Maulidur Rasul_12 Rabiulawal 1433

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh syahadah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam isnin subuh yang indah,
Dua belas rabiul’awal yang cerah,
Dua puluh april tahun gajah,
Lahirlah zuriat dan syahadah.

Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya,
Lahirnya putra yang utama.

Muhammad nama diberi,
Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
Terima putra yang berbakti.

Keadaan yatim anak mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima junjungan mulia..

Salam Maulidur Rasul dari Suri untuk semua.

Share
Artikel lain yang best-best :

50 thoughts on “Maulidur Rasul_12 Rabiulawal 1433

  1. Aku membesar dgn lagu nasyid Al Jawahir.. betul tak
    aku eja.. suka sgt dgn lagu2 kumpulan ini.. tapi
    aku tak tau lagu nasyid ini dari kumpulan mana..

    selamat menyambut maulidur Rasul utk suri juga.
    mudah2an kita perbanyakkan selawat dan melakukan
    sunnah Rasulullah SAW…

  2. melihat lirik dan lagu di atas tu tetiba teringatkan si Azhan penyanyi rancangan realiti nasid di TV9 tiga tahun lalu….

    selamat berarak ya kengkawan…

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  3. penyanyi skrg semua nak buat lagu cinta, baru boleh jual. Ada sekerat dua yg buat tp cuma berani guna melodi yg kurang baik. Jenis yg berpotensi semua dijadikan lagu cinta

  4. Allah.. how I miss this nasyeed…

    masa sek rendah dulu (darjah 1 tahun 1979).. nasyeed ni la yg paling femes pun.

    rasanya kena dload & bg anak2 dengor… & hafal…

    memang terbaek….
    :razz:

  5. Hujung minggu ni surau tempat saya buat majlis sambutan maulidur rasul. Boleh dikatakan kebanyakkan surau dan masjid sekitar rumah saya buat sambutan ni sabtu dan ahad ni. Nak pegi yang mana ye? Semua ceramah agama serentak lepas isyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>