Ada satu kisah nak Suri kongsikan bersama anda. Rasanya artikel yang di tulis ini memang menarik perhatian Suri. Kisah ni di ceritakan oleh En Amaluddin Mohd Napiah. Jom kita hayatinya bersama-sama.
Dalam Al-Quran Allah s.w.t. memerintahkan para mukminin supaya memelihara diri dan ahli keluarganya dari “Nar” sebagai satu perintah yang sangat serius dan penting. Satu perintah yang memerlukan tindakan drastik dari semua muslimin dan muslimat. Apakah sebenarnya Nar atau an- Nar itu?
Nar atau An-Nar pada bahasa.
Menurut bahasa al-Quran yang telah dinuzulkan Nar atau an- Nar membawa maksud seperti:-
1. API
a. Firman Allah ta’ala” (iaitu) api (yang disediakan) Allah dinyalakan.” (Al- Humzah:6)
b. Firman Allah lagi: “(iaitu) Api yang sangat panas.” (Al-Qariah:11)
2. NERAKA
a. Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka.” (An- Nisa:145)
b. Firman Allah: Sesiapa yang berbuat dosa dan ia telah diliputi dosanya, mereka itulah penghuni neraka.” (Al-Baqarah:81)
dan menurut ayat berikut perkataan “Nar” telah membawa kedua-dua erti yang kita sebutkan. Firman Allah s.w.t: “Kerana itu, Kami memperingatkan kamu dengan (api) neraka yang menyala-nyala.”

Azab neraka itu disediakan Allah dan diancamkan ia kepada golongan berikut:-
Berbicara soal neraka menurut bahasa sahaja sudah menggerunkan hati kita. Apatah lagi kalau kita memperkatakannya menurut istilah syarak. Sekiranya ia dihayati dengan mendalam akan menyuburkan keimanan. Inilah tujuan kenapa Allah memerintahkan para Rasul-NYA supaya memberi peringatan kepada seluruh umat berkenaan tentang neraka dan seksa.
Allah juga banyak memberitahu pada kita akan perkara-perkara ini kepada kita di mana didalam ayatnya Makkiyyah. Dengan memerhatikan sekalian ayat-ayat “tanzir” itu diharap jiwa kita akan segera insaf dan sedar lalu bangkit dari kealpaan kita selama ini.
Nar (an-Nar) Menurut Istilah
An-Nur atau neraka ialah, suatu tempat di akhirat yang penuh dengan segala seksa, kesusahan dan kesengsaraan, yang wujudnya merupakan api yang menyala-nyala dengan dasyatnya sampai dapat menggerunkan sesiapa sahaja, hatta orang yang terkenal paling berani sekalipun.
1. Orang-Orang Kafir
Firman: “Bukankah dalam neraka Jahanam itu ada tempat bagi orang-orang kafir.” (Al-Ankabut:68)
2.Orang-Orang Yang Mendustakan Ayat-Ayat Allah
Firman Allah: “Maka kecelakaan (Wali) yang besar di hari itu bagi oarng-orang yang mendustakan.” (At-Thur:11)
Firman Allah s.w.t.: “Rasakanlah seksa mereka yang dahulu kamu mendustakannya.” (As-Sajadah:20)
3. Orang-Orang Munafik
Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka.” (An-Nisa:145)
Firman Allah s.w.t.: “Allah mengancam orang-orang munafik lelakli dan perempuan dan orang-orang kafir dengan nereka jahanam. Mereka kekal di dalamya. Cukuplah mereka itu bagi mereka, dan azab Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal.” (At- Taubah:68)
4. Orang-Orang Musyrik
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya akan memasuki neraka. Maka aku berkata iaitu (perawi hadis): Aku dan orang-orang yang tidak mensyirikan Allah dengan sesuatu, akan memasuki syugra.” (Bukhari dan Muslim).
