
Dalam kitab Zubdatul Wa’idhin dijumpai keterangan bahawa suatu ketika Jibril mendatangi Nabi Muhammad s.a.w dan menyampaikan firman Allah, Barang siapa yang bertaubat kira-kira setahun sebelum meninggal dunia, maka diterimalah taubatnya itu. Kemudian Rasul berkata, “Wahai Jibril, setahun bagi umatku itu tidaklah sebentar. Dalam watu yang lama itu, mugkin mereka lalai, berpanjang angan-angan. Adakah mungkin mereka terpelihara daripada dosa?”
Malaikat-Malaikat Jibril meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w. Sebentar kemudian ia kembali lagi. “Ya Muhammad, Tuhan telah berfirman kepadamu, ” Barang siapa yang sebulan sebelum kematian mahu bertaubat, maka taubatnya akan diterima,” kata Jibril.

“Wahai Jibril, waktu sebulan itu bagi umatku juga terlalu lama,” kata Nabi. Jibril pergi lagi dan tidak berepa lama kemudian kembali, “Ya Muhammad, Tuhan berfirman kepadamu, “Barang siapa bertaubat kira-kira satu jam sebelum meninggal, maka taubatnya akan diterima.”
Satu jam bukankah ia terlalu lama bagi umatku,” jawab Nabi s.a.w. Jibril pergi dan tidak lama kemudian kembali lagi. “Wahai Muhammad, Allah telah menyampaikan salam kepadamu. Lalu berfirman, “Barang siapa sepanjang hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan, dan belum kembali kepada-Ku sebelum meninggal dunia, kira-kira setahun atau sebulan, sehari atau satu jam, sampai rohnya ditenggorokkan, ia tidak dapat berkata atau menyatakan alasan dan menyesal dalam hatinya, maka akan Ku-ampuni dia.”
Itulah rahmat Allah. Itulah kasih sayang-Nya kepada umat Muhammad. Jika seseorang mahu bersungguh-sungguh bertaubat, maka Dia akan mengampuninya.
begitu Maha pengasih dan Penyayangnya Allah S.W.T kepada hamba Nya,…sayang manusia mudah sangat lupa dengan peluang yang diberikan
banar tu one..selagi pintu mash terbuka luas..selagi itulah kita msh mmpu untuk bertaubat kpdNYA.
subhanallah…astaghfirullah…
selawat dan salam ke atas kekasih hakiki…Rasulullah SAW…
moga kealpaan sudah jauh kita tinggalkan…
may Allah bless u n ur family suri…:)
Salam ceria..benar tu kak.kita masih sempat lagi untuk beribadat kpdnya asalkan kita jaganlah lalai sudahlah..huhu
Allah itu Maha pengampun lagi maha mengasihani..
kerna itu diberinya umat satu kelapagan hari yang lama..panjang..