Setitis embun yang indah Assalamualaikum sebagai pembuka bicara
Seperti yang dijanjikan pada sahabat-sahabat semalam maka hari ini Suri akan menunaikan janji dalam membentangkan kertas kerja posting untuk anda semua.
Pada sahabat-sahabat yang terlepas berkenaan topik yang Suri ketengahan semalam sahabat perlulah merujuk kepada posting yang bertajuk “Penyakit Batu Karang Part I ” untuk memahaminya dengan lebih lanjut lagi.
Minum air dalam kuantiti yang banyak / mencukupi
Tahukah anda bahawa ketika kita menambahkan air ke dalam tubuh badan ia sebenarnya merupakan satu langkah yang bijak kerana air tersebut mampu untuk menjamin kesihatan pada organ tubuh badan manusia terutama pada sistem buah pinggang.
Anda di syorkkan untuk meminum air kosong sekurang-kurangnya sebanyak 12 gelas cecair setiap hari bagi memastikan organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Kurangkan pengambilan dalam produk susu dan tenusu
Seperti yang telah diketahui pada artikel yang lepas batu karang ini mula terbentuk hasil daripada pembentukan kalsium. Dimana sekiranya anda mengamalkan produk-produk tambahan seperti kalsium untuk menguatkan tulang, berkemungkinan besar risiko anda untuk meningkatkan batu karang akan mungkin terjadi!.
Tahukan anda produk-produk yang asalnya dari sumber susu ini merupakan sumber kalsium yang terbesar. Dari itu Suri mengharapkan agar anda dapat membatasi pengambilan produk tenusu tersebut degan sebaik yang mungkin seperti mentega dan keju.
Hadkan pengambilan daging
Pada kebiasaannya penyakit batu karang ini akan mengambil banyak makanan yang berstatus protein tinggi. Sebaik-baiknya anda haruslah mengurangkan sedikit pengambilan protein haiwan ini dan cuba mendapatkan sumber protein dari sumber yang lain pula seperti sayuran dan bijirin umpamanya.
Perbanyakkan vitamin A
Banyakkan pengambilan makanan yang bervitamin A seperti ubi, labu, brokoli dan lobak merah. Anda di sarankan agar mengambil makanan tersebut secara semula jadi, dan jangan terburu-buru dengan mencuba mengambil makanan tambahan. Sebaiknya anda harus berhati-hati kerana sekiranya anda mengambil vitamin A dalam kuantiti yang banyak, anda berkemungkinan akan mengalami keracunan didalam sistem tubuh badan anda kerana tubuh anda tidak mampu untuk membuang lebihannya.
Perbanyakkan vitamin B
Vitamin B6 didapati mampu untuk mengurangi risiko pembentukan batu ginjal. Begitu juga dengan Magnesuim yang juga mempunyai kebolehan yang sama untuk memerangi risiko tersebut. Pada kebiasaannya doktor akan menyarankan anda untuk mengambil suplemen vitamin B6 atau magnesium untuk sehari-hari. Disini juga perlu Suri tegaskan bahawa sekiranya anda mengambil vitamin B6, JANGAN lebih dari 25 mg per hari.
Kurangkan Pengambilan vitamin C
Pada masa kini telah banyak kita mendengar akan kehebatan si vitamin C ini kepada tubuh badan manusia. Namun ada sesetengah orang beranggapan ia adalah sejenis pil vitamin yang ajaib. Namun begitu, vitamin C tidak digalakkkan diambil 3000 mg per hari kerana ia akan memberi risiko kepada kesan pembentukan pada batu karang. Di nasihatkan supaya penghidapat penyakit batu karang ini agar menjauhi diri dari mengambil makan tambahan seperti ini.
