Assalamualaikum untuk semua..
Ingin Suri sampaikan beberapa maklumat yang harus dikongsikan pada kawan-kawan semua. Semoga dengan sedikit penjelasan yang di berikan sedikit sebanyak ia akan dapat memperbaiki mutu solat kita dengan lebih baik lagi.
Ayuh kita semak dan fahami ia bersama-sama

- Meninggalkan rukun
- Meninggalkan rukun mana-mana satu rukun solat, walaupun rukun qauli (bacaan wajib) secara sengaja ia turut membatalkan solat. Akan tetapi tidak pula batal sekiranya anda terlupa dan hendaklah menambah yang terkurang itu apabila ingat.
- Contohnya:-
- Apabila seseorang itu terlupa membaca tahiyyat di dalam tahiyyat akhir, sebaliknya membaca Al-Fatihah. Apabila ia menyedari kesilapannya, dia boleh terus membaca tahiyyat.
- Berkata-kata dengan sangaja.
- Berkata-kata atau bercakap dengan sengaja dalam bahasa manusia (bukan ayat zikir yang di alunkan mahupun doa atau kalimah dari Al-Quran) walaupun dengan satu huruf yang boleh difahami, sekalipun untuk kepentingan solat.
- Contohnya:-
- Seperti berkata kepada imam yang tersalah bilangan rakaat ” jangan berdiri” atau duduk” dan sebagainya.
- Bergerak banyak
- Melakukan pergerakan yang banyak (iaitu sebanyak tiga kali berturut-turut atau lebih) yang bukan perbuatan solat tanpa sebab.
- Contohnya:-
- menganggkat dan menurunkan tangan sebanyak tiga kali, menggerakkan badan secara keseluruhannya, dan melompat dengan sekali lompat. Kecuali jika solat Khauf (dalam keadaan takut) dan solat sunat di dalam musafir. Jika menggerakkan jari berulang-ulangkali kerana bertasbih atau menggaru kerana gatal atau lain-lain, tidak akan membatalkan solat.
- p/s: Melakukan pergerakan yang banyak tetapi tidak berturut-turut, juga tidak membatalkan solat.

- Makan atau minum dengan semgaja
- Jika ada makanan berbentuk sisa makanan dalam mulut anda di celah-celah gigi, buangkan atau kawal makanan tersebut jangan sampai anda tertelan.
- Berhadas
- Berhadas atau dalam kedatangan hadas bersar atau berhads kecil ketika anda sedang melakukan solat.
- Misalnya:-
- Anda terkentut atau terkeluar air kencing walaupun sedikit ia bermakna solat anda terbatal secara automatiknya.
- Terkena najis
- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat sembahyang. Tetapi jika najis itu dibuang serta-merta, maka solat anda akan terbatal.
- Contohnya:-
- Seperti tahi cicak yang kering telaah jatuh menimpa pakaian orang yang sedang menunaikan solat tetapi dapat ditepis serta-merta.
- Terbuka aurat
- Terbuka aurat dengan kadar yang lama sama ada dengan sengaja atau kerana ditiup angin, atau ditarik oleh anak-anak, tetap akan membatalkan solat.
- Tetapi jika menutupiy dengan serta -merta ia tidak akan membatalkan solat tersebut.
- Berpaling dari kiblat
- Berpaling dada dari kiblat selain dari solat Khauf, dimana seseorang itu mungkin terpaksa memalingkan dada dari kiblat.
- Contoh:-
- Bertujuan unutk mengelakkan dari terkena senjata musuh atau seumpamanya dan tidak juga membatalkan solat.
- Berubah niat
- Mula berubah niat kepada solat lain.
- Contoh:
- Mengubah niat solat fardhu kepada solat fardhu yang lain dengan sengaja.
- Murtad
- Murtad adalah bermaksud terkeluar dari islam sama ada melalui perkataan, perbuatan atau keyakinan seseorang itu terhadap agama islam.
- Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja
- Contohnya adalah menambah doa yang panjang ketika i’tidal (lebih panjang dari Al-Fatihah) dan duduk antara dua sujud (lebih lama dari membaca tasyahhud.)
- Mendahului imam
- Makmum yang mendahului imamnya sebanyak dua rukun fi’li dengan sengaja, batallah solatnya.
- Oleh itu jika mendahului imam secara sengaja seperti ketika bangun dari sujud, dia mendapati imam masih sujud, ketika itu hendaklah dia duduk menunggu imam di kedudukannya (duduk) itu.
- Memberi salam sebelum masanya
- Memberi salam dengan sengaja sebelum masanya akan membatalkan solat kerana salam menunjukkan tanda berakhirnya solat.

- Tertinggal dari imam
- Dalam solat berjemaah, makmum tertiggal dua rukun yang panjang dari imam.
- Contohnya:-
- Seperti makmum yang belum sempat menghabiskan bacaan itu sebelum imam selesai melakukan sujud pertama. Jika dia masih belum ruku’ sedangkan imam sedang melakukan sujud yang kedua, maka batal solatnya kerana dia telah tertinggal dua rukun yang panjang (ruku’ dan sujud).
