Mengharap Kematian

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Acapkali hari jumaat di pagi inilah Suri akan selalu menelefon kedua orang tua Suri di Melaka. Rindu rasanya walaupun baru sahaja pulang ke perantauan huu..

Haa..teman Suri bagaimana sudah menelefon bertanya khabar pada mereka? Hurm.. bagi yang tiada orang tua tu berdolah moga-moga roh mereka aman di sana dan janganlah lupa sedekahkan sepotong dua ayat buat mereka ya.

Kata Suri heee selagi mereka ada kita harus berbakti pada mereka seadanya mana yang kita mampu sebab kita dilahirkan pun mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang, perhatian tanpa berbelah bagi baik dari segi emosi mahupun dengan kudrat mereka membesarkan kita :) .

Mari sini dekat sikit :mrgreen: ingin Suri kongsikan satu cerita tentang perhitungan anak terhadap jasa dia kepada ibu bapa acapkali di persoalkan..

Seorang lelaki menghampiri kepada Sayidina Umar Al-Khattab r.a., butir katanya berbunyi begini..

“Aku selalu menjaga ibuku seperti mana selayaknya dia menjagaku sewaktu aku masih kecil. Jadi sudahkah aku menunaikan haknya ya Sayidina Umar Al-Khattab r.a. “

Lantas baginda pun memberi jawapan akan pertanyaan seorang hamba tersebut dengan membalas “belum lagi.”

Lelaki tersebut pun berkata mengapa wahai Sayidina Umar Al-Khattab r.a. berkata begitu?

Jawab Sayidina Umar Al-Khattab r.a. “Sesungguhnya dia mengasuhmu dahulu dengan penuh harapan semoga kamu terus hidup selamat. Sedangkan kamu mengasuhnya dengan mengharapkan kematiannya.”

Share
Artikel lain yang best-best :

48 thoughts on “Mengharap Kematian

  1. selagi mereka ada, taburkan bakti sebaik mungkin. Saya selalu terfikir, andai satu hari nanti, Allah mengambil nyawa mereka, bagaimana saya akan meneruskan kehidupan ini tanpa mereka disisi.

    • klu terasa terlepas cakp baik mintk maap huhu..anak2 sllu kekadang ckp ikut rentak hati huu…hati tua diam jer..nak nasihat terkadang depa diam sb tahu anak dewasa..bukan anak2 kecil2 lagi sebesar tapak tangan..

  2. bila lagi kita nak korbankan masa dan harta kita
    utk mereka.. Mereka tidak pernah mengeluh utk
    membesarkan anak, tapi kita nih kadang2 mengeluh
    utk menjaga mereka berdua.. sedih dgn itu..

    • mmg sedihkan..nnti jgn kta kayan mrka kurang puas hati mereka..kelak nnti anak2 akan buat pkra yg sama pd kita huhu…

      sy sedih gak kt ipoh byk umh warga kt spj jalan pasir putih..nd teliti rata2 org cina punya rumah perlindungan..

    • umi maafkan tahu hati anak klu marh akan luahkan segalanya..
      :razz:
      ank yg baik adalah ank yg menenangkan ibu bpa :o

      majok apa nak mtk umi crikan jodoh ker.klu suri blh tlg dila nnyikan lagu wali band jer heeee :mrgreen:

    • shr
      yelah pilih mana satu selesa utk d lakukan..klu jauh call klu ada cuti pjng blh turun ke kg halaman ;) hii..

      sesekli merasa suasana kg yg aman mmg menyeronokkan..tambah2 bila jumpa adik brdik dpt pula mkn beramai-ramai ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>