Assalamualaikum buat semua kawan-kawan..
Semoga semua dalam lindungNya. Harini Suri ingin kongsikan satu topik tentang bersuci pada kawan-kawan semua. semoga sedikit perkongsian ini akan manfaat buat kita semua.
PENGERTIAN BERSUCI
Firman Allah swt maksudnya, “Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri “ (Al Baqarah : 222)Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.
JENIS-JENIS BERSUCI
- Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum.
- Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran.
- Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.
ISTINJAK
Rukun istinjak terbahagi kepada 3 iaitu:-
- Seorang Islam
- Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
- Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

SUNAT-SUNAT BERISTINJAK
- Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya.
- Dengan menggunakan tangan kiri.
BERISTINJAK DENGAN BATU
Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:
- Pastikan benda tersebut tidak mengalir.
- Pastikan najis belum kering.
- Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain.
BERISTINJAK DENGAN AIR
Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.
BENDA-BENDA BERNAJIS
Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :
Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
- Darah kecuali hati dan limpa
- Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
- Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor
- Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan
- Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup.
Sumber: http://web.e-zakat.com.my
Minggu depan kita belajar bab tayamum pula
panduan yang baik. Siap ada gambar lagi. Bagus untuk budak-budak sekolah baca ni.
yelah cikgu..pasni nak tarik budak sekolah baca blog ni pula heee
Sekarang ini dah ada sabun dari tanah senang nak samak dan bersuci
.-= akubiomed´s last blog ..Salahkah aku mencari penganti yang lain =-.
klo air tak der maka kita di sarankan menggunkan bahan2 seperti di atas
Syukurlah dapat tinggal di Malaysia yang banyak air.
.-= Norasikin´s last blog ..Panduan Permohonan ke TEVT dan ILKA untuk Lepasan SKM sesi Julai 2011-2012 =-.
kak nora
malaysia mmg byk air…tapi tang sungai mmg byk yg dah tercemar..
Jangan pula sebab dah ada sabun tanah ni kita ambil kesempatan pergi belai anjung dan k1nz1r
.-= dnoBiz´s last blog ..Berita Penutupan FaceBook – Sebab sebenar yang cuba di rahsiakan Video =-.
oooo…tapi ada juga yg bela nak jaga rumah…
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
bela untuk keselamatan rumah dan kebun tak jadi masaalah Fiz, yang masaalahnya belai macam kucing tu hehehe
.-= dnoBiz´s last blog ..Dadah – Syurga Dunia sebelum Ke Neraka =-.
dnobiz
itu binatang mmg suri tak berkenan..baik bela cat lagi bagus ..dr mengkotorkan tgn pegang benda tu hiii
hafiz
maknanya dema tak bljar agama aduh.. ge le kelas agama semula huuu
dnobiz:
agama letak bawah lutut.. mmg buat kita benar2 malu . .
thanks ingatkan. boleh gak refresh2 balik. kdang lupa gak sebab xpernah watkan. belajar mase kt skola dulu je
.-= rockinsudu´s last blog ..Setelah sekian lama =-.
tahu tak per.. ingat pastu dah lupus huu…harap pasni akan lekat dlm minda semula..
salam..
apa agaknya perbezaan
antara sertu dan insinjak ye?
.-= zulkbo´s last blog ..Kisah Sejadah Dan Solat Jumaat =-.
salam sahabat ..
sertu?
istinjak
merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil dengan cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan.
Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan iaitu dari qubul dan dubur.
Manakala hukum melakukan istinjak adalah wajib.
salam
ya la bro
apa tu sertu?
.-= tehr´s last blog ..Biskut Mayat Dalam Banjir =-.
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
baru cek kat google tadi hehe:-)
.-= humbleyat´s last blog ..Life Is Like Riding A Bicycle =-.
humbleyat
Alhamdulillah sahabt mmberikan jwapan utk kami semua..
teirma kasih atas penerangan tersebut..
tehr
masih tiada jawapan…huu.. suri pun ingin tahu juga…
Ha. Saya pun musykil. Harap dapat tambah ilmu lagi
.-= Norasikin´s last blog ..Panduan Permohonan Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan SPM – Setaraf sesi 2011 – 2012 Online =-.
kak nora
saya masih mencari2 lagi..seronok dpt kongsi ilmu dari laman2 web kerajaan ni heee
Nice info.. Ramai lagi diluar sana yang zero knowledge lagi2 bab2 menjaga kebersihan.. Walaupun dimata manusia nampak bersih tp dsisi agama.. Buatnya darurat malaysia ni, mulalah mengelabah baru nak bljr..he3
.-= deCrewz´s last blog ..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan =-.
Insya allah. Malaysia akan sentiasa aman damai keperluan lengkap serba serbi
.-= Norasikin´s last blog ..Panduan Permohonan ke TEVT dan ILKA untuk Lepasan SKM sesi Julai 2011-2012 =-.
maksudnya…sentiasa bersyukur dgn apa yg ada…
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
deCrewz
mula cari buku..rujuk sana sini heee
kak nora
begtulah untungnya duduk di malaysia
bro hafiz
betul2…
apa yanga da gunakan pada jalan yang betul bukan cam buat pencemaram alam sana sini huuu
panduan yang kita sendiri terlepas pandang…bagus meningatkan semula pada yang lupa
.-= fendidahada´s last blog ..Futsal Terbuka Kolej 10 =-.
