Mimpi Seorang Nabi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Abu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit.

Dalam tidurnya Nabi itu bermimpi menerima perintah: “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat: pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya manuju je sebelah barat, seperti mana yang diarahkan. Kebetulan perkara pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Sambil kebingungan berliau berkata “Aku perintahkan memakan benda yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Nabi itu meneruskan perjalanan mendekati bukit. Ketika dia menghampirinya , tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebuku roti. Mana Nabi itu mengambil dan memakannya. Bila di telan rasanya sungguh manis bagaikan madu. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas Nabi itu pun menggalikan lubang lalu ditanam mangku emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka Nabi pun berkata: “Aku telah melaksanakan perintahmu” Lalu Nabi itu meneruskan perjalanan tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika meneruskan perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar burung kecil itu berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku. “Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata: “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dan rezekiku”.

pengembara-di-padang-pasirSumber: Gambar Hiasan

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang bebas. Perjalanan diteruskan lagi. Tidak lama kemudian dia bertemu dangan satu bangkai yang amat busuk. Maka Nabi tu terus lari meninggalkannya kerana tidak tahan bau busuknya.

setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka Nabi itu pun kembali ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa: “Ya Allah, aku telah melaksanakan perintah-MU sebagaimana yang telah diberitahu dalam mimpiku. Maka jelaskannya erti semuanya itu”.

Dalam mimpinya kali ini beliau telah diperjelaskan setiap perkara tentang pengalaman yang dilaluinya oleh Allah Ta’ala.

Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis dari madu. Kedua semua amal kebajikan (budi) walaupun disembunyikan, maka ia akan tetap nampak juga. Ketiga, jika sudah menerima amanah orang, maka jaganlah kamu khianatinya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat. Kelima, bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang), maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah”.

Yakinlah setiap suruhan Allah ada hikmahnya kepada manusia. Begitu juga setiap tegahannya ada rahsia yang tersembunyi. Lakukanlah segala suruhanNYA dan tinggalkanlah laranganNYA dengan hati yang ikhlas demi mengharapkan keredahanNYA. Pasti di sana nanti akan terserlah segala kebaikannya.

Sumber: Majalah wanita 2001

Share
Artikel lain yang best-best :

56 thoughts on “Mimpi Seorang Nabi

  1. Setiap ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya. Cuma orang yang mempunyai ilmu, iman serta amal yang kukuh mampu menghadapi semua dugaan dan cabaran dari Allah dengan tenang.

  2. Alhamdulilah….. Cantik & menarik isi cerita ni kan suri ;)

    Tp kan bEe mcm kurang skit mengenai penemuan kedua iaitu BUDI walau ditanam akan tetap nmpk. Mcm skang ni, bagi bEe buat BUDI / BAIK mcm mana pun, org takkan nmpk. Satu kesalahan yg dibuat itulah yg akan nmpk sampai bila2. huhuhu

    • Bila berbudi janganlah mengharapkan balasan kerana akan ada habuannya tidak semesti didalam bentuk yang kita hajatkan.

      Contoh kita beri duduk kepada ibu mengandung mungkin balasannya ketika kereta rosak ada orang akan hulurkan bantuan.

      Benda tidak elok selalu nampak ibarat titik hitam di sekeping kertas putih

      Banyak beristigfar insyallah ada perkara yang baik akan berpihak kepada kita

    • tak perlu risau kak, ia akan dibalas dengan cara yg tersendiri oleh org lain,

      mana tau anak kak ‘menjadi’ bila kak sentiasa buat baik

      pasal buat kesalahan, sebab tu buat jahat jangan sekali..sebab org ingat banyak kali

      • bee
        biarlah yang baik org tak nampak yg penting Tuhan Maha Mengetahui..

        biarkan org nak kata apa kiat diam sahaja..kerna segalnya MAHA MENGETAHUI..

      • AKUBIOMED
        sokong dg pandagan sahabt tu baik kita byk selawat padaNYA..

        buatlah yang baik pasti akan mendapat balasna yang baik..buat jahat dpt juga balasan d sebaliknya..

        nak buat kena ada ikhlas klu berharap susuh juga takut pahala tu tak smpi kt kita pula.. :)

        Insyallah yang memberi pasti akan dapat balsan baik dariNAY jua :)

  3. Allah sentiasa memberikan ruang dan peluang kpd hambaNYA utk memperbaiki diri mereka sendiri..
    Jalan telah ditunjuk…namun utk menuruti jalanNYA yg susah utk dilaksanakan…wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>