Bisul Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel!

Sungguhpun penyakit ini mudah berlaku pada kanak-kanak dan golongan dewasa ia juga berpotensi berskala besar dihidap oleh jangkitan atau masalah jika seseorang itu penghidap diabetes, amino yang terjejas, penghidap HIV, tercedera serta imuniti yang rendah pada sistem kanak-kanak dan warga tua.

Amnya bakteria yang biasa yang dapat di kaitkan dengan penyakit bisul ini dikenali dengan nama Staphylococcus Aerues. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan.

Peringkat awal jangkitan bisul:-

Celluties_pada bahagian mata.

  • Cellulites – sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga. Urm..kulit kita membengkak..mengelembung.

Peringkat lebih serius jangkitan bisul:-

  • Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi, sifatnya berlekuk, kelihatan isinya hitam akibat cebisan nanah kering dalamnya.

Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Sumber: gambar google, kombinasi pusat maklumat rakyat & berita harian.

 

Share
Artikel lain yang best-best :

18 thoughts on “Bisul Part II

  1. Masa kecik-kecik dulu selalu sangat kena bisul. Mak kata sebab duduk atas bantal.. Padahal sebab main tanah dan masuk semak. Sekarang masih berbekas di kaki. Nasib baik tak de kat muka. Hehehe

  2. Memang azab sungguh kena bisul ni. sya memang sungguh tak bernasib baik masa tu.
    Pernah sekali tu sya ada bisul kat bontot, kebetulan adik sya main bola kat rumah. Dia tendang bola. Terus bola tu meluru kat bisul saya. Aduh… Lagi bertambah sakit dan geram la saya masa tu :evil:

  3. Aku pun sekarang dh terkena bisul punggung. Sakit woo, Aku dh jumpa doktor untuk selesaikan masalah ni. Elok kejap je, Tapi lepas tu timbul balik. Nak bedah aku tak berani. Sakit tak yah nak citer la. :cry:

    • salam.
      sahabat suri terkena bisul kat bahagian mana? katakan pd bhgian punggung ke beter tukar seluar kecik tu selalu hee..terkadang seluar kecik tu bukan jenis kain kapas/cotton tu susah nak serap udara pd kulit huu..

      begitu juga klu bisul tu terkena kt bhian kulit luar badan cam kat siku, atas belakang badan lebih baik pakai baju jenis kain kapas, and cuba stopkan makn ayam atau telur sb takut makin mnejadi lagi.

      selepas mandi cuba bersihkan bisul deb elok.lap mana2 bagian yang sakit supaya cecair dia tak melimpah ke luar nnti klu luka bisul..nannah tu tak rawat dgn betul nnti bakteria blh dtg balik..

      selalunya mana2 klinik mesti akan bagi ubat sapu utk rawat bisulkanjadi gunakan pencuci khas utk utk rawat luka/bisul.

      maknanya di sini senang cerita secara total kebersihan diri perlu di jaga. lebih2 lagi sb bisul hu..semoga cepat sembuh ya.

      terima kasih sb sudi meninggalkan komen d blog sy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>