Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Suri mencuba mencari entri yang berstatus ringan sebab Suri akui minggu ini terlalu banyak entri berat dihasilkan huhu..
Apa kata kalian membaca cebisan kisah ini di petik dari Riwayat Muslim. Moga ia memberikan kita sedikit kesedaran bahawa usia yang masih bersisa ini dapat kita gunakan sebaik mungkin. Peringatan untuk diri Suri dan buat sahabat sekalian.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya “Rasulullah s.a.w. memeriksa aku ketika hendak berangkat ke Perang Uhud. Ketika itu aku baru sahaja berusia 14 tahun.
Baginda tidak membolehkan aku pergi berperang. Ketika hendak berangkat ke medan Perang Khandak, baginda memeriksaku lagi
Ketika itu aku telah pun menjangkau usia 15 tahun, lalu baginda membenarkanku mengikuti peperangan tersebut”
zaman dulu, umur 15thn dah cukup matang
zaman dulu mmh di ajar bgtu skrg jer tdk..
Sekarang ini umur 15 belas tahun sudah pandai bawa motorsikal dan ber wheelie lagi
Hehehe…tu dh kira tua bro…ade kat kawasan aku ni yg baru berumur 12~13 tahun dah sibuk kehulu kehilir dgn moto bapak dia…
Kaki pun tidak cecah tanah dah berani bawa motor
yas
ayah sy ckp klu depa bak moto bapak kat kwsn kg tu makna depa nak jadi PA ahli jatatan kuasa ketua kg hiii
akubiomed
klu d tegah mudah shja darah muda memberontak..
akubiomed
anak2 muda lagak bgtu kecil2 cilip api ..dah besar cili apa yer??
Pemikiran bebudak umur 15 tahun dulu dan sekarang banyak beza juga kot…
tu msalhnya. lagi luas pemikiran lagi luas jwpan mrka berbanding anak2 dahulu yg tak byk ckp tapi rajin bt keje..
budak2 sekarang banyak yang pandai buat perkara salah
kecil2 dah langgar peraturan sekolah
tu bru dlm sekolah luar sekolah byk lagi perkara yg depa brni buat agaknya..
Jiwa sahabat kecil Rasullah SAW terisi dengan iman yang tinggi, bersama penyerahan jiwa yang total kepada Allah,zaman sekarang bebudak terisi dengan materialistik dan hedonisme ,bukan semua tapi ramai la jugak
ha..sebahagian jer sahabatku tapi tidak semua bgtu..
masalah minda tercemar dgn pengaruh luar, kwan byk gak faktor2 tu
BUdak-budak zaman sekarang dah lebih advance
takut pula bila tgok generasi skrg lebih terbijaknya..
15 dah berperang?
Mungkin zaman dulu remaja dah bersaiz besar.
maksudnya? saiz badan ker
Belum sekolah menengah dah pandai bertenet. elok hantar je diaorg berperang
sekoalh sukan kt bukit jalil hee..sek perang blum d tubuhkan lagi tpi PLKN ada ar
zaman sekarang 15 tahun layan perang kat depan monitor… ish2…
fb,games on line perlu di sekat gak..
15 tahun? kecik lagi budak sekarang nih..
skrg tahu main jer hee..games heee