Wanita Ibarat Pohon Semalu

Salam semua..

Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.

MimosaPudica

Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.

Ia punya perkaitan dengan diri wanita:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

17845_1233522769700_1578092914_570717_5594106_n

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

http://nurhazadunya89.blogspot.com & Google

Share
Artikel lain yang best-best :

48 thoughts on “Wanita Ibarat Pohon Semalu

  1. Malu tu perlu ada…tanpa sifat malu bukan manusia namanya..namun pada zaman ini sudah terbalik ….tiada lagi perasaan malu terutam dalam kalangan wanita..tq kak suri atas post ug mnarik…I like it…………

  2. nasib baik Rasulullah saw yg beri perumpamaan tersebut…jadi ianya memanglah betul.

    sebab ada masanya perumpamaan dan perbandingan sudah lapuk ditelan zaman.

    sebenarnya susah nak jadi perempuan..juga susah nak menjaga perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>