Salam pagi semua
Say cheess
Semalam Suri membincangkan apa itu hula hoop atau gelung rotan. Disamping itu juga kita turut mempelajari jenis -- jenis hula hoop yang terdapat dipasaran sekarang.
Sumber :http://www.carolecgood.com
Baiklah apa kata pada harini pula kita sambung pendidikan jasmani dengan bagaimana cara penggunaan hula hoop dengan betul supaya hula hoop tersebut sentiasa berputar dikeliling pinggang. Ikuti beberapa langkah mudah untuk melakukan aktiviti tersebut seperti di bawah:-
- Berdiri tegak dengan kaki sedikit terbuka. Bengkokkan sedikit lutut anda, berdiri seimbang dengan tapak kaki rata menyentuh lantai.
- Pegang gelung hula hoop pada pinggang anda dengan kedua belah tangan anda.
- Tegakkan otot perut, pusingkan gelung rotan berlawanan arah jam. Bagi mereka yang telah terbiasa menggunakan tangan kidal, pusingkan hula hoop tersebut mengikut arah jam.
- Lepaskan tangan dari gelung rotan, kemudian gerakkan pinggul membentuk pusingan kecil sehinggan gelung rotan tersebut dapat berpusing di sekeliling pinggang anda.
- Ketika gelung tersebut berputar pada pinggang anda, cuba letakkan kedua tapak tangan di atas kepala atau sedikit menekuk siku sehingga membentuk 90 darjah.
- Cuba mengawal irama putaran tubuh anda dan berikan perhatian sepenuhnya. Jika tumpuan anda beralih, pasti hula hoop yang sedang berputar akan jatuh meluncur dari pinggang anda.
- Rasai nikmat keseronokan dan bergembiralah sambil diiringi irama-irama yang bernada rancak semasa anda sedang melakukan aktiviti ini. Ia bukan sahaja dapat membantu anda fokus pada aktiviti tersebut malahan ia akan membuatkan anda berasa lebih relak dan seronok untuk terus melakukannya.
- Atur pernafasan anda dengan kadar sebaik yang boleh. Tarik dan hembuskan nafas anda secara teratur
Sebelum kawan-kawna melakuakn sebarang aktiviti fizikal, kawan-kawan di sarankan supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukannyaa bagi mengelakkan sebarang kecedaraan yang tidak diingini berlaku.
Sumber: http://www.teachnet.ie
Berikut Suri senaraikan langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian sebelum sesebuah aktiviti itu dijalankan
.
- Lakukan aktiviti regangan sebagai langkah awal untuk mengelakkan kekejangan dikaki anda kelak.
- Pastikan kawan-kawan tidak melakukan aktiviti ini sebaik selepas makan. Sekiranya anda sudah selesai makan, elakkan daripada terus melakukan aktiviti ini. Berehat seketika selama lebih kurang satu jam.
- Gunakan kasut khas untuk olahraga agar kaki anda akan dapat menampung berat badan anda dengan baik. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecerdaan pada kaki anda kelak.
- Memakai pakaian yang sesuai, tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar. Sebaik-baiknya, memakai pakaian yang selesa jenis cotton mampu menyerap peluh anda
. - Pilihlah gelung rotan yang sesuai dengan tubuh anda. Di mana ia tidak terlalu besar atau kecil buat anda, juga tidak terlalu ringan atau berat. Suri sarankan agar anda memilih gelung yang mempunyai diameter 100 atau 120 sentimeter.
Lampiran video hula hoop dari youtube:-
Hula hoop basics: Volume 1 : How to Hula Hoop
Hula hoop Basic: Volume 2 : How To Do The Lift Up Hula Hoop
Hula hoop basics: Volume 3 : Tips On The Booty Hula Hoop Trick
Sampai disini sahaja pelajaran kita harini. Harap semua faham heee.. Korang jangan dok pikir lain plak bila Suri letak youtube ni eh..Karang tak pasal-pasal den lopuk korang dengan fail ni sorang-sorang baru tau!!
