Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Jangan sangka hanya pada paras rupa atau bakat sahaja yang boleh diwarisi daripada kedua ibubapa. Tahukah kawan-kawan masih ada perkara lain yang boleh menggerunkan juga bakal diperturunkan kepada anda.
Ingin tahu penyakit merbahaya yang menakutkan itu ayuh kita semak bacaan seterusnya seperti di bawah:-
Penyakit Diabetes
Penyakit kencing manis biasanya akan menyerang golongan lanjut usia namun ia tidak bermakna anda yang muda tidak akan menghadapinya. Jangan pasrah sekiranya anda berkemungkinan menghidapnya suatu hari kelak. Apa yang penting mulai dari sekarang anda harusla bijak menjaga segala pemakanan dan minuman anda dengan sebaiknya.
Sumber:http://www.abdn.ac.uk
Ingat sekiranya anda tidak dapat mengawal kehendak naluri tersebut peratus untuk anda utuk menghidap penyakit ini mungkin tinggi. Kalau anda sudah di sahkan sekalipun dalam mewarisi penyakit, maka dapatkanlah rawatan doktor dengan segera supaya tidak akan berlaku sebarang kompilasi seperti strok, buta. lumpuh dan sebagainya.
Kanser
Sekiranya ibu anda sedang menderita akibat kanser ini, anda haruslah mengambil perhatian terhadap kesihatan anda setiap masa kerana potensi untuk anda menghidap penyakit ini cukup besar. Saranan Suri agar anda melakukan ujian Pap Smear bagi mengelakkan terjadinya kanser pada pangkal rahim, manakala lakukan juga ujian ke atas diri sendiri bagi pemeriksaan payudara anda untuk mengesahkan kanser payudara pada peringkat awal.
Sebagai langkah awal di sarankan mengambil makanan yang mengandungi serat dan buah-buahan yang mengandungi anti oksida seperti buah tomato, lobak, epal dan anggur.
Endometriosis
Seandainya anda merancang untuk hamil, maka amatlah wajar anda mengetahui lebih lanjut akan penyakit ini. Tahukah anda lebih kurang 60% penghidap penyakit endometriosis tidak mampu untuk menghasilkan zuriat. Ibu anda mungkin termasuk dalam golongan 40% lagi yang boleh memperoleh anak dan anda juga mungkin mempunyai risiko untuk mengalami penyakit yang sama jua.
Jadi jangan ambil perkara yang mudah sekiranya anda sering berasa sakit ketika kedatangan haid berlaku!. Hurm… lebih-lebih lagi jika ia bisa membuatkan anda pengsan. Sekiranya ubat yang anda ambil tidak mampu untuk meredakan sakit tersebut, saranan Suri agar anda terus berjumpa dengan doktor ginekologi.
Varises
Penyakit ini mungkin juga di warisi oleh anda. Maka bermulalah dari sekarang amalkanlah senaman yang teratur, jangan terlalu menyukai memakai kasut tumit tinggi, memakai seluar yang ketat dan kurangkanlah pengambilan garam dalam setiap menu makanan harian anda.
Berat Badan Berlebihan
Jika berat badan anda tidak dapat di kawal secara tidak langsung ia akan menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan darah tinggi. Lebih 40% kebanyakannya wanita akan mewarisi bentuk badan ibunya.
Seandainya anda mahu melihat gambaran tubuh anda di usia 50an, lihat sahaja tubuh ibu anda sekarang.


kena beringat selalu la..
pernah tulis… motivasi untuk berjaya
take note
Minta2 lah dijauhkan.. Jai setakat ni belum ada penyakit.. Selau gak g klinik sambil nak MC sambil cek sakit…he3
Jumpa Dr M tak dapat MC Jai..
Jai
sakit bhya..sakit apa tu mau gak kena cek lebih details lagi nghee…
kesihatan adalah kunci kebahagiaan hidup. kalau sejarah penyakit ketururunan ni,, kenalah selalu buat medical checkup
yelah suri mmg ada huu..nak makan kena berkira2 tak blh terlebih huu..
salam…
good info..
terima kasih berkongsi
salam bro zul
terima kasih
sama-sama itu sudah kerjaku sebagai penyumbang ilmu pada semua
Kalau boleh sentiasa jaga kesihatan kalau sudah sakit apa pun tidak boleh buat.
benar tu..nak makan ,,nak tdo susuh sb sakit dah ada pada kita huu..
Penyakit sawan juga dikatakan penyakit keturunan. Sakit jantung juga pun begitu.
adai pernah kena sawan demam ia pasti akan berulang kembali.
sawan demam juga berkait dengan keturunan. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.
sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 380C! tu yang kena berjaga2..
nice entri!
