Ketokohan Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid (Bhg I)

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid adalah waniat pertama yang telah mendapar gelaran Ummul Mukmini dan wanita pertama yang bertakhta di hati Rasulullah S.A.W.

Namanya sentiasa mejadi sebutan hinggakan Rasulullah S.A.W. sentiasa merinduinya walaupun beliau telah tiada.

Rumah tangganya

Sayyidatina Khadijah sangat terkenal dikalangan kaumnya kerana segala keistimewaan pada dirinya, kecantikan, kebangsawanan, kebijaksanaan dan keluhuran budi perkerti.

mawar_pink3

Suaminya yang bernama Atik al-Mahzufi dan mereka dikurniakan seorang puteri namun perkahwinanya itu tidak kekal. Kemudian beliau berkahwin dengan Abi Halalah al-Timi. Dikurniakan seorang putera, perkahwinan kedunay juag tidak kekal. Selepas kira-kira sepuluh tahun lamanya, ia tidak lagi terfikir untuk berumag tangga lagi, walaupun ramai di kalangan pembesar-pembesar Quraisy, orang-orang kenamaan dan orang-orang kaya nebghulur tangan mahu menjadikannya ratu hidup mereka tetapi semuanya ditolak.

Penolakan itu disebabkan apa yang pernh didengarnya pada suatu hari sewaktu bersama temannya, seorang rahib datang kepada mereka:

“Dengarlah wahai wanita, ‘tima’” akan diutus seorang Nabi tidak lama lagi. Barang siapa di antara kamu yang ingin menjadi isterinya, buatlah,”

Sambi itu di tertawa seolah-oleh mempersendakan mereka. Wanita-wanita yang berada di situ marah hingga ada yang melontar batu ke arah rahib itu, kecuali Sayyidatina Khadijah. Kata-kata itu menusuk kalbunya, menggetarkan hatinya.

Benarkah itu? kalau benar mungkinkah aku menjadi isterinya? Ya akulah yang akan berdiri di sampingnya untuk memberi hidayah kepada kaumnya yang telah jauh dari nilai insaniah yang sebenar, patung berhala, arak dan kezaliman bermaharajalela. Bilakah akan lahir seorang Nabi untuk mengembalikan manusia ke jalan kebenaran..demikianlah bisikan hatinya selalu.”

white-rose1

Detik pertemuan dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika mencari pengurus yang benar-benar bijak dan amanah untuk menguruskan pernigaannya, beliau terfikir kepada seorang pemuda yang sangat masyhur amanahnya hinggalah beliau digelar al-Amin di kalangan kaumnya, ia tidak mempunyai sebarang cacat cela, sama ada pada paras rupa atau tingkah lakunya.

Melalui orang-orangnya, ia menawarkan Muhammad S.AW. untuk mengurus perniagaan ke negeri Syam dengan bayaran berlipat kali ganda daripada biasa dan Maysarah akan menjadi pembantunya.

Dengan izin Abu Talib, berlayarlah Muhammad S.A.W. mengepalai satu kabilah perniagaan yang sangat besar dan dibatu oleh Maysarah, pertam akali baginda mengendaliakn perniagaan besar tanpa Abu Talib yang sering menemaninya ke mana-mana sebelum ini.

Di Syam, Maysarah memerhatikan segala gerak geri Rasulullah S.A.W. yang luar biasa. Kesemuanya melalui kejujuran, keikhlasan, kesederhanaan, tanpa sebarang penipuan, kepalsuan, propaganda, pemerasan dan sebagainya yang selama ini merupakan salah satu cara melipatkaliganda keuntungan. maysarah berazam menceritakan semuanya kepada Sayyidatina Khadijah.

Sampailah saat yang ditunggu-tunggu oleh Sayyidatina Khadijah tentang kepulangan Muhammad S.A.W. terdengar berita Muhammad S.A.W. sedang menuju ke Kota Mekah, membawa keuntungan dan barang yang belum pernah ada sebelumnya. Kota Mekah gempar dengan sorakan menunggu barang-barang indah dari negeri Syam.

Sesampainya di Mekah, Muhammad S.A.W. meminta izin menemui Sayyidatina Khadijah dengan penuh adab sopan, keikhlasan dan kerendahan hati. Muhammad S.A.W. menyerahkan seggala keuntungan dan barang-barang perniagaan serta menceritakan pengalamannya sewaktu di negeri Syam. Kemudian baginda mengeluarkan wang berlipat ganda hasil titik peluhnya itu.

Malamnya Masyarah menceritakan keistimewaan yang dilihat pada baginda dan katanya diri Muhammad S.A.W. ini terdapat tanda-tanda dan sifat-sifat yang tersebut di dalam Tawrat dan injil, bahawa Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu, dialah akhir segala Rasul-Rasul.

legends20rose

Mendegarkan itu debarannya begitu kencang hingga dia mengarahkan semua fakir miskin di Kota Mekah diberi makan dan sedekah daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi.

Dia tidak mampu untuk menanggungnya seorang diri lalu bertemu Warqah Bin Naufal anak bapa saudaranya, seorang rahib yang sangat warak dan rahib itu meramalkan ciri-ciri Muhammad S.A.W. itu ada pada lelaki yang diramal menjadi suaminya.

Bersambung..

Ikuti kisah yang seterusnya pada episod akan datang :) karang kalau banyak-banyak baca bosan ar pulak heeee

Psst!! Suri tak tahu nak letak gambar hiasan apa. Rasanya gambar bunga ok sebab perempuan dengan bunga memang tidak dapat dipisahkan :) .

Share
Artikel lain yang best-best :

54 thoughts on “Ketokohan Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid (Bhg I)

  1. Begitulah sepatutnya bila berniaga. Jangan hanya fikir untung je. Jika berniaga macam Rasulullah, tentu Allah akan memberikan kejayaan. Bukan ke Allah tu maha jutawan?

  2. kalau tak silap, Nabi Muhammad s.a.w ketika itu meletakkan harga pokok dan membiarkan pelanggan membayar harga yg mereka inginkan, jika tidak berpuas hati ia boleh dipulangkan, dan ternyata cara itu memberi pulangan yg bagus

    sila betulkan jika tersilap

  3. hebatnya Rasulullah, kalau benarlah baginda berkahwin krn nafsu, masakan bagina memilih janda yg pernah berkahwin dgn rmai lelaki……terharu.

  4. Contoh dan tauladan yg terbaik…org zaman skg ni dah tak ikut peribadi rasulullah, kecuali bila masuk bab nak kawin 2/3 jerrr…tu yg gue pun musykil tuu…

  5. assalamu’alaikum suri..
    eh gimana kabarnya disana,, sehat kah dirimu sekeluarga…

    wah posting yang bagus suri,, kayakanya sulit juga niru kaya Nabi kita…
    beliau memang sungguh mulia…

    oh iya numpang promo blog baru ku :
    tczr.wordpress.com

    makasih ya suri, salam buat semuanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>