Salam jumaat..
Seperti yang dijanjikan minggu lepas maka harini topik tayamum akan di sajikan pada kawan-kawan semua
. Harap setiap point yang penting akan diingat sampai bila-bila. Amin. Nanti jika keadaan kecemasan berlaku pasti kita tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya
Tayammum
Tayammum bermaksud menggunakan tanah yang baik dan bersih untuk menyapu muka dan dua tangan (hingga ke siku) ketika ketiadaan air atau tidak berupaya menggunakan air.
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Dijadikan untukku muka bumi (tanah) sebagai masjid dan penyuci (yakni bahan untuk bersuci). Maka sesiapa dari ummatku bertemu dengan solat, maka hendaklah ia menunaikan solat (di mana saja dia berada di atas muka bumi ini)”.
Tayammum adalah ganti bagi wudhuk dan juga mandi wajib iaitu ia mengambil tempat keduanya. Oleh itu, orang yang bertayammum sama seperti orang yang mandi atau berwudhuk.
Dari segi Syarak, tayammum bermaksud menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku sebagai pengganti wuduk, dengan berpandukan beberapa syarat, untuk mereka yang bermasalah mendapatkan air atau tidak boleh terkena air. Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 6,
Maksudnya : “… jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”
Kemudahan untuk umat Islam bertayamum menunjukkan bahawa solat itu wajib dilakukan, walaupun dengan ketiadaan air untuk berwuduk atau menghadapi masalah jika terkena air. Rasulullah S.A.W bersabda :
Dari Huzaifah r.a., katanya Rasulullah S.A.W bersabda : … dan di antara keistimewaan yang diberikan oleh Allah Taala kepada kami ialah dijadikan dijadikan bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami , dan tanahnya pula dijadikan untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air. (Riwayat Muslim)
Sebab-sebab mengharuskan tayammum
- Ketiadaan air, atau air hanya cukup untuk makan dan minum.
- Tidak boleh terkena air akibat penyakit.
- Jika dengan menggunakan air boleh membahayakan kesihatan atau nyawa.
Bahan bertayammum
Tayammum mesti dilakukan menggunakan debu tanah yang bersih.
- Ciri-ciri debu tanah yang bersih
- Tanah, tidak kira warna seperti tanah merah atau tanah hitam. Sekiranya pasir mestilah bercampur debu tanah.
- Bukan abu.
- Suci tanpa najis.
- Tidak musta’mal (telah digunakan sebelumnya untuk bertayammum)
- Tidak bercampur kapur atau tepung.
Syarat sah tayammum
- Menghilangkan najis terlebih dahulu.
- Menggunakan debu tanah yang suci dan bukan debu musta’mal.
- Sudah berusaha mencari air tetapi gagal atau air cuma cukup untuk diminum sahaja.
- Sudah masuk waktu solat (Tayammum tidak boleh dilakukan sebelum masuk waktu solat).
Rukun tayammum
- 1) Menepuk kedua-dua tapak tangan pada debu untuk kali pertama bagi menyapu muka.
- 2) Membaca niat di dalam hati : “Sengaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala.”
- 3) Menyapu muka dengan debu tanah dengan sekali tepukan.
- 4) Menepuk kedua-dua tapak tangan ke debu untuk menyapu tangan. Mulakan dari jari tangan kanan hingga ke siku, kemudian turun semula ke ibu jari. Ulangi cara yang sama pada tangan kiri.
- 5) Tertib, mengikut urutan yang telah ditetapkan.
Syarat sah tayammum
- Menghilangkan najis terlebih dahulu.
- Menggunakan debu tanah yang suci dan bukan debu musta’mal.
- Sudah berusaha mencari air tetapi gagal atau air cuma cukup untuk diminum sahaja.
- Sudah masuk waktu solat (Tayammum tidak boleh dilakukan sebelum masuk waktu solat).
Syarat sah tayammum
- Menghilangkan najis terlebih dahulu.
- Menggunakan debu tanah yang suci dan bukan debu musta’mal
- Sudah berusaha mencari air tetapi gagal atau air cuma cukup untuk diminum sahaja.
- Sudah masuk waktu solat (Tayammum tidak boleh dilakukan sebelum masuk waktu solat).
- Perkara
Perkara yang membatalkan tayammum
- Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan membatalkan tayammum jua.
- Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.
Rukun tayammum
- Menepuk kedua-dua tapak tangan pada debu untuk kali pertama bagi menyapu muka.