- Ataupun:-
- Bagi menyelamatkan solatnya, dia mestilah berniat bermufaraqah (berpisah) dari imam. (Bermakna solat secara berasing-asingan.) Solatnya tidak terbatal akan tetapi dia tidak akan mendapat pahala berjemaah tersebut.
- Mengulang-ulangkan rukun sujud dengan sengaja
- Batal solatnya kerana dianggap bermain-main atau mendahulukan yang kemudian.
- Tetapi sekiranya disebabkan terlupa, ia tidak membatalkan solat seseorang itu.
- Kembali duduk tahiyat awal setelah berdiri
- Kerana tahiyat awal adalah di antara perkara-perkara sunat di dalam solat. Jika teringgal tahuyat awal, tidak akan membatalkan solat. Oleh itu juga makmum kembali duduk dengan sengaja setelah berdiri, sedangkan dia tahu itu tidak perlu, bererti dia telah menambahkan rukun duduk dnegan sengaja.
- Teragak-agak
- Teragak-agak sama ada hendak berhenti solat atau meneruskan pada ketika solat belum selesai. Ini biasanya berlaku dalam keadaan tertentu umpamanya:-
- a) Makmum merasa ragu tentang suci dirinya dari najis atau ragu terhadap sah wuduknya.
- b) Merasa ragu atau syak niatnya sama ada berniat solat Zohor atau Asar dsn seumpamanya/
- Jika perkara ini berlaku (merasa ragu-ragu) dan masih belum mendapat kepastian sehigga berlalu satu rukun atau berlalu satu masa yang cukup untuk melaksanakan satu rukun, maka batallah solatnya. Sebaiknya jika merasa ragu semasa sedang berdiri, tetapi sudah memastikan sah wuduknya, atau betul niatnya ketika masig berdiri (belum ruku’) maka sah solatnya.
- Ketawa
- Ketawa terbahak-bahak dan gila di dalam solat.
Harap maklum ini adalah hasil carian info majalah Anis. Sebarang masalah kemusykilan bertanyalah pada orang yang selayaknya seperti imam, ustaz ataupun ustazah dengan lebih lanjut lagi. Terima kasih.
Berkata-kata dengan sengaja tu macam ada trick sikit. semasa belajar dulu, solat dengan pelajar2 antarabangsa.. tengah2 solat telefon bimbit sorang ni berbunyi. dia tekan butang hijau dan jawab “SOLAH” –> tak batal solat sebab dia cakap dalam bahasa arab
.-= Hisyam´s last blog ..Masih Ada Mangsa Internet Fraud =-.
Thank bro…,
baru tahu pasal ni,
Ps : biasa off Hp kalau solat
.-= dnoBiz´s last blog ..Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle Seekers =-.
Hisyam..
indahnya dan mudahnya islam tu..
dnoBiz
solah.itulah jawapan yang sewajarnya dlm bahasa Arab..
wow sis, mmg nice entri ni!
Terkini : Orang Utan Paling Gemuk
terima kasih kawan
Terima kasih Suri.
Ada beberapa perkara yang sangat perlu diberi perhatian kerana kekurangan kefahaman dalam kalangan masyarakat kita.
Salam Hari Jumaat.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Islam dahulu dan sekarang =-.
salam ahad…
sama-sama kembali..
itulah yang sepatutnya di ketengahkan…
kena selalu ceramah agama kat tv..ikuti forum di tempat tinggal kita..insyallah sedikit sebanyak ilmu akan kita tahu dgn lbih mendalam lAGI..
Info macam nie, walaupun ramai yang dah tau rlok gak diingatkan selalu,supayo tak lupo.
.-= Kamal Mustafa´s last blog ..Video Pilihan Kamal – Rancangan Tv Jepun- Tangga Berminyak =-.
kita kena saling ingat mengingati..
salam..
perkara wajib dan remeh
yang selalu kita lupa..
terima kasih mengingati..
jazakallah khairan..
.-= zulkbo´s last blog ..Kerana Malu Itu Perisai Orang Beriman Kalau Berpacaran =-.
salam kawanku…
itulah manusia sering leka…lupa mmg tak blh lari dr khdupan kita..
sama-sama kembali rakanku..
terima kasih suri berkongsi…mmg ramai yg tahu, tapi kadang2 terlupa atau dilupakan oleh bsikan syaitan yg tak habis2 kacau kita walaupun waktu kita solat…
.-= hafizmd´s last blog ..Akhirnya si suami tidur lena ibarat raja di peraduan… =-.
betul tu Fiz,
kadang kadang angkat je takbir terus macam macam muncul dalam kepala
.-= dnoBiz´s last blog ..Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle Seekers =-.
Hafidz..
hasutan dia mmg kuat bro..kita juga harus Tegar melawannya walau apa cara sekalipun…
dno
istifar byk2 bro..insyallah blh hindari punya..
Perkara2 ni ramai yang kurang nak amek tau..
Seriously aku pun tak tau bab makanan tertinggal dalam mulut tu..
Alamakk..