Bergerak
Ambillah waktu untuk bersenam walaupun hanya beberapa minit sahaja. Tahukah anda bahawa salah satu keuntungan dari aktiviti senaman tersebut jika dilakukan secara teratur maka ia akan membuka ruang bagi kalsium untuk keluar dari aliran darah dan masuk ke dalam tulang. Hasilnya, tulang yang lebih kuat dan risiko pembentukan batu karang juga akan mula berkurangan.
Kurangkan pengambilan garam
Tanpa kita sedari atau tidak sebenarnya hubungan batu karang dan pengambilan garam dalam perisa makanan kita sebenarnya mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Anda dinasihatkan agar mengambil kuantiti garam sebanyak 2 gram garam sehari. Selebihnya, cuba elakkan.
p/s: Hiduplah dengan cara hidup yang SIHAT dan bebas dari sebarang penyakit


Di bulan puasa ni rasanya sonang betul dan terapkan nasihat di atas. Cuma perlu control time buka aje.
.-= Ismail N´s last blog ..Berhati-hati Ketika Memandu =-.
salam keindahan Ramadhan Suri.
thanks for sharing. Nice posting.
indah tak makan nasi tapi amalkan diet sihat.
Posting suri membantu nutrimen yang harus Indah ambil sepanjang puasa.
Selamat berpuasa Suri dan maafi kalau ada silap dan salah.
salam keindahan dari Indahkasihku.
.-= IndahKasihku´s last blog ..MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK =-.
apa yang boleh saya rumusakan diatas…amalkan kehidupan sihat, merangkumi pemakanan seimbang, dan jugak bersenam..insyaallah, penyakit susah nak datang..
oh macam tu..thanks for sharing suri
“Permainan video game pada masa hadapan, simulator F1″
Betul….amalkan minum air byk2…tp sekrg bln posa…so pandai2 la…
.-= Fida´s last blog ..Feed The Fasting =-.
karena sekarang lagi puasa, minum air putihnya diperbanyak di malam hari saja, jangan pada saat sahur, karena akan membuat perut kembung.
.-= Bangauputih´s last blog ..Wahai Sang Suami … =-.
Jangan tahan kencing….minum air suam bebanyak…banyak kebaikannya..
salam, suri..
lama xjguk.. hehe.. selamat berpuasa ye..
jaga diri dan kesihatan anda…
.-= mummynana´s last blog ..Senarai Hotel dan Resort Yang Ada Sijil Halal =-.
kena banyak bersenam nie…
.-= zik´s last blog ..Beli tiket awal- balik kampung =-.
terima kasih untk tips berguna ni suri
.-= acapz´s last blog ..Cleverbot – Berbicara Dengan Bot Pintar =-.
banayk lagi info akak tahu rupanya…
terima kasih ..
siang hari memang banyak yang kurang ambil.. hehe, tapi tunggu buka puasa nanti.. terlebih ambil banyak.
Salam Suri bagus tips nih, saya nak kena kurangkan makan daging..addcit gak kdg2 ngan daging masak merah..takut gak..thanks info nih..batu karang salah satu penyakit bahaya nih..
.-= Nine´s last blog ..CONTEST Peraduan Copy Paste Raya =-.
minum air bnyak2 dan jgn tahan kencing…:)
.-= yoy´s last blog ..Hidup Seorang Blogger – Kembali =-.
sy sudah 6 bulan menderita penyakit batu karang nie… apa yg ingin saya kongsi di sini setelah pelbagai kaedah dan rawatan samada moden atau tradisional dilakukan penyakit ini tetap ada. selama 6 bulan saya berubat dan telah banyak batu karang yang keluar semasa kencing tetapi hasil daripada ultra sound terkini 2 minggu lepas masih menunjukkan terdapat byk lagi batu karang dlm ginjal saya… so, rumusannya kuantiti batu karang yg keluar mungkin sama dengan kuantiti pembentukan setiap hari…so langkah yg saya ambil cuba tukar gaya pemakanan hampir 100%…insyaallah jika berhasil saya akan maklumkan kemudian…tq