza, jadi adalah penting anda berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan diagnosis. Merawati jangkitan akan melegakan simptom-simptom anda. Ia juga mungkin dapat mengurangkan risiko anda untuk mendapatkan masalah kesihatan pada masa depan dan komplikasi kehamilan.

Kedua-dua vaginosis bakteria dan trikomoniasi biasanya dirawat dengan menggunakan antibiotik. Manakala, jangkitan yis respon  dengan baik kepada terapi antikulat. Terdapat beberapa jenis terapi antikulat boleh didapati biasa digunakan oleh para doktor termasuklah penggunaan krim faraj, “pesari” ataupun pemberian pil-pil khas bagi setiap sakit yang dihidapi.

Manakala rawatan yang terbaru pula termasuklah kapsul satu dos yang diambil melalui mulut. Di mana ia memberikan terapi penuh yang diperlukan oleh anda dan seacra amnya akan dapat melegakan tanda-tanda dalam satu ataupun dua hari.

Apa jua pun masalah anda, Suri sarakan agar anda berbincang dengan doktor anda untuk melihat rawatan yang mana paling baik untuk keadaan anda :) .

Entri yang lepas: http://cahayacinta.com/?s=vagina&x=0&y=0

p/s: Apa yang penting amalkan kebersihan diri selalu supaya kesihatan kita akan terjamin pada masa-masa akan datang ;)

KETIKA ENTRI INI DIHASILKAN KEJADIAN RAGUT BARU SAHAJA BERLAKU DI KAWASAN TEMPAT KERJA SURI.. :(

Share
Artikel lain yang best-best :

11 thoughts on “Jangkitan Faraj Apa Yang Anda Perlu Tahu

    • salam..
      sehari dua suri mencari pesari vagina namun tidak pula menjumpainya d saluran google..

      bolehkan berikan ia maksud nama penyakit tersebut dalam bahasa melayu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>