Latar Belakang Namrudz bin Kan’aan

Salam jumaat untuk semua..

Tergerak hari ini nak berkongsikan kisah Raja Namrud kepada sahabat-sahabat semua ekoran dari minat di dalam hati nak mengetahui sejarah Nabi kita Nabi Ibrahim A.S maka catatan di postingkan untuk semua. Insyallah mana-mana artikel yang menarik perhatian akan Suri selitkan dalam blog ini. Semoga kecintaan kita kepada para Tuhan dan Rasul akan tetap subur dalam hati kita hingga ke akhir hayat. 

Raja Namrud hidup sekitar tahun2275 SM-1943 SM juga disebut ejaan Namrudz bin Kan’aan dalam bahasa Arab  نمرود بن كنعان, English Nimrod  adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamiapurba  (Kini dikenali negara Iraq).

Ia memiliki gelaran “a mighty hunter” yang bermaksud Pemburu yang Hebat atau “Pemburu Yang Perkasa”, kerana kebijakannya dalam berburu. Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan’aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.) atau juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.

Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak”. Namanya tercatat dalam taurat, injil dan kisah-kisah islam.

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel. Menurut Kitab Injil  kerajaannya termasuklah Babel,Erech, Accad dan Calneh di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.

Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada nabi Nuh a.s., manakala ibunya ialah Semiramis. Ibunya pada usia remaja telah berkahwin dengan bapanya. Adalah dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin dengan Semiramis, bapanya telah meninggal dunia. Oleh itu, apabila Namrud lahir beliau tidak berbapa.

Ibunya adalah seorang yang wanita yang cantik lagi bijaksana. Setelah beliau dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh oleh manusia dan Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan keyakinan Namrud bahawa beliau adalah anak tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, beliau menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan kawan wanitanya. Oleh itu, Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.

Raja Namrud telah dianugerahi dengan daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak.

Baliau telah menemui sistem sezagesimal yang membahagikan bulatan kepada 360 darjah, satu darjah kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Selain itu beliau menetapkan bahawa satu hari terbahagi kepada 24 jam setiap jam kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Menurut beliau hari bermula pada waktu tengah malam dan bukannya pada waktu matahari  terbenam seperti yang dipercayai oleh kaum sebelumnya.

Raja_Namrud-Brueghel

Raja Namrud disembah oleh rakyatnya. Gambar terperinci lukisan Pieter Brueghel yang lebih tua bertajuk “Pembinaan Menara-Menara ke Babil” (1563)

Disamping itu, Namrud mahir dalam pengiraan matematik dalam pembinaan bangunan-bangunan besar, jambatan, kuil, mahligai dan empangan. Antara sumbangan beliau ialah pembinaan sistem saliran irrigation di lembah Tigris dan Euphrates. Beliaulah orang pertama yang menggunakan batu-bata dari tanah liat yang terbakar burnt clay sebagai bahan binaan bangunan. Malah beliau terkenal sebagai arkitek Menara Babil iaitu pencakar langit yang pertama di dunia.

Malangnya sebagai seorang ateis, beliau telah menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk menyesatkan rakyatnya. Antara lain beliau telah menggunakan ilmu falak untuk mencipta pelbagai sistem meramal nasib seperti horoskop dan tilik nasib palmistry. Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa manusia tidak perlukan Tuhan kerana manusia mampu meramal dan mengubah nasibnya dengan sendiri.

Selain itu, beliau membina banyak bangunan serta berhala yang tersergam indah agar manusia kagum dengan kehebatan ciptaannya sendiri. Menara Babil yang bermaksud “Pintu Gerbang yang Sempurna” merupakan kuil dimana pendita-pendita menyanjungi Namrud. Tujuannya dibina ialah untuk menaikkan sebuah bangunan yang mampu mencecah kayangan.

Menurut buku “Sejarah Para Rasul dan Raja” pada abad ke-9 oleh ahli sejarah islam terkenal al-Tabari, menara tersebut telah dimusnahkan oleh Allah. Pada mulanya para pembinanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Suryani, tetapi ia terpecah kepada 72 bahasa yang berlainan. Akibatnya mereka tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak dapat meneruskan pembinaan menara tersebut.

Beliau juga amat meminati ilmu sihir dan menggunakannya untuk mempengaruhi fikiran rakyatnya. Adalah dipercayai beliau mempelajari ilmu tersebut dari dua malaikat Harut dan Marut yang pernah disebut dalam Al-Quran.