- Membaca niat di dalam hati : “Sengaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala.”
- Menyapu muka dengan debu tanah dengan sekali tepukan.
- Menepuk kedua-dua tapak tangan ke debu untuk menyapu tangan. Mulakan dari jari tangan kanan hingga ke siku, kemudian turun semula ke ibu jari. Ulangi cara yang sama pada tangan kiri.
- Tertib, mengikut urutan yang telah ditetapkan
Sunat -Sunat bertayammum
- Membaca bismillah.
- Menghadap kiblat.
- Menyapu muka dari atas ke bawah.
- Mandahulukan tangan kanan dari kiri.
- Menipiskan debu di tangan dengan cara menepuk dua tepi tangannya.
- Menjarangkan jari ketika menepuk debu.
- Semasa menyapu debu, tangan jangan diangkat kecuali telah sempurna menyapunya.
- Sapuan dibuat lebih daripada bahagian yang diwajibkan.
- Menanggalkan cincin bagi tepukan pertama.
- Membaca doa selepas wuduk selepas selesai bertayammum
http://www.e-zakat.com.m, http://dunyahalal.com & sebarang permasalah rumit wajib ditanya pada orang yang arif akan hal seperti diatas. Harap maklum.
p/s: Harap di sebar-sebarkan ilmu ini pada yang lain



Allahu yuftah ‘alaik..
.-= naimulfirdaus´s last blog ..belajar menulis blog dengan mereka ini =-.
Allah Hu Akbar..
Bila belum sampai waktunya, ramai org x ambil endah, tapi bila dah terdesak, takut terkebil2 nak tayamum…. Nice sharing..
insya allah, negara kita akan terus dilimpahi nikmat
.-= Norasikin´s last blog ..Semakan Kemasukkan ke MRSM untuk Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2011 =-.
DeCrewz
itulah manusia acapkali terlupa sahaja..
sedangkan perkara itu mudah sahaja huuuu..
kak nora
Alhamdulillah..harap kita bersyukur & bijak menggunakan nikmat yg di berikan tu kpd kita semua
Betul tu,
kalau dah terdesak baru nak teraba raba, nak tanya malu…
.-= dnoBiz´s last blog ..Perkahwinan Ayu Raudhah – Ayu Raudhah- Zaquan selamat diijabkabul Gambar =-.
Jgn sok yang xnak ambil tahu tu tayamum ngan daun udah le..hu3
.-= deCrewz´s last blog ..Buffered Earning Yang ke-3 =-.
DnoBiz
suri setuju dgn jawapan kawan-kawan semua
nampaknya kena belajarlah jua..klu idak sesat jalan ..
DeCrewz
Allah.. baik mintak petunjuk pada yang tahu..tak pun kalo dah segan sangat rujuk youtube..
jarang2 dapat buat tayamum sebab negara kita ni makmur dan dilimpahi rezeki
.-= Hisyam´s last blog ..Pilihanraya Tiada Henti =-.
syukur la dapat lahir dan tinggal di Malaysia
.-= Norasikin´s last blog ..Semakan Kemasukkan ke MRSM untuk Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2011 =-.
Betul tu, tapi ramai yang masih Lupa @ tak bersyukur…
.-= dnoBiz´s last blog ..Lawak Antarabangsa – TerBuat Lawak Bodoh Tapi… =-.
Hisyam
melainkan sakit tak blh bergerak2..dan sesuatu tubuh tdk blh terkena air maka terpaksalah guna cara ini sbg langkah yang terbaik..
Kak nora:
Harap kita bijak menghargainya..
DnoBiz
rasa nak jer ajar mereka cara hidup sush huuu..
Sekarang ni dah ada org jual kit tayammum. Tak sangka la diaorg boleh dapat idea sampai macam tu sekali
.-= Norasikin´s last blog ..Semakan Kemasukkan ke MRSM untuk Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2011 =-.
mmga da jual kat pasaran maya.. pada yang berminat blh saya servey di sana
kena beli kit tayammum.. buat standby
ya. ada di jual.. apalagi dapatkan segera
islam itu mudah..time xde air pun leh guna debu untuk tayammum..tapi dimalaysia, xde masalah la..air sentiasa ada
Walapun air di Malaysia sentiasa ada, tp harga air mineral kat Malaysia lagi mahal dari di Arab Saudi
.-= Norasikin´s last blog ..Edible Image Cup Cakes =-.
