Salam untuk teman semua.
Cuaca pagi memang menusuk hingga ke tulang ikan sum-sum. Bila air mencecah ke kulit terasa kesejukan bisa menggegarkan bibirku ini. Ceh! apa dah tak der maknanya.. Mandi cepat-cepat segalanya bagai, angkat air sembahyang terus solat gerenti 5 saat selepas itu badan kita akan kembali kepada suhu yang normalkan. Hurm… bukan ke solat tu menggerakkan tubuh kita secara keseluruhannya
.
Baiklah tak mahu nak berpropaganda lagi harini kita buka buku pelajaran, kita belajar tentang persolekan penggaris bibir.
Bagi kaum hawa perkara ini mungkin dah sehati berdansa dengan lakaran tatarias mereka. Tapi bagi kaum adam kalu anda semua nak tahu apa salahnya. Sekarang zaman dah moden tak salah andai Suri katakan kebanyakan dari jejaka diluar sana tu dah banyak menempa nama dalam dunia fesyen, peragaan, andaman dan sebagainya. Jadi jangan pandang serong pada mereka-mereka semua ni yer hehehe..
Apa itu penggaris bibir?
Penggaris bibir merupakan satu tatarias berbentuk seperti pensil yang mempunyai pelbagai variasi warna-warna yang menarik mengikut kepadanan keinginan gincu bibir yang ingin di pakai oleh sipemakai agar warna gincu bibir yang digunakan akan tampak lebih menyerlah kepada penggunanya.
Penggunaan penggaris bibir juga bukan sahaja digunakan untuk mengelakkan bibir anda dari kelihatan comot tetapi tujuannya untuk menampakkan bibir anda kelihatan penuh, seksi dam mungil!
Apakah cara untuk kelihatan bibir anda nampak kemas?
Cara untuk kelihatan bibir anda nampak kemas sebaiknya anda digalakkan menggunakan warna penggaris bibir yang senada dengan warna gincu bibir anda.
Apakah akan terjadi sekiranya warna gincu yang di gunakan tidak sama dengan warna penggaris bibir?
Sekiranya warna gincu yang di gunakan tidak sama dengan warna penggaris bibir, maka berkemungkinan warna lipstik yang anda pakai akan mulai hilang, manakala tanda penggaris warna yang terang pula akan lebih tampak jelas kelihatan sedangkan lipstik anda pada waktu itu warnanya kian pudar. Sudah tentu ia akan nampak kelakar bukan..
Bagaimanakah cara pemakaian penggaris bibir yang betul?
-Mulakan dari bahagian tengah bibir anda.
-Setelah itu tarik penggaris bibir anda sehingga ke hujung sudut bibir.
Apakah cara yang paling sesuai sekiranya saya memiliki jenis bibir yang tebal?
-Sapuan bedak asas hendaklah digunakan sedikit pada bibir anda untuk menutupi bingkai bibir.
-Lakukan garisan dengan pensel bibir di dalam bingkai bibir dan applikasikan gincu anda seperti biasa.
Apakah cara yang paling sesuai sekiranya saya memiliki jenis bibir yang nipis? -
-Anda dikehendaki melakukan garisan dengan pensel bibir di luar bingkai bibir anda.
-Selepas itu applikasikan gincu anda dengan sedikit tambahkan gloss pada bahagian tengah bibir.
Apakah cara yang terbaik untu menajamkan mata penggaris bibir?
Cara yang terbaik untu menajamkan mata penggaris bibir bagi memastikan penggaris bibir anda adalah dengan menyimpan penggaris bibir anda didalam peti sejuk selama beberapa minit.
Sumber Pic:
http://www.artemusbyserjame.com/html/mineral_makeup.html
http://www.silkycosmetics.com



sepertinya hanya utk perempuan
.-= nurrahman´s last blog ..Pasar Dunia Maya =-.
malam yang hening..
ia sebab perempuan itu indah
bibirku semulajadi merah
hehehe
ku tunggu..
bak delima ngheeee
Tak best la pakai lipstik. Nanti nak rasa masakan pelajar bercampur rasa lipstik lak. Ada llipstik yg tak de rasa tak?
.-= Norasikin´s last blog ..Butter Cookie dan Idea Bernas Untuk Berniaga Kuih Raya =-.
kesan rindu..
ada lipstik pelembab bibir heee.
eden tak pakai
aku berlagu riang..
so simple
suka perempuan yg bibir tebal hehe, seksi
.-= Nine´s last undefined ..Response cached until Thu 29 @ 12:49 GMT (Refreshes in 58 Minutes) =-.
haha. mcm angelina joli bro?. haha. ak suka jgk. amm. haha
.-= acapz´s last blog ..Hatebook – Jaringan Sosial Dunia “Kejahatan” =-.
haha ya tepat sekali, kalo Mesia Ning Baizura haha..ammm..haha
.-= Nine´s last blog ..QUICKPRESS Siapa Yahudi Dan Mengapa Mereka Berkuasa =-.
sebentuk hati..
nine,
ceh memerli suri nie…
melukut di tebing hatimu..
aczpz,
korang mmg nakal kanssss
wowwww..
nine.
ada2 jelah tu..
tak tahu apa2…
hehehe
.-= tehr´s last blog ..Senandung Lagu Durian =-.
terubat kata-katamu..
yeah, ni kes di posisi yang stabil
sib baik aku tak pakai… huhuhu cam rumit jek
.-= mancai´s last blog ..pengenalan fungsi bahasa pengaturcaraan =-.
biru itu murni..
adeh ni wanita shja hehehee..
bibir angelina jolie…
.-= zik´s last blog ..Imam muda minggu ke 9 =-.
GEJOLAK CINTA..
oh, suri tak suka bbir nie tabal, sb ayah sllu cakp suri suka membebel jer..tu yang bibir tobal..
macam susah juga tu nak pakai.. nasib baik lelaki tak perlu pakai gincu..
.-= kulanz´s last blog ..Kalender Acara Negeri Sabah Ogos 2010 =-.
SAAT INDAH..
itulah bezanay llki dan wanita..heee