Tiada Alasan Di HadapanNYA Nanti..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Pada hari kiamat kelak, ada empat golongan manusia yang bakal mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadat kepada Allah ketika di dunia. Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, bahawa keempat-empat golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.

  • Golongan kaya mengemukakan alasan: ”Aku adalah orang kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga tidak sempat untuk mengabadikan diri kepada-Mu.”
  • Maka Allah pun berfirman: “Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada TuhanNYA. Jadi alasan kamu tidak diterima.”
  • Golongan kedua, iaitu orang yang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadat kepada Allah.
  • Allah kemudiannya berfirman: “Benarkah kamu lebih melarat daripada mengabadikan kepada-Ku.”

1_439394979l

  • Golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan oleh majikannya.”Tuhanku, saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang aku untuk mengabadikan diri kepada Tuhan.”
  • Tetapi Allah membandingkan dengan Nabi Yusuf yang tidak lupa mengabadikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.
  • Golongan keempat ialah orang yang sakit mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakitnya menghalang daripada mengabadikan diri kepada Tuhan.
  • Lalu Allah berfirman yang membawa maksud: “Benarlah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub. Walaupun sakit teruk,  Nabi Ayub tetap beribadah kepada TuhanNYA.”

Maka, di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh megemukakan pelbagai alasan mengapa tidak beribadah dan tidak megabadikan diri kepada Tuhan ketika di dunia.

Share
Artikel lain yang best-best :

56 thoughts on “Tiada Alasan Di HadapanNYA Nanti..

  1. err… jai kje shif.. Bab solat jumaat tu yang menjadi isu sekarang.. X blh semua pergi solat, nnt xde sape jawab talifon.. Staff semua laki2 agama islam pulak tu.. SO, semayang jumaat bocor2 dah…

  2. Setiap yg hidup pasti akan mati
    Setiap yg beriman / tidak beriman tetap akan mati jua…….

    Bila mengenangkan ttg kematian, bEe takut sbnrnya. Tak pasti amal ibadat lengkap atau tidak selama ni…… TAKOTTTTTTT

  3. Sungguh terkedu bila membaca entri ini…huhu

    #Klau lmbt dtg keje bolehla nk gebang2…tapi didepan Allah…semuanya jadi saksi…mata,kaki ,tangan….;(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>