As-salam untuk semua..
Sirah Nabi kembali lagi. Setelah lama berehat bersempena aidilfitri maka sebagai pembukaan entri di syawal yang ke 15 hari ini Suri mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah asal usul bekas tapak kaki Nabi Ibrahim A.S kepada sahabat semua.
Semoga penceritaan kali ini akan membuatkan rindu kita kepada Nabi akan lebih kuat dan untuh lagi.
Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah s.w.t. menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui.” (surah al-Baqarah ayat 127).
Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah s.w.t. sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah s.w.t.
Apabila agama Islam datang, Allah s.w.t. mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.” (surah al-Baqarah ayat 125).
Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.” (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah s.w.t., “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana.” Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah s.w.t. menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.
Bacaan talbiah antara lainnya, “Labbaikallahhummalabbaik” yang bermakna, “Aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.” Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.
Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.
Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah s.w.t. sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
patut la ramai artis pergi tapi still dengan perangai yang lama…
.-= maslinamansor´s last blog ..Mat Indon dan Mat Kemboja =-.
emmm.. tul gk ni
.-= diden´s last blog ..cara mengunakan google realtime search =-.
Setuju 100% tanpa ragu. :angry:
mas:
niat nak pgi mmg blh sampi tapi ia seolah2 sekadar pergi melawat2 tempat2 bersejarah shja..
diden:
sungguhpun tak smeu bgtu namun itulah kebenarannya..
Hadi:
perkara itulah yang sllu diberitakan..akan ke sana pastu balik Malaysia lain pula jadinya..
Salam indah buat sahabatku, Suri. Apa khabar ?
maafi Indah kerana jarang menyapa kerana sibuk dengan tugas seharian. Baru kini berkesempatan menyapa teman2 blogger.
Semoga kita selalu menghargai sejarah masa lalu dan menaakul iktibar dari apa yang berlaku. Mudahan kepergian haji kita nanti bakal menghasilkan haji yang mabrur dan dapat mengubah hidup kita menjadi semakin baik dari sebelumnya. Amiin.
Salam keindahan selalu buat sahabatku.
.-= IndahKasihku´s last blog ..MENGAPA JADI BEGINI AKHIRYA HIDUPMU =-.
Salam indah.
Alhamdulillah khbar baik shaja.
itulah dia haji makbur sukar dicari ganti,, sekeping hati hanya untukNYA..
solat tiang agama..haji ni digalakkan kalau berkemampuan. Tapi sebaiknya kita ikut rukun iman dan islam. Baru jadi mukmin sejati
.-= dedoku´s last blog ..Memori Laptop Anda Rosak Camne Nak Tukar dan Upgrade RAM Baru =-.
ya berkemampuan mmg elok utk kesana.tapi klu dah stiil pergi dan balik tiada perubahannya ia msh ttp sama jua..
solat haru s di buat sb ia kewajiban stip insan..
itu rupanya tapak Nabi Ibrahim.baru ari tau.
.-= Ali ridha´s last blog ..Main WIFI Restoran Permai Baru =-.
Sejarah lama telah terungkia..dijejaki..
suri , banyak berlaku biasanya artis..da gi haji..pon..still bukak tudung lagi..
New Entry “Produk Handphone Yang Menjengkelkan”
tahu tak per..moga2 mka akn terbuka pintu hati utk kmbli kepangkal jalan..
Ooooo baru ku tahu…
Rupa2nya bangunan yg bersebalahan Baitullah itu bukannya makam Nabi Ibrahim a.s , tetapi tapak beliau…
Thx suri for info
.-= aktechpage.com´s last blog ..Duit Raya Daripada HazmanFadzilcom =-.
kuasa Tuhan tiada siapa yang dapat menandinginya..
besar betul tapak kaki nabi sulaiman…. berapa saiz orang dulu.. memang jauh berbeza dengan sekarang….
.-= zik´s last blog ..Doa pagi- zikir diwaktu pagi dan petang =-.
ada dger kata bgtu juga… namun peninggaalan itulah yang mmberi kita mksud bahawa mrka mmg wujud di muka bumi Allah ni..
Thanks for sharing. Panduan dan pedoman berguna hari jumaat ini.
.-= Ismail N´s last blog ..KL Bird Park – Taman Burung Kuala Lumpur – Part 2 =-.
sama-sama kawanku…
best baca time dden penat ni.. thanks 4 shring suri hehe
.-= diden´s last blog ..cara mengunakan google realtime search =-.
penat?,lari ke mana tadi?
sama-sama kembali..
mmg pon..ape gnenyer kalau pergi haji then buat maksiat…sia2 jer haji dia..cth mcm inul daratista tu…
masih bergelek2 lagi..
.-= nash´s last blog ..motosikal atau skuter =-.
Allah moga dia akan diberi hidayat kekak. Amin.
harap2 kita semua dapat pergi haji pada usia yang muda. amin
.-= zackpantai´s last blog ..Fenomena Ulat Tiket =-.
Pengajaran yg bagus drpd 3 perenggan yg terakhir.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..‘Mood’ raya selepas bercuti =-.
saling mengingati itu perlu
huhu..
sangat suka entry ni.
oh kak suri
SELAMAT HARI LAHIR!!
hope u get all what u wish
XOXX
terima kasih kerna puteri menyukainya..
selamat hari raya buat puteri jua..
entri yang menarik
sesuai untuk berkongsi untuk semua rakan-rakan
.-= wazy´s last blog ..Registry Mechanic 900128 =-.
moga islam akan terus berkembang..
kira2 dua bulan lagi… musim haji akan tiba
raya haji juga kan?
.-= tehr´s last blog ..Ketam =-.
ya..musim itu pasti akan di sambut dg girang..penuh kesyukuran..
Terima kasih suri kerana berkongsi ilmu. baru saya tahu apa sejarah sebenarnya.
.-= zezebel´s last blog ..Dusun Lotud Saturday- learn dusun language =-.
inilah yang harus dibanggakan sebagai seorang islam
article yg mencerahkan sist…
thax
salam, ^_^
.-= Didien®´s last blog ..Orang Miskin di Larang Kaya dan sakit =-.
salam kawan..sama-sama kembali
bile saye dapat menunaikan rukun islam yg ke 5?hmmmm…
semoga Allah mengabulkan doa² saye..amin
.-= Caride™´s last blog ..From Zero to Hero =-.
Insyallah Dia pasti mendegarnya..
berkunjung nak menjalin persahabatan je kat sini…
.-= Kuker´s last blog ..Acara TV kini semakin aneh =-.
oh boleh sahaja.
nak tanya satu perkara.. Nabi Ibrahir A.S bin aper erk?
salam..
Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar atau Terah bin Nahor bin Serug bin Rehu bin Falikh bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.)