Amacam kawan-kawan berminat tak nak mencubanya
Jom rembat satu kat kedai alat sukan
hii

best…
kali terakhir main ni, rasanya masa sekolah rendah dulu..sekarang perut dah besar, rasanya dah payah nak main
eh blh je rbro ..kata org blum cuba blm tahu.. try ar bro
masa kat sekolah rendah dulu pernah gak main gelong rotan ni tapi bukan buat hula-hoop, main gelek gelek je macam roda
.-= dnoBiz´s last blog ..Berita Penutupan FaceBook – Sebab sebenar yang cuba di rahsiakan Video =-.
hiii.waktu tu rasa cam nak baling pula gelung rotan ni kat atas awan hiii
Kalau ada video demo lagi mudah faham dari memabaca arahan silap hari bulan berbelit dengan gelung pula
.-= akubiomed´s last blog ..Salahkah aku mencari penganti yang lain =-.
hooo.. ada orag kena baca baru paham..tapi kena ada point yg tepat dan mudah d fahami..
ada separuh org plk tak gmar mmca lbih suka pada lihat..memerhati heee
setegah plk tgok slki imbas. buat skli pastu dah blh follow heee..
bro yg mana satu plk lalalaa.. hula hoop…
tu la pasal..
silap silap mau terpintal urat pinggan hehehe
.-= dnoBiz´s last blog ..Fasha Sandha – Isu Gambar Fasha pakai Bikini Video =-.
dno biz
jauhkan ye…yg penting nak buat mesti kena warm up dulu heee
belum sempat nak gi beli lagi
so, tak cuba lagi la
hehehe
.-= tehr´s last blog ..Biskut Mayat Dalam Banjir =-.
apa kata cuba imbas kenangan masa sekolah rendah dulu2…
kena kita tersalah ikut
apa yang ada dalam video.
perut boleh bertambah buncit.heee
.-= Ali ridha´s last blog ..Pagenavi memudahkan penyemak entri terdahulu =-.
hooo.. buat ala kadar jer..kalu ok terukan sahaja…lagipun brg ni tak mahal save budget hiii
nak bersenam mana boleh pakai
pakaian pejabat.heee.
saya tak boleh ikut senaman diatas.
sebab tidak keupayaan.
.-= Ali ridha´s last blog ..Pagenavi memudahkan penyemak entri terdahulu =-.
senam biasa2 jelah huuu…
turun naik tangga ok gak
salam….wahhh dah lama tak buat benda ni…last buat time sekolah pe hhuhu..boleh cuba ni..perutku semakin memboroi huhu
.-= aimannajmy´s last blog ..Kisah Sambutan Tahun Baru 2011 di Penang Part Akhir =-.
eh suri tgok aiman tak bgtu pun..tu kira oklah tu…
Penting jangan lupa stretch seperti permulaan yang telah diberitahu… huhu
.-= zik´s last blog ..Sabun yang mempunyai nilai artistik =-.
nnti tak pasal2 kaki sengal plk huuu
nak try jugak..
kener carik tempat dan masa yang sesuai..hehe..
.-= sazuwi´s last blog ..Naik Pangkat- Sub Inspektor Sazali Samad =-.
Hula hup Hula hup
Hula la la la la hup la hup
Bila papa sedang menyanyi au au au
Mama menari rock-n-roll au au au
Pakai pakai minyak wangi au au au
Mama mandi air sabun au au au
.-= wandisini´s last blog ..Cerita Kedai Kopi 1 =-.
ya suka lagu tu…ingatkan dah lupa hiiii…
lagu yg mencuit hati
elok kaedah ni foward kat para isteri… huhuhuhu
pastu isteri htr kat suami balik apa kes??
tips yang bernas. agar tidak berlaku sebarang masalah ketika melakukannya.
.-= RedBoys´s last blog ..Bagaimana Menarik Pengunjung Ke Blog Anda =-.
jangan main belasah jer hiiii
ho2..rasa nak beli la plak gelung tu..jiran selalu pakai gelung yang berisi pasir wat hola hoop
.-= humbleyat´s last blog ..Life Is Like Riding A Bicycle =-.
macam mnarik pula kreativiti jiran sebelag rumah tu heee…
apalagi jim g cari
cara yg mudah utk bersenam. tinggal kena buat aje, jgn bagi alasan.
tapi rasanya mesti berbekas gak perut nanti mcm kena rotan
mula jer rasa gtu bro lama2 ok le hiii