Merentasi Sirah Anbia..
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

mendalamnya maksud cerita ni. semoga kita juga diangkat menjadi anak soleh yg berbakti kepada keluarga
ameen..mudah-mudahan camtulah luth..
.-= hafizmd´s last blog ..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya… =-.
Luth..
Amin harap2 bgtulah sahabatku..
Hafiz..
pasti hati ibu bapa sejuk melihatnya tika anak mjdi soleh dan soleha..
doa anak yang soleh…insyallah Allah akan makbulkan doanya
.-= zik´s last blog ..Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan =-.
Cukuplah tidak menengking orang tua, memukul dan menghormati, insya’Allah anak itu anak yang baik..
.-= rashid´s last blog ..Senangnya Hidup Jadi Pengemis Professional =-.
zik..
kena sllu baut ni leps solat kan
rashid..
suri setuju dgn pendapat bro rashid nie
Walau baaimanapun sifat orang tua kita. Namun kita tetap harus patuh kepada mereka. Setuju saya
.-= Fanz´s last blog ..Sami Yusuf- Islam’s Biggest Rock Star =-.
ya sebab merekalah kita ada d dunia ini..
semoga Allah mengampuni dosa2 kedua ibu bapa kita..
Amin.. ya rabal alamin..
sama2 la kte berdoa pada mereka tidak kira yg hidup atau pon sudah meninggl dunia
.-= acapz´s last blog ..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker =-.
benar tu agar hati mrka sntisa aman sllu
itulah…
mak dan ayah tak boleh ditukar ganti
pesan untuk perantau – ‘raya nanti jangan lupa pulang jumpa mak ayah’
.-= tehr´s last blog ..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua =-.
jangan lupa bawa buah tangan ungtuk mereka ya
betul tu zikr
nilai seorang anak yang soleh lebih dari segala harta dunia
.-= tehr´s last blog ..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua =-.
sejuk hati si ibu jika tahu anknya sbgtu baik..
Assalamualaikum suri.
Semoga kita mendapat iktibar dari cerita sebegini. Jadilah anak yang solah dan taat kepada ibubapa.
Semoga dirahmati Allah.
TQ
salam sahabat..
Harap2 bgtulah wahai sahabatku..
jadika pgjaran darinya..
Wah, kagum saya mendengarnya. Mungkin sebab zaman ini sukar kita jumpa lagi anak-anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa, malah mahu tolong yg mudah2 pun sukar dilaksanakan, apalagi kalau ibu bapa dah jadi seperti cerita di atas.
.-= Ismail N´s last blog ..Namewee =-.
didikan dari kecil perlu ada kan sahabt.. Insyallah anak akn mdgar kata dan nasihat kita nnti ..
kasih sayang tetap kena ade.xkire le.ibubapa dah berubah rupa bentuk menjadi apepun.
.-= Ali ridha´s last blog ..Admercu bagi aku RM1 boleh tak =-.
benar tu sahabat..ada ayah ibu maka pelung yang ada tu kita berbaktilah pada mrka…
alangkah baiknya kalau semua anak2 dapat mengikut contoh dari kisah ini
.-= etomyam´s last blog ..Rombakan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik PTD =-.
ada jua tapi tak semua… huhu..
byk hikmah disebalik kejadian ini..walau seburuk mane pun ibu bapa kita.tanggungjawab kita masih belom terlepas dari menjaga mereka.
New Entry “Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri”
hitam atau putih dia ttp ibu bapa kita… cincang air takan putus…
Allah Maha Pengampun !!!!
.-= bujang3´s last blog ..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! =-.
Lagi Maha Penyayang..
Bagus sekali pesanan ini untuk kita yang ada anak dan ibu bapa kerana kita bertanggungjawab menjaga keturunan kita dari dosa – dosa dilakukan
Berdoalah supaya Allah memudahkan urusan ibu bapa dan kita di dunia dan alam kubur
yep. mmg setuju kata2 bro mentol nie hee..
pernah gak baca kisah ni..memang berkesan di hati..sayangila ibu bapa tak kira la mereka macam mana
.-= khairolghani´s last blog ..Salam Hari Merdeka 2010 =-.
sebab ada mrka kita wujud di dunia ni..
3 perkara sebagai bekalan nanti..
Amal kebajikan..
Ilmu yang bermanfaat yg disebar dan diajarkan kepada orang lain
Anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kita.
.-= Dedoku´s last blog ..Fungsi Baru Priority Inbox Dalam Gmail =-.
terima kasih sahabat atas peringatan itu…kita sering lupa maka itu harus ingatkan ia sllu
Hmmmmm….
Hargailah ibubapa ketika dorang masih ada.
.-= zezebel´s last blog ..Gecko tokay tokek price =-.
yeap benar .. kasih tu lah sukar d cari ganti..
seronok kisah nih, betul anak yang soleh yg mampu berdoa n menghapuskan dosa2 ibu bapa kita..
.-= Nine´s last blog ..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin =-.
doa anak yang soelh pasti darjatnya akan di angkat lebih tinggi
harap2 nas boleh jd anak yang soleh pd ibu bapa….
hargai ea mak ayah kita..
.-= nash´s last blog ..Keyword Maksud Lagu Alejandro di Tempat Pertama di Google =-.
sayangilah mrka slgi mrka ada d sipan mata kita
cerita yg byk tauladannya…ape jua yg terjadi..ikatan darah itu pasti tidak akan putus..mereka ttp ibu bapa kite…
sayangilah mereka selagi kita mampu mencium tangan mereka…
doa anak yg soleh juge suatu rahmat buat ibubapa kite..thanks suri
.-= hafizmd´s last blog ..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya… =-.
sama2 kawanku..
ibu bapalah tempat kita mencurah rasa..sakit.sayang…hormat…tanpa mrka sapalah kita..
jangan jadi anak yang derhaka…
macam si tanggang..
OH.. sungguh keren…

yaiyalah… kan Beliau Nabi Musa
.-= ciwir´s last blog ..Cara Menghitung THR =-.
salam kawan..
baik buruknya mereka, mereka tetaplah orang tua kita yang telah berjasa
.-= orange float´s last blog ..Jika Kau Mencintaiku =-.
bagai di putus takan lari dia ttp org tua kita jua..
artikel yg mencerahkan sist..
nice article..
salam, ^_^
.-= Didien®´s last blog ..Rubiks Akhirnya aku bisa =-.
sama2 kembali..
sangat terharu membaca kisah ini…subhanallah…
.-= wanwma´s last blog ..Apa Maksud Zina =-.
Allah Hu Akbar..
seronok bila baca cerita ni
.-= wazy´s last blog ..Salam Aidilfitri 2010 1431 Hijrah =-.
rasa macam kita berada di petas dahulu kala jer kan..