Faizal
air sungai, aiar mata air hee…
kak nora:
terus ingat air laut yang masin di suling menjadi air minuman..
Tayammum tidak semistinya ketika ketiadaan air je, tapi ada juga keadaan seperti orang sakit yang sukar untuk mengambil wuduk seperti biasa, dan keadaan dimana pesikit tidak digalakan terkena air..
.-= dnoBiz´s last blog ..Chat Box – Bila ChatBox Jadi Advertaising Community =-.
jawapan yang betul tu..
kalau terkena kemalangan teruk pada bhgian kulit mmg tk dapat nak dielakkan…apapun kena buat tayammum lah huuu
kalu air tu berada di tahap suhu tahap beku yg memudaratkan, tidak salah jika kit bertayamum
ada air guna air..klu tak der air bru cari debu huuu..
nice entri sis!
Terkini : Pakwe Durjana Bakar Makwe
.-= suffer8zine´s last blog ..Pakwe Durjana Bakar Makwe =-.
terima kasih..
lanjutkan dakwahnya. .
terus berbagi kebaikan ..
.-= ada-akbar.com´s last blog ..Mencari Peluang Bisnis di Internet =-.
perkongsian ilmu yang berguna kalau tiada air sis. hehe. rasanya ada double text tu sis. try check balik. huhu
.-= RedBoys´s last blog ..Kalau Sudah Malang =-.
saling ingat mengingati hee..
kita manusia mana yang kurang di perbaiki
yang mana satu huu… thnks sb tegur..
tgok tayamum tapi sllu tgok buku agama, blog agama tayammum erk…
lama tidak mampir ke sini,salam…:)
salam..
persilakan sobat..
salam..
benar2 menarik..
megingati perkara
yang kita mudah
lupa..jazakallah..
.-= zulkbo´s last blog ..Gambar Nikah Ayu Raudah Dan Zakuan Kami Berkongsi Jurunikah =-.
sering terlupa..
maka itu diingatkan kembali
Rasa paling last amik tau masa sekolah menengah, siap buat praktikal dengan cikgu..Alhamdulillah masih ingat…thanks Suri, senang2 boleh buat rujukan..
.-= rashid´s last blog ..Cara-Cara Berblogging Part 1 =-.
haa…
masa tu ada buat amali kanss untuk dptkan sijik spm heee.. semua murid2 islam wjib buat amali depan cikgu hee…
sama-sama kembali
saya pernah lakukan tayammum ni
memang tak susah mana pun
.-= tehr´s last blog ..Jepun Layak Dipuji =-.
buat dari a-z barulah faham… hiii
pernah melakukan tayammum semasa kursus birotatanegara…5 hari direct saya melakukannya…air tak dak…kalau nak mandi kena jalan sejauh 8 KM.
.-= Norizwan´s last blog ..Kucing Homeless =-.
best tu satu pengalaman yang bermakna..
kursus yang terbaik tu
terima kasih panduan tayammumnya.
.-= Chris´s last blog ..Charting In Excel VJ Inc =-.
sama-sama kembali..
tayammum salah satu alternatif bila ketiadaan air… dan jangan ambil mudah untuk kita tinggalkan kewajipan…
.-= zik´s last blog ..Mengapa kita sukar untuk menyimpan duit setiap bulan =-.
alasan tu mmg tak munasabah…
kalu dah malas mmg pelbagai alasan akn wujud huuuu
hmm tayamum..waktu sekolah dulu selalu praktis guna tepung…
tapi skrg guna 1 gelas pun memadai utk wudhu, jadi tak de masalah ketiadaan air, melainkan ada sebab sakit..:-)
.-= humbleyat´s last blog ..Life Is Like Riding A Bicycle =-.
tepung wah satu latiah amali yang bagus..
ya sb sakit mmg ia juga sllu di lakukan
Amru bin As sahabat Nabi saw pernah hanya bertayamum sebagai ganti mandi wajib (bermimpi keluar air mani) sewaktu memimpin tentera islam.
Kemudian beliau mengimankan tentera islam solat subuh.
alasan dia bertayamum adalah kerana air yang terlalu sejuk hingga merasa mudarat utk menggunakannya.
keputusannya ini mendapat persetujuan baginda saw kemudiannya.
ada petunjuk dahulu masa tu lah digunakan kita sb peringatan utk masa darurat kelak.