.-= akublog´s last blog ..Ambank Yang Celaka Part II =-.
cuci bersih2 hee.klu ada terselit gak masa dlm solat tahan..jgn bagi dia klr huhu…
salam…
thanks kongsi ilmu agama yang berguna ini.. moga menjadi panduan buat sy dan kita semua..
.-= MR.Z´s last blog ..Awas! Berhati-hati Membeli Barangan Dari Jualan Internet! =-.
Alhamdulilah itulah yang di harapkan..
Adakala kita memandang ringan perkara yang basic sehingga kita mudah lupa. Thanks sebab sharing maklumat ini. Memberi peluang kepada saya refresh kembali hal ini.
lupa dan kadang kadang solat sambil lewa
.-= dnoBiz´s last blog ..Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle Seekers =-.
mugkin juga kawanku..
harap lepas ni kita akan lebih telus lagi..
dnobiz
harap dpt dihindari..huhu..
tq atas panduan. sekarang ni orang tak ambil kesah pasal perkara2 nih.
perasaan yg bgtulah harus dihindarkan..
solat harus diperbaiki..bukan semakin solat semakin kita baik dalam rukun mahupun dlm melakukan tertibnya..
kekadanf kita terlepas pandang,tu yg bahaya tu..
Banyak lagi yang saya tak tau rupanya. Ingatkan saya ni dah hebat sangat. Syoknya dapat tambah ilmu
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Tom Yam Putih =-.
ilmu ada dimana2 huhu…samalah kita memperbaikinya mana yang kurang tu..
salam suri..
perkongsian yg bagus. walaupun ramai yg tahu sebab2 terbatalnya solat, tetapi masih ramai yg ambil mudah perkara ini. apa langkah yg sesuai nk atasi masalah ini ye.. hurmm..
p/s: lama sungguh tidak singgah ke sini.. kali terakhir beberapa bulan yg lepas.. insyaAllah lepas ni akan lebih kerap.
.-= MrSup´s last blog ..Iklan! Motorsikal Kawasaki Vulcan 800cc Untuk Dijual =-.
salam kawan…
semoga ilmu yag di salurkan akan menjadi kita lebih berhati2 dan waspada dlm solat kelak..
p/s:rindu tul dgn awak ni bro sop huhu..kemana menghilang? huhu..
kalau tertinggal rukun, atau terlupa rukuk boleh sujud sahwi…
.-= zik´s last blog ..Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia =-.
jap kena bagi tahu ayah suri dulu heee…
salam sahabat lama…bagus entri nie..dah lama tak buat ulangkaji pasal solat..ada ke org ketawa
blh rujuk sini utk jenis2 manusia bersolat; http://mohdnadri.com/2010/02/solat-5-jenis-manusia/
.-= Jiwa Kacau´s last blog ..Minyak RON95 Naik 5 Sen =-.
salam sabatku jua…
itulah kita huhu…
terima kasih atas maklumat terus yg di beri mmg bagus skli..
bagus ni,
perkara wajib yang ramai tak ambil tahu
thank suri
.-= dnoBiz´s last blog ..Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle Seekers =-.
mmg itulah resam kita…
pasni kena ambil tahu ya huhu…
Apa yang cuba disampaikan menjadi peringatan supaya lebih kusyuk ketika bersolat
.-= akubiomed´s last blog ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop =-.
itulah yag diharapak kawanku..solat harus dilakukan dgbn lebih baik teliti..
org2 foreigner ni mmg selalu buat hal lain kalau tgh solat..
kadang2 ade yg buang kahak dlm sapu tgn, lepas tu simpan balik dlm poket..
cis sungguh menggelikan..
aduh muka kita dah berkerut time tu huu…
Mungkin mazhab dia orang lain kot. Pernah seorang kawan Pakistan kata dia berpuasa boleh minum pelik juga. Ntah betul atau tidak. Ntah-ntah saya kena kelentong
.-= akubiomed´s last blog ..25 perkara mengenai AkuBiomed =-.
kita byk mazhab. hanafi , syafie dll lagi..tu kena betul2 mamahami…
Thank Suri.
sebab mengingatkan saya kembali akan perkara2 ni. Lbh elok di reflesh daripada terbiar dlm simpanan ingatan hingga terlupa.
sama-sama kawan..
seting bgtu jua..harap ia berguna bt teman yg lain jua
nice..
yang last sekali tu selalu budak2..bising3
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop =-.
sabar sahaja huhu..anak2 mmg bgtu ada jer yang mereka nak buat huu..
Jutaan terima kasih buat suri untuk artikel ni
banyak juga maklumat berguna
walaupun kadang-kdang tu kita terleka di dalam solat,panduan macam ni amat berguna sejkali
.-= wazy´s last blog ..Tutorial Upgrade WordPress Secara Manual =-.
sama-sama wazy..
ilmu yang berguna mmg molek di sebarkan pada semua
tiang agama ni tak boleh la nak buat main2 je
wajib diperhatikan betul2
wah..bole refresh balk.thanks suri..
pernah juga tersilap kiblat kat tempat baru huk3
.-= humbleyat´s last blog ..Bantuanku diperlukan- Sambung Bicara Di Mahkamah Sesyen! =-.
mksudnya murtad pas sholat?
maksudnya?