Bisul Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Punca-Punca Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-Faktor Risiko
Penyakit bisul ini tidak termasuk individu yang kurnag sihat sahaja terkena malahan individu yang sihat juga boleh terjadi akan jangkitan ini. Antara-antara faktor yang boleh meningkatkan risiko tersebut adalah:-

  • Sekiranya seseorang individu itu mempunyai tahap kesihatan yang agak lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun dalam badan untuk melawan jangkitan.
  • Pada penghidap penyakit diabetes akan menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Akibat daripada memakai pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.
  • Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan ubat dalam jangka masa yang panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

Rupa Karbunkel (Carbuncle)

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan
Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan.
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas.
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Penyaringan Dan Diagnosis
Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Rawatan
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan

  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.

Tip Penjagaan Sendiri

  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.
Share
Artikel lain yang best-best :

83 thoughts on “Bisul Part II

  1. Memang bahaya bisul nih kalau tidak dirawat dgn cepat..

    Aku biasanya kalau sesekali terkena bisul aku parut
    kunyit hidup. tepekkan kasi kunyit sedut sampai kering
    kerana kunyit boleh membunuh kuman dan mengeringkan.

    so far alhamdulillah tiada bisul. pemakanan juga penting..

  2. aderkk… bisu kalau kena kat bontot. duduk menyingit dek.. huhuhu

    yg bestnya pada waktu malam nak tidur.. atau sedang tidur, sekali dia kasik nyut, nyut, nyut.. aderkkkkk.. bisa tuuuu…..

    anyway info yg baik ni,.. hehehe

  3. tak suka kena bisul. dulu ada sebiji kat pinggang. azabnya..tak dapat diterangkan dengan kata-kata..mahu menangis gak bila tekan bisul agar nanah keluar. memang gila gak dibuatnya. nak tunggu dia punya mata keluar..fuhh..haha..

  4. Mujurlah Benjy tak pernah kena bisul lagi … dulu bila bisul tu nak tumbuh … cepat2 benjy bunuh matanya … hahahaha … (elahhh … banga tak bertempatlah engkau ni Benjy) :lol:

  5. Kalau bisul tu tumbuh kat tengah bontot ok lagi … tetapi kalau dia tumbuh dan subur di celah kelangkang … mak i ! …. mahu terkengkang jalan tu … malunya …isk..isk..isk … nanti orang kata apa pula … adehhh !!! :cry:

  6. teringat satu kes belaku dalam family, bisul ini jadi dengan cara yang tak natural

    Bukan sebab tak jaga kebersihan tapi sebab ada benda kotor ~mungkin jin cuba nak datang dekat

    kesannya tumbuh bisul

  7. Aduh..sya pernah kena bisul ni kat bontot, masa tu masih belajar kat itm. Sampai kena ambik cuti seminggu sbb tak tahan sakit. Bisul dia xde mata. Membesar dan membesar dan dia tak nak pecah. Akhirnya pegi klinik suruh doktor pecahkan. Azab sungguh la masa tu :oops:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>