Terkini : 4 Video Bunuh Diri Di KB Mall
terima kasih
dah macam doktor dah..siap bagi nasihat lagi..hehe
Suri ni mcm2 ilmu ada. Dunia ada, akhirat ada. Cungkil je sebanyak-banyaknya
khai
nak juga jadi nes tapi tak der peluang bro..minat mmg sentiasa mmbara dlm diri hee..
kakak nora
sikit2 sahaja laian dari membaca kakak.
kak byk ilmu memasak nak sedut gak ngheee…
Baikkk kami akan jaga kesihatan kami ^_^
* Alhamdulillah, setakat ini baik-baik sahaja. InsyaAllah semoga sentisa sihat.
Yah..kena selalu menjaga kesihatan..baik dari makan, minum tempat tinggal smeua kena jaga
hidup sht hati senag
foto kamyu sudah berubah. aku jadi pangling. agak beda dari yang dulu ya?
ya itu foto aku yang terbaru..
kerna itu yang berbeda..
Info yang sangat bermanfaat nih Suri,,
semoga kita semua dalam keadaan sehat..
Amin.moga kita akan sentiasa sihat sellu
takut pula tengok urat tu..
tu urat kaki..
jika perempun suka pakai kasut tumit tinggi maka padanya akan jadi bgtu..
sesekli pakai tak per tapi klu sllu pakai urat akan jadi berselirat lah..
kes terburuk kaki tu akan di bedah ..
varises itu karena kebanyakan duduk ya?
bukan..
sebab wanita itu gemar memakai kasut tumit tinggi..
pemakaian yg berlarutan blh membebankan kaki serta urut boleh bergumpal dan menyebabkan darah tidak dpt di alir ke dalam tubuh dengan sempurna..
Salam Jumaat Suri, apa khabar ?
Tq atas ingatan ini.Alhamdulilah setakat harini sya tiada apa2 sakit yg kronik lagi. Tp harus hati2 juga sebab sya ada keturunan kencing manis.
salam kakak mekarku..
saling beringat kakak heee..
samalah dgn saya kena berahti2 juga hu..
skrg sy makan pun mash kawal lagi walaupun takat ni dr kata sy msh ok ..
Lately ni sya kerap lakukan ujian glucose.cholestrol& blood pressure d farmasi utk mengetahui status kesihatan saya. Umur makin meningkat, jadi kena la beringat !
Kalau boleh beli je alat2 tu semua.
kakak mekar..
oh kita blh daoatkan test2 tu di farmasi ya.berapa kos dia kak??
sllu kena jumpa dr jer.pastu di cas2 satu2 RM dah banyak keluar duit di situ huu..
kakak nora
mahal tu hee…apapun duit bukan jaid mskah heeee
Farmasi pun mudah juga ! biasanya kalu check kolestrol & gula lingkungan dlm rm15.
Tp alat utk check gula tu sya dah beli. cucuk sendiri jer.
k.mekar
main cucuk jer huuu..gerun pula..klo p klinik swata dh tentu mahal kan..kan..
keluarga saya kebanyakkan banyak pakai spec..mungkin salah satu sebab juga dari keturunan..
spec apa tu bro nine??
moga2 akan sentiasa sihat walafiat
harap bgtulah sahabat tehr
Betul la tu. Saya yang muda belia ni pun dah ada gout sebab mak ada. Biasanya gout serang perempuan umur 40 keatas. tp saya yg remaja ni pun dah kena. Nasib baik sejak kahwin, suami jaga makan minum saya. Selagi saya makan apa yg suami bagi, memang tak sakit. Tp bila saya makan sesuatu yg suami tak tau, mlm tu jugak sakit sampai tak boleh jalan. Kdg2 sampai berminggu-minggu
owh yeker… kalau faktor keturunan nie memang tak boleh nak dijangka… ia datang secara tiba2.. tidak tahu waktu umurnya… walaupun sudah mengamalkan cara hidup yang sihat… tak pasti.. bagaimana mengatasinya…
kak nora
bahaya ya…tapi apa punca dia kakak?
bila dah ada sakit keturunan mmg suma org sush hati kan..
kak pasni mkn kene hati2 ya
zik
kena kawal makanan..dan dapatkan mklumat lanjut melalaui rangkain maya..
dr jumap perlu kita jumpa dalam sebulan sekli
harap ibu kak nora akan tabah sellu.
bimbang sangat penyakit keturunan ni. terutama kencing manis di usia muda tak pun tua. sebab dalam keluarga atok,nenek semua ada kencing manis.
bahaya tu bro kena kawal dri skrg huuu
dengan word ‘kanser’ ke dah takut.. penyakit yang tiada ubatnya.. hanya semangat yg kental mampu melawan dan survive
kena tangani ..klu sakit tu kena lawan..moga kita berjaya menanganinya…sakit akn kurag juga..