Bila sejak lahir kita sentiasa ada air, mula la tak tau cara lain yang boleh digunakan
.-= Norasikin´s last blog ..Panduan Permohonan ke TEVT dan ILKA untuk Lepasan SKM sesi Julai 2011-2012 =-.
fendidahada
saling imbas sesama kita hiiii
kak nora
otulah yg sushnya kita kadaan mula kelam kabut…
nice info..
suci lebih afdal dalam menunaikan ibadah
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Moovida – Pemain Media Percuma dan Persekitaran Grafik 3D =-.
bersih itu islam mmg galakkan..
ya…saya ada banyak buku bacaan pasal ni semua… huhu..
.-= Zezebel´s last blog ..Can We Accept it =-.
belajar itu sesuatu yg menarikkan..
Ramai yang ambil mudah bab bersuci ni, silap cara sia sia saja ibadah yang kita kerjakan..
.-= dnoBiz´s last blog ..Fasha Sandha – Isu Gambar Fasha pakai Bikini Video =-.
benar tu bro kena tahu caranya satu persatu hiii barulah bolh buat cara confident nnti
salam..lama xsinggah sini..hehehe
nice info…ramai orang yang xsah sembahyang sbb xsuci dr hadas kecil/besar….
.-= nash´s last blog ..Contoh Hipokrit dalam Masyarakat Hipokrit ni Teruk =-.
ingat rukun mesti tahu cara nak lakukannya
Assalaamu’alaikum Suri sahabat.
Indah kembali menyapa dan mengucapkan selamat tahun baru 2011. maaf baru kembali aktif semula setelah lama menyepi dan sibuk dai penghujung tahun 2010.
kebersihan adalah sebahagian dari iman. Mudahan kita selalu mengamalkan kebersihan dalam kehidupan. selagi ada air, lebih afdol dengan air dulu.
Salam indahkasihku.
.-= IndahKasihku´s last blog ..SETITIS- SETITIS- SETITIS… AIR 1 =-.
salam indah kasihku…
setuju dgn kata sahabat tu…
apun kita kena bersihkan diri dr sebarag najis sblum melakukan sesutu perkara..
Aman tu mmg aman tapi takut dikemudian hari.. Dekat dengan kiamat nnt akan kluar dajjal yang akan cuba mnyesatkan umat islam. Minta2 lah dika dikuatkan iman..amin..
.-= deCrewz´s last blog ..Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 =-.
rasa gerun mula menghantui diri..
harap kita bersiap sedia dlm semua perkara
Ilmu yang bermanfaat,….
terima kasih
He he kalau tak tahu bab bersuci ni payah. Hari-hari kena pakai. Maklumat berguna utk pembaca blog.
Jwp: 26
terima kasih suri atas kelas tambahan ni..terbaiklah…kadang2 kita terlupa…jadi dgn adanya kelas tambahan ni…cukup bagus..
pssst….inilah bab pertama dalam buku..bab taharah..
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
Boleh la ingat semula ilmu yg banyak dah karat masa sekolah agama dulu
.-= Norasikin´s last blog ..Permohonan Kemasukkan ke IPTA Untuk Lepasan STPM – STAM – Diploma – Matrikulasi – Asasi untuk =-.
sama -sama hafiz dan kawan2..
ada ilmu tu yg nak kongsi pada semua barulah rasa berbaloi
bab taharah? apa tu..suri blajr agama islam yg bias ajer..huuu
masa sekolah dulu ada belajar tapi dah besar2 ni memang kena di ingatkan lagi… al maklum dah banyak perkara lain nak di pikirkan… tapi yang basic2 ni… kena juga ambil tau… terima kasih suri..
masa sekolah dulu mmg ada bro sb subjek wajib hee..
biasalah tu kita sering lupa.. maka ia harus di ingatkan kembali huuu
teringat time praktikal kat sekolah… pakai debu betul tuh…
.-= zik´s last blog ..Lohong hitam angkasa yang menakutkan!! =-.
menusuk hingga dalam ingatan…harap ia masih berbekas dlm ingatan zik lagi
perkongsian ilmu yang menarik tuan tanah. terima kasih atas ilmu ini.
.-= RedBoys´s last blog ..Bagaimana Menarik Pengunjung Ke Blog Anda =-.
Alhamdulillah..
sebagai peringatan dan panduan utk kita semua
kadang2 kat tandas awam yg hi class..mmg tidak disediakan air.
yang ada cuma tisu sahaja. alasannya..air mencacatkan pemandangan.
jika ada air mineral, barulah cuci sedikit anggota sulit tu, jika tidak..terpaksalah gunakan tisu tersebut sehingga bersih
tu le pasal..bila dah ter VVVIP lain pula cekadak dia gerrrr.. rasa nak marah admin bt cara tu…cam tak kena pada tmpatnya pula huuu…
camni ke spare air meneral le bro huuu
salam…bgmat dah baca kandungan dlm web ni…dah jumpa pada mulanya dah ada ketinggalan…tentang rukun istinjak tu…dari kitab mana adik dapat ni…setahu bgmat rukun yang pertama adalah niat….jika apa pun ibadah fardu mesti dimulakan dengan berniat…intinjak itu fardu….tanpa niat tak sah ..jika intinjak tak sah…macamana dgn ibadah seterusnya…cari lagi rujukan kitab bahrul mazi ya….semoga dapat diperbetulkan..wassalam
salam sahabat ahmd
Sedia maklumkan seperti di atas adalah rujukan yang saya dapat sepenuhnya dari jabatan http://web.e-zakat.com.my.
Terima kasih sb sedia beri pandagan dan meninggalkan komen di sini.