5. Orang-orang yang menimbun dosa dan kesalahannya
Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya sesiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungghnya baginya neraka Jahanam.” (Toha: 74)
Firman Allah: “Sesiapa yang berbuat dosa dan ia diliputi dosanya, mereka itulah penghuni neraka.” (Al-Baqarah: 81)
6. Orang Yang Buruk Amal Perbuatannya.
7. Orang -Orang Derhaka Dan Tidak Mahu Mentaati Serta Tidak Mahu Berbakti Kepada Allah
Firman Allah: “Dan kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam ke nereka Jahanam dalam keadaan dahaga.” (Maryam:86)
8. Orang Yang Enggan Melakukan Segala Perintah Allah Bahkan Sentiasa Melakukan Segala Apa Yang Dilarang Oleh-Nya

Ancaman itu tidak lain tidak buka sebagai balasan azab dan seksa yang pasti atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan mereka sewaktu hidupnya di atas muka bumi Allah ini.
Renungkanlah, apakah kita ini termasuk dalam gologan di atas..?? Sekiranya ada, kita sebenarnya masih belum selamat dan belum benar-benar aman dari sekssaannya.
Jalan untuk selamat dari api neraka Allah tidak lain tidak bukan kecuali bertakwa kepadaNYA dengan sebenar-benar takwa. Tiada jaminan untuk selamat dari seksaannya sekadar kita mengaku yang kita ini seoramg muslim akan tetapi enggan mentaatai akan perintah Allah dan RasulNYA, masih kufur terhadap limpahan nikmat dariNYA, masih tidak puas dalam menimbunkan dosa, masih mendustakan ayat-ayat dan peringatanNYA.
Ingatlah wahai sekalian saudaraku , bahawa peringatan dan janji Allah ini tentang NERAKA bukan suatu perkara yang boleh di buat main-main,
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakalanya seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang jarak dalamya antara timur dan barat.” (Bukhari dan Muslim)
Peringatan untuk diriku dan dirimu jua. Sebahagian dari post ini telah Suri edit sikt supaya kita akan lebih memahaminya dengan lebih mendalam lagi.
salam suri…baru2 nih cik jari dapat emel pasal penggunaan perkataan “BYE” .then ade huraian pnjg2 mengenai hari kiamat..cik jari sendiri tak pasti kebenaran /kerelevanan emel tersebut maka cik jari tak forward kepada org lain..tapi di akhir ayat, katanya ‘andai tak forward emel ini,anda dikira munafik’.. huhu…
.-= jejari88´s last blog ..Nota Terlekat:Pencarian Model Budak Kampung =-.
Payang Cinta..
huhu..
mail cam tu jagan dilayan jejari..wat susahkan hati jer..
apa yang penting kita haruslah berpegang teguh pada iman..sebab kekuatan kelemahan…ujian tu semuanya datang dariNYA.. dan bukan pula manusia yang berhak untuk menggelarkanan seseorang individu itu munafik atau tidak..
itu tdk adil sama sekali..
insafnya :’(
sesungguhnya diri ini tidak layak untuk syurgaNya…
tapi, tak sanggup menanggung seksa nerakaNya..
.-= fatint´s last blog ..Menjadi Diri Sendiri⦠=-.
Si pecinta hati..
benar tu sahabat..
walauapa jua keadan sekalipun tetapkanlah imnan kita padaNYA. moga2 kita dalam lindunganNya. Amin
Untuk dijadikan iktibar bersama…
.-= Fida´s last blog ..Akhirnya…. =-.
Relung cinta ini..
benar tu kak yang mana kurang harap dapat di timba ilmu tu dengans ebaiknya..huhuhu
takutnya… tak sanggup nak menghadapinya..
.-= zik´s last blog ..Prihatinkah kita? =-.
Bawaku terbang..
Allah..begitulah kekuasaanNya..sesungguhnya janji Allah itu adalah benar sebenarnya..
Alhamdullilah..kerana mengingatkan antara satu sama lain..terima kasih Suri, sangat2 berguna untuk bekalan.
.-= Emi´s last blog ..Cuti-cuti Malaysia =-.
Dedaun cinta..
sama-sama kakak..saling ingat mengingati..manusia sering lupa semoga ilmu yang dipersembahkan akan memberikan manfaat untuk semua
Ramai yang masuk neraka kerana syirik khafi.
.-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.
Cinta Pada Ilahi..
perkara itulah yang kita takutkan sekarang..
adakah dunia sekarang sudah jauh menyimpang..atau manusia yang merosakananya sendiri..huhuh