Kenali Jenis-Jenis Rambut

Salam pagi.. ;) :)

Apa khabar sahabatku semua? Semoga kesihatan kalian dalam keadaan baik – baik hendaknya. Jika sebaliknya Suri cadangkan agar sahabat pergi ke klinik jumpa doktor ya.

Rasanya sudah lama Suri tak kongsikan tentang penjagaan diri dalam laman blog inikan. Hurm.. harini Suri nak mengajak sahabat-sahabat semua mengenali jenis-jenis rambut kita.

hair-color-washi

Jenis-jenis rambut manusia terbahagia kepada 4 bahagian:-

  1. Jenis rambut yang berminyak
  2. Jenis rambut yang kering
  3. Jenis rambut yang normal
  4. Jenis rambut yang berkombinasi

 

Huraian mengenai ciri-ciri dan permasalahan  rambut anda:-

Jenis rambut yang berminyak

Ciri-cirinya: Seperti rambut terus-menerus leper, kelihatan sedikit berminyak, tidak mengembang tetapi seakan berkumpul-kumpul di bahagian akar rambut. Selain daripada itu rambut yang jenis begini juga mudah sekali menjadi kotor dan melekit disebabkan tekstur rambutnya yang berminyak dan mudah melekat pada bahan-bahan di sekelilingnya.

Penyebabnya: Di dapati pada permukaan kulit kepala inilah terjadinya kelenjar akan bermula aktif dalam penghasilan minyak secara berlebihan. Hal yang lain juga mungkin terjadi akibat daripada tekanan yang di alami oleh seseorang, kekurangan zat, dan vitamin, tubuh anda yang terlalu mudah menghasilkan peluh dari badan di samping faktor keturunan juga turut mempengaruhi kejadian sebegini.

 

Jenis rambut yang kering

Ciri-cirinya: Kelihatan rambut seperti ini tidak bermaya, mudah patah atau pecah – pecah pada hujung pangkal rambutnya.

Penyebabnya:Berkemungkinan seseorang itu sering berenang di dalam air yang mengandungi sumber klorin, atau air laut masin, penggunaan syampu yang tidak sesuai, kerap melalui proses kimia pada rambut seperti mengkeritigkan rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut, memakai produk penataan rambut, sering melakukan blow atau disepit rambut dengan besi panas dan juga faktor keturunan turut mempengaruhi masalah rambut tersebut.

 

Jenis rambut yang normal

Ciri-cirinya:Kelihatan bercahaya, kuat dan tidak mudah patah seperti jenis-jenis rambut yang lain, bertekstur lembut serta mudah untuk didandankan.

Penyebabnya: Kerana faktor keturunan dan juga keadaan pengambilan zat makanan yang baik menjadikan rambut tersebut sihat bermaya.

 b378a8bb388717d2df16557f0f571121

Jenis rambut yang berkombinasi

Ciri-cirinya:Kulit kepala yang berminyak akan tetapi rambutnya bersuktur kering, kelihatan kusam, mudah patah. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila keadaan  rambut jenis ini akan mengalami proses pecah-pecah pada penghujungnya.

Penyebabnya:  Antara penyebab-penyebab utama yang turut menyumbangkan permasalah ini seperti rambut terlalu kerap mengalami proses kimia. Iaitu mengkeretingkan rambut, meluruskan rambut dengan alat pemanas pelurus rambut, pewarna dan sebagainya. Akibatnya hasil dari tindakan tersebuat maka akan menjadikan rambut itu secara tidak langsung akan menjadi kering.

 

Pstt!! Teringat masa dulu-dulu Suri temankan kawan nak luruskan rambut..  Maik aik bau dih ceh memeningkan kepala..terasa sungguh kepalaku ini di mayongkan hihihi… 

Kawan-kawan pernah mewarnakan rambut tak? ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

28 thoughts on “Kenali Jenis-Jenis Rambut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>