Adakah Buah Pinggang Anda Berisiko?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Harini Suri membawakan satu tajuk yang rasanya amat penting untuk semua orang mengetahuinya. Semoga sedikit sebanyak point yang di berikan akan mendapat manfaat darinya.

1101Sumber: Google

Adakah anda tahu tentang fungsi buah pinggang?

  1. Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis).
  2. Buah pinggang ibarat sebuah penapisan bagi memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
  3. Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh.
  4. Membantu membina sel-sel darah merah yang diperlukan dalam badan
  5. Mengawal atur tekanan darah.
  6. Memelihara kekuatan tulang.

darah tinggi

Antara faktor-faktor risiko kegagalan bagi buah pinggang adalah:-

Seorang pengidap kencing manis, mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi, batu karang, mengalami nefritis (radang buah pinggang), mempunyai sejarah dalam ahli keluarga, faktor pengambilan ubat-ubatan yang tertentu.

Tahukah kawan-kawan bahawa Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) sebenarnya tidak menunujkkan sebarang tanda atau simptom pada fasa permulaannya.

SEL DARAH MERAHSel Darah Merah

Walaubagimanapun anda perlu tahu tanda – tanda dan simptom berkaitan jika ia wujud.

  1. Sering mangalami keletihan.
  2. Agak kurang selera untuk makan seperti biasa dan anoreksia (terlalu kurus)
  3. Mengalami bengkak pada bahagian kaki dan bahagian muka.
  4. Sering merasa loya dan muntah-muntah
  5. Kekurangan sel darah merah dalam badan (Anemia)
  6. Mengalami sesak nafas sewaktu manaiki tangga yang banyak
  7. Kulit berubah warna (pigmentasi, kegatalan)

~Cegah sebelum parah itu adalah perlu :) ~

Share
Artikel lain yang best-best :

36 thoughts on “Adakah Buah Pinggang Anda Berisiko?

  1. Tu yang saya takut sangat tu. Badan besar makan kuat. Macam2 penyakit datang. Sekarang hanya mampu elakkan dari makan makanan yang dibeli. Kalau boleh semuanya nak masak sendiri

  2. salam Suri..
    ingatlan salah masuk blog tadi
    BLOG BUAH PiNGGANG SIHAT..
    he he..apapun memang penting
    buah kita nih..sesamalah menjaganya
    minum air kosong banyak setiap
    hari..kencing jangan tahan-tahan pula
    ye..?

    • salam bro zul..

      ho tidak blog saya kala hijau lumut jer hiii…

      sebagai mmberi maklumat yg serba ringkas sahaja bro :) mudah skit org paham heee..

      ya..kencing jgn biasadi tahan2 nnti kena batu karang lagu parah huuu.

  3. prevention better than cure.. mak sedara saya hidup hanya bergantung pada satu buah pinggang…satu lagi dah bagi kat ank die.. apa2 pun mesti kena minum air kosong selalu dan kurangkan minum air bergas..

    • ya ke.benar begitu..

      ia seperti ayah suri juga. lama dia berkeadaan bgtu perit hanya Tuhan yang tahu.tapi ayah suri sebelah buah pinggang sudh rosak…

      Allah…Hu Akbar…

    • ya benar tu bro. seingat suri dia ada 5 peringkat tahap kritikal yg paling teruk.

      moga2 sakitnya akan beransur sembuh sdkit-demi sedikit. Amin.

      berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..

  4. sihat sebelum sakit… kena check secara berkala …. mungkin blogger buahpinggang sihat dot com.. beritahu berapa kos2x rawatan… kalau dah kronik… mahal tuh…

    • hee..ada juga ke sana dan berkomen tapi sepi sahaja heee.. ;)

      mungkin mahal zik.. sebab tu kita di galakakn makan makanan yang berkhasiat..jauhi makan yang kurg elok..nnti bdn pula yg merana..

      skr ni mana-mana2 anggota yang skit semua memerlukan rawatan kos yang tinggi..huu..

  5. Kalau selera makan melebihi hari biasa tu, kira buah pinggang terlebih sihat kan Suri? Hehehehe….
    Tapi kalau sakit kat pinggang tu, kena check segera, ada orang cuma beranggapan yang itu cuma sakit buah pinggang.

    • oh tidak sama sekali..

      jika kuat makan lebih dari hari bisa tu mungkin sb lauk yg di hidnagkan tu menyelerekan..jika tdk mengalami obesiti tdk mengapa.kita boleh sahaja makan macam hari-hari baisa :)

      sakit pinggang dan buah pinggang tu dua-dua berbeza..

      apa pun sahabat SBC kena segera jumpa dg dr.skit jangan sesekali di biarkan lama-lama bahaya tau ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>