Selain itu, beliau telah memulakan suatu era yang baru dimana manusia memandang rendah pada tuhan. Rakyatnya tidak digalakkan untuk melakukan kebaikan demi tuhan kerana baginya tuhan yang ghaib adalah lemah. Oleh itu orangramai dibawah pemerintahannya boleh mengikut nafsu manusia seperti berpesta, seks rambang, meminum arak dan segala kemungkaran yang lain. Oleh yang demikian, beliau diberi gelaran Bacchus atau Dewa Wain kerana beliau ‘mabuk’ dengan keduniaan. Beliau juga mendakwa dirinya Tuhan kerana sebagai seorang manusia beliau lebih tahu mengenai kelemahan manusia lain berbanding Tuhan yang jauh terpisah dari makhluknya sendiri.

Kitab Injil tidak pernah menyatakan tentang pertemuan antara Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim a.s. Malah terdapat jurang tujuh generasi antara mereka berdua, Namrud sebagai cicit Nabi Nuh a.s, manakala Ibrahim sepuluh generasi selepas Nabi Nuh. (Genesis 10,11).

Walaupun begitu Kitab Taurat dan al-Quran menggambarkan pertembungan antara Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim a.s sebagai satu konfrontasi hebat antara kebaikan dan kejahatan atau lebih spesifik lagi Monoteisme menentang Taghut dan Penyembahan Berhala. Namun demikian menurut sumber Yahudi, Raja Namrud sempat bertaubat sebelum beliau meninggal dunia. Tetapi penganut Islam mempercayai bahawa beliau tetap dengan pendiriannya sebagai Tuhan sehinggalah keakhir hayatnya.

Pada satu malam Raja Namrud bermimpi melihat bintang yang terbit dari barat. Semakin tinggi ia naik, semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia sampai ke zenith dimana ia menerangi seluruh alam semesta. Selepas terbangun Raja Namrudpun memanggil penasihatnya dan menceritakan mimpinya tersebut. Penasihat itu memberitahu beliau bahawa terdapat beberapa tafsiran bagi mimpinya itu.

Antara tafsirannya ialah:

  • akan lahir seorang insan dalam masa setahun.
  • insan itu akan dilahirkan di Faddam A’ram.
  • insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala.
  • insan itu akan membuktikan kepalsuan Raja Namrud.
  • insan itu akan menyebarkan agama bahawa tuhan yang esa wujud dan darinya akan lahir zuriat-zuriat para nabi dan aulia.
  • Nabi terakhir dari zuriat ini akan membawa agamayang ibarat bintang di zenith iaitu menyinari seluruh alam semesta.
  • akibat insan ini Raja Namrud akan mati secara dasyhat

Menurut cerita yang lain, Namrud bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat dan masuk ke biliknya, kemudian merampas mahkota yang dipakainya, lalu menghancurkannya.

Sebaik mendengar berita ini beliaupun menjadi gelisah. Beliau sedar bahawa insan ini akan membawa kepada kejatuhannya. Dengan serta merta Raja Namrud menghantar bala tenteranya ke Faddam A’ram. Penduduk lelakinya telah dipisahkan dari isteri-isteri mereka. Wanita-wanita yang mengandung telah dibunuh.

Raja Namrud pun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang melahirkan anak akan dibunuh bersama anaknya sekali. Selepas satu tahun beliau mendapat petanda bahawa insan itu akan dilahirkan. Beliau mengesyaki Azaar iaitu orang yang paling dipercayainya kerana Azaar pernah dibenarkan untuk memasuki bandar tersebut.

Walaupun begitu Azaar menafikannya dan isterinya pula tidak menunjukkan tanda-tanda hamil. Namun, beliau tidak mempercayainya dan menugaskan seorang tentera untuk menjaga isteri Azaar. Setahun telah berlalu dan tentera Namrud telah dikeluarkan dari bandar Faddam A’ram.

 

Sumber: http://ms.wikipedia.org

Share
Artikel lain yang best-best :

23 thoughts on “Latar Belakang Namrudz bin Kan’aan

  1. Assalamualaikum.
    Kisah yang amat jarang diwar-warkan.
    Terima kasih kerana Menerbitkannya.

    Sekadar untuk renungan kita, yang banyak bunuh aka buang bayi sekarang ni kerna takut apa agaknya. Adakah juga takut ‘dirampas’